Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Brek Parkir Kereta yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Brek Parkir Kereta yang Perlu Anda Tahu

TalibBy Talib24/11/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BREK parkir (juga dipanggil brek tangan) bukanlah asing buat pemandu kereta. Ketika mengambil lesen memandu, antara syarat wajib lulus ujian adalah mampu menggunakan brek parkir di cerun bukit. Brek parkir juga kerap digunakan sepanjang pemanduan seperti ketika menunggu lampu isyarat merah, meletakkan kenderaan atau meninggalkan kereta.

Asal-usul brek parkir adalah sebagai brek sandaran jika sistem brek utama gagal beroperasi, yang juga dipanggil brek kecemasan (e-brake).

Brek parkir direka untuk beroperasi berasingan daripada sistem brek utama supaya kereta tidak bergerak. Awal dulu, brek parkir dicipta untuk memiliki cukup tenaga bagi menghentikan kenderaan apabila brek utama gagal bekerja. Namun, bagi kenderaan moden hari ini, sistem brek parkir hanya mampu memperlahankan kenderaan, bukan berhenti sepenuhnya.

Jika anda perasan, di kawasan jalan berbukit ada disediakan hentian kecemasan dengan permukaan berpasir yang bertujuan membantu kereta berhenti sepenuhnya. Ini dapat dilihat di lebuh raya PLUS. Hari ini kegunaan utama brek parkir adalah memastikan kereta kekal berada di tempat parkir dan tidak bergerak sendiri.

BACA >>> #ApaNakBuat: ‘Jiran dari Neraka’ Parkir Depan Rumah Kita?

Bagaimanakah Brek Parkir Berfungsi?

e-Brek ialah singkatan kepada brek kecemasan (emergency brake), berfungsi melangkaui fungsi sistem brek utama yang dikawal sistem hidraulik dengan mengunci terus sistem roda kereta. Sistem mekanikal ini menggunakan kabel besi yang bersambung dengan tuas brek kecemasan.

Bagi kereta brek dram, kabel akan menarik tuas dalam drum untuk menghasilkan tekanan ke atas pelapik brek (brake lining) supaya kereta berhenti. Bagi brek cakera pula, e-brek mengaktifkan mekanisma putaran ‘corkscrew’ dan akan menolak piston kepada pad brek bagi menghentikan kereta.

Jenis Brek Parkir

Ada empat jenis brek parkir yang mungkin digunakan pemandu:

i) Pedal: Pedal brek kecemasan ialah satu pedal kecil paling kiri selepas pedal brek atau klac. Pedal ini perlu diinjak hingga terdengar bunyi ‘klik’ untuk berfungsi.

Ia perlu diinjak sekali lagi untuk meriliskan tekanan ke atas brek kereta. Sistem ini jarang dijumpai pada kereta manual di Malaysia, tetapi biasa digunakan kereta automatik seperti Perodua Alza dan Honda CR-V.

ii) Tuas Tengah: Inilah posisi brek parkir paling popular untuk kereta dan kenderaan di Malaysia. Posisi adalah antara kerusi pemandu dan penumpang. Cara penggunaan, tarik batang tuas ke atas untuk mengaktifkan sistem brek kecemasan. Brek parkir boleh diriliskan dengan menekan punat pada hujung batang tuas dan serentak menurunkannya ke bawah.

iii) Tombol Tekan – Perkembangan teknologi terkini menyaksikan saiz tuas brek di tengah semakin mengecil dan boleh jadi cuma dalam bentuk punat kecil. Tuas brek parkir boleh didapati di pelbagai lokasi mudah dicapai pemandu, manakala sistem dikawal sistem elektronik kereta.

Sistem elektronik akan mengaktifkan brek kecemasan dan mematikan sistem semudah pemandu menekan atau menarik tombol pada konsol.

i) Tuas Tongkat – Tuas tongkat brek kecemasan biasanya ditemui psfs model kereta lama. Tuas ini terletak di bawah panel kereta dengan mekanisma pengaktifan brek berbeza, tetapi masih mudah difahami.

Bilakah Masa Sesuai Digunakan?

Di Malaysia, memang brek parkir sentiasa digunakan apabila kereta berhenti. Namun ramai juga pemandu luar negara yang hanya menggunakan brek parkir apabila meletakkan kereta di kawasan berbukit, atau memandu kereta jenis manual. Penggunaan brek parkir setiap masa sebenarnya tabiat yang sangat baik.

Penggunaan brek parkir  juga membantu pemandu memahami situasi semasa komponen itu. Apa lagi masalah?

Komponen brek parkir mungkin rosak dan tidak berfungsi. Di tempat letak kenderaan, brek ini akan memastikan kereta tidak bergerak, sekali gus menambahkan elemen keselamatan dan menggurangkan tekanan ke atas sistem transmisi kereta dan kelengkapan pemanduan.

Jika tidak bernasib baik, kita boleh kehilangan keseluruhan sistem brek. Jadi bertenanglah mengawal kenderaan dan perlahan-lahan guna brek parkir.

Kegunaan utama brek parkir adalah memastikan kereta tidak bergerak. Dalam situasi kecemasan, brek parkir dapat membantu kereta berhenti. Cuma, tekanan brek yang ada tidak mampu menghentikan kereta sepenuhnya. Jadi, anda juga perlu mencari kawasan sesuai untuk berhenti dan mengawal kereta.

BACA >>> #TahukahAnda: Jangan Guna Brek Tangan Terlalu Lama Jika Parkir Atas Jalan Tidak Rata

Bilakah Brek Kecemasan Tidak Diperlukan?

Brek parkir tidak diperlukan pemandu amatur. Ya, memang seronok menyaksikan kereta beraksi drift di selekoh seperti dalam filem aksi ‘The Fast & Furious’.  Namun aksi seperti itu hanya dapat dilakukan selepas berlatih di trek sebenar, bukan atas jalan raya kerana berisiko tinggi mendatangkan bahaya terhadao pemandu dan pengguna lain.

Jadi jangan sesekali menggunakan brek tangan untuk beraksi ‘drift’ di selekoh tajam!

Brek Parkir Brek Parkir Elektrik (EPB) Brek Parkir Kereta EPB tahukah anda
Talib

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

1 Comment

  1. Perodua on 13/07/2021 16:10

    Info yang sangat perlu semua orang tahu

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.