Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Format Saringan Masa MotoGP yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Format Saringan Masa MotoGP yang Perlu Anda Tahu

WahidBy Wahid20/02/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA menonton Kejuaraan Dunia MotoGP di kaca TV, kita boleh melihat pelumba diletakkan mengikut posisi masing-masing atas grid mula. Ada bermula di petak depan sekali, ada di tengah, dan ada berada di belakang.

Namun, bagaimanakah mereka ada di situ? Adakah posisi mula masing-masing diperoleh daripada cabutan bertuah? Adakah berdasarkan ranking pungutan mata semasa atau keseluruhan? Ataupun mengikut sesi saringan masa? Mari kami kongsikan format kelayakan petak mula dalam MotoGP?

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pusingan Kelayakan MotoGP Berlangsung?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenali Jenis, Fungsi Bendera dalam MotoGP

Sesi FP1, FP2, FP3

‘FP’ bermaksud ‘Free Practice’ atau dalam Bahasa Melayu ‘Latihan Bebas’, tetapi, bukanlah sebebas yang anda mungkin fikirkan. Beberapa dekad dahulu, masa terpantas dalam sesi latihan setiap pelumba dicatatkan, tetapi tiada nilai untuk posisi grid pada hari perlumbaan.

Ini membuatkan perlumbaan FP menjadi sesi yang sangat membosankan kerana pelumba akan masuk trek sekali-sekala dan menunggukan sesi Kelayakan (Qualifying) masa terakhir (QF). Pengendali MotoGP kemudian merombak semula format ini supaya sesi FP jadi lebih rancak buat penonton.

BACA >>> Repsol Honda Sahkan Marquez Akan Beraksi di Sepang

Kini:

  • Masa sesi: 45 minit (40 minit untuk Moto3 dan Moto2).
  • Masa terpantas dicatatkan pelumba daripada mana-mana sesi sama ada FP1, FP2 atau FP3 akan dipilih selepas tamat FP3.
  • Contoh: pelumba A merekodkan masa terpantas dalam sesi FP2, maka masa itu akan dipilih pengendali. Pelumba B pula mencatat masa terpantas dalam FP3, jadi masa itulah akan terpilih.
  • Keputusan ketiga-tiga FP tidak boleh diketepikan pelumba begitu saja. Ini kerana jika berlaku faktor cuaca seperti  hujan pada sesi FP3, maka masa pelumba akan jadi lebih perlahan, sekali gus masa terpantas dalam sesi FP1 atau FP2 akan digunakan.
  • Malah, masa terpantas dalam sesi FP boleh saja digunakan dalam menentukan posisi grid mula jika sesi Kelayakan tidak dapat berlangsung.
  • Selain itu, seseorang pelumba dikira layak berlumba jika dapat mencatatkan masa lambat tidak lebih 107 peratus daripada masa dicatatkan pelumba terpantas.
  • 10 pelumba terpantas selepas tamat sesi FP3 dikira layak automatik untuk sesi Kelayakan Q2 (14 pelumba terpantas untuk kelas Moto3 dan Moto2).
  • Pelumba tidak layak pula secara automatik masuk sesi Kelayakan Q1.
Sesi Fp4
  • Masa sesi: 45 minit. (40 minit untuk Moto3 dan Moto2).
  • Sesi FP4 adalah latihan yang mana masa dicatatkan pelumba tidak lagi diambil kira untuk menentukan posisi grid mula.
  • Jadi, setiap pelumba dan pasukan menggunakan sesi untuk membuat tetapan motosikal bagi memaksimumkan prestasi dalam sesi Q1 atau Q2.

Sesi Q1

  • Masa sesi: 15 minit.
  • Dua pelumba terpantas Q1 akan melayakkan diri dalam sesi Q2 (empat pelumba untuk Moto3 dan Moto2).
  • Pelumba dalam Q1 yang tidak layak ke pusingan seterusnya akan menduduki grid mula ke-13 (ke-15 untuk Moto3 dan Moto2) dan memenuhkan petak mula lain di belakang sehingga mengikut catatan masa.

Sesi Q2

  • Masa sesi: 15 minit.
  • Sesi Q2 adalah pusingan yang akan menetukan grid bermula petak pertama (pole position) hingga ke-12, berdasarkan masa terpantas dicatatkan.
  • Masa dalam sesi ini sudah tidak mengambil kira masa dicatat dalam sesi FP1, FP2, dan FP3 walaupun pelumba itu mungkin lebih pantas dalam sesi FP.

BACA >>> Racing Boy (RCB) Taja Yamaha RNF MotoGP Team Tiga Musim, Mula Tahun Ini

Sesi WUP

  • Masa sesi: 45 minit. (40 minit untuk Moto3 dan Moto2).
  • WUP adalah sesi pemanas badan (Warm Up) yang dilakukan dibuat pada hari sama menjelang perlumbaan final.
  • Sesi ini digunakan pelumba dan pasukan untuk mengoptimumkan motosikal pada sesi perlumbaan final kelak.
  • Masa dicatatkan juga tidak mempengaruhi posisi grid, tetapi masih dilihat sebagai masa terpantas nyata yang mampu dicapai seseorang pelumba dalam aksi final kelak.

Sesi RAC

Bermulalah perlumbaan pusingan MotoGP yang biasanya berlangsung pada hari terakhir, iaitu hari ketiga pada hujung minggu.

BACA >>> Quartararo Dapat Yamaha M1 Spec Baharu MotoGP 2022, Sedia Cabar Ducati?

Auto Terkini Format Grid MotoGP Format MotoGP Free Practices Kejuaraan Dunia MotoGP Latihan Bebas MotoGP pole position qualifying
Wahid

Artikel Berkaitan

Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 Dapat Nafas Baharu, Enjin Elektrik 150 PS, Jarak Maksimum 476 km

26/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.