Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Segala Tentang Lampu Depan Adaptif yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Segala Tentang Lampu Depan Adaptif yang Perlu Anda Tahu

TalibBy Talib09/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SISTEM lampu depan adaptif
(adaptive headlights system) untuk kereta diperkenalkan tiga gergasi automotif Jerman, dan kini sudah berkembang maju dengan harga semakin mampu milik. Namun, sistem ini masih belum diperkenalkan pengeluar di Malaysia secara meluas.

Apakah sebenarnya sistem lampu depan adaptif dan bagaimanakah ia berfungsi? Artikel kali ini akan membincangkan serba sedikit tentang teknologi tersebut.

CIRI KESELAMATAN UNTUK PEMANDUAN MALAM

Jenis suluhan lampu depan.

Sistem lampu depan adaptif sudah jadi ciri wajib untuk kereta premium, termasuk kenderaan jenis autonomi atau pandu sendiri. Namun, teknologi itu masih baharu di Malaysia hingga ramai pemandu tidak tahu fungsinya.

Keselamatan pemanduan malam membuatkan sistem lampu depan adaptif dibangunkan. Peraturan kenderaan dan jalan raya berbeza juga membuatkan teknologi tersebut dijadikan ciri alternatif kepada pemandu yang kerap memasuki kawasan pemanduan berbeza.

Suluhan lampu RHD
Suluhan lampu LHD

Ada dua jenis pemanduan kenderaan, iaitu pemanduan sebelah kanan (RHD) dan sebelah kiri (LHD). Kawasan suluhan cahaya untuk dua jenis pemanduan itu adalah berbeza. Suluhan cahaya lampu pada bahagian penumpang sebelah adalah lebih terang berbanding sebelah pemandu (lihat contoh gambar di atas).

Jadi, lampu depan adaptif membantu pemandu melihat kawasan selekoh tajam, dan jarak jalan yang lebih jauh. Ini termasuk membantu mengawal kedudukan lampu suluh tinggi (high beam) supaya pengguna lain tidak silau. Pengeluar menggunakan sistem berbeza, terdiri daripada tiga sensor utama yang membantu kenderaan mengesan dan mengawal kedudukan lampu depan berdasarkan kedudukan kereta.

Memang banyak kereta mewah memiliki sistem lampu depan adaptif, tetapi pembeli sukar melakukan demonstrasi sistem tersebut. Sebabnya, bilik pameran cuma dibuka siang, dan bukan malam. 😅 Jadi mari kita senaraikan jenis dan fungsi lampu depan adaptif yang ada di pasaran.

BACA >>> Tentang Masalah Lampu Depan Silau yang Perlu Anda Tahu

1. LAMPU SULUH TINGGI AUTOMATIK (AHB)

Lampu high beam berubah ke low beam secara automatik
Lampu high beam boleh digunakan setiap masa

Salah satu sistem lampu depan adaptif paling asas ialah Lampu Suluh Tinggi Automatik @ Automatic High Beam (AHB). Jika sesebuah kereta itu ada ciri AHB, pemandu tidak perlu lagi menurunkan lampu ketika berselisih pemandu lain.

AHB sangat popular di Eropah, dan boleh dikatakan semua kereta baharu dilengkapkan sistem tersebut. Di Malaysia, Proton mula memperkenalkan sistem sama pada X70 dengan nama Kawalan Lampu Suluh Pintar @ Intelligent High Beam Control (IHBC).

AHB akan menjadikan lampu high beam sebagai tetapan utama lampu depan. Sensor kamera diletakkan di depan kenderaan untuk mengesan dan mengenal pasti kehadiran kenderaan dari arah bertentangan. Signal kemudian dihantar kepada suis automatik untuk menukar lampu high beam kepada lampu suluh rendah (low beam).

Semua proses itu dilakukan tanpa melibatkan pemandu. AHB sangat berharga buat pemandu yang sering terlupa meninggikan dan menurunkan lampu. Ciri ini juga mampu mengelakkan situasi silau pengguna jalan raya lain kerana sukuhan tinggi-rendah lampu depan akan ditukarkan automatik.

2. LAMPU DEPAN PENGARASAN SENDIRI (SELF-LEVELLING)


Sistem lampu depan adaptif boleh menyelesaikan masalah lampu high beam ketika melalui jalan berbonggol menerusi kawalan tinggi-rendah lampu secara automatik. Ini mampu mengelakkan silau kepada pemandu bertentangan.

Lampu depan pengarasan sendiri (self-levelling headlights) menggunakan sensor pengarasan pada suspensi untuk mengenal pasti kedudukan kereta. Signal akan dihantarkan kepada motor pengarasan yang berfungsi mengawal gerakan vertikal (menegak) lampu depan.

Lampu high beam boleh terus dipasang kerana sistem ini juga boleh dibantu sensor kamera depan. Berpandukan sensor kamera tersebut, lampu akan dilaraskan kepada tetapan lampu low beam. Ciri ini mampu meningkatkan fungsi pengarasan AHB.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bahaya Nyalakan Lampu Kabus Pada Malam Cerah?

3. LAMPU DEPAN BERPUSING (SWIVEL)

Lampu depan adaptif Mazda dengan sensor radar gelombang, kamera dan laser inframerah.

Nama macam pelikkan? Sebabnya, lampu depan berpusing (swivel headlights) akan menghala ke arah kawasan depan kenderaan sahaja. Di selekoh pula, lampu ini hanya bertumpu ke kawasan sasaran suluhan secara tetap.

Ini ialah jenis lampu depan adaptif yang lebih maju menerusi penggunaan sensor dan teknologi tambahan. Lampu depan dapat berfungsi lebih baik menerusi pengingkatan penglihatan pemandu pada malam. Ini kerana lampu depan adaptif jenis ini mampu memusingkan reflektor lampu ketika kereta menukar arah.

Contohnya, di selekoh atau simpang, sensor pada sistem stereng akan menghantar isyarat kepada motor lampu untuk memusingkan reflektor lampu. Jenis lampu yang sesuai digunakan ialah unit projektor kerana kawalan pergerakan arah horizontal (melintang) boleh dibuat. Motor akan disambungkan pada pemegang atau frem unit projektor di tengah paksi komponen lampu tersebut. Jadi, lampu dapat berpusing kiri-kanan mengikut signal sensor stereng.

Lampu depan Audi Xenon Plus
Lampu depan Audi Q7 mampu tukar arah ke kiri-kanan

Lihat gambar di atas. Itu ialah sistem lampu depan Audi, dipanggil ‘Junction Light’ yang menggunakan modul bi-xenon 25W. Seperti diterangkan sebelum ini, ada pemegang atau frem yang memegang unit projektor untuk menggerakkan dan memusingkan lampu ke arah sasaran suluhan. Sistem lampu depan adaptif Audi ini boleh mengubah bentuk suluhan cahaya mengikut keadaan jalan di bandar, kampung atau lebuh raya.

5. LAMPU DEPAN LED MATRIKS

Lampu depan konvensional VS LED Matriks

Audi A4 dan Porsche Cayenne menggunakan sistem lampu depan LED Matriks (matrix LED headlights). Teknologi lampu ini ialah sistem AHB yang ditambah baik menjadi semakin maju. Selain sistem pengarasan sendiri, kini ada pula sistem pengarasan sendiri menggunakn LED matriks.

Kamera depan yang dipasangkan pada cermin pandang belakang akan mengesan kehadiran kenderaan lain berdasarkan suluhan lampu. Kemudian signal akan dihantar kepada lampu depan untuk mendapatkan cahaya paling terang tanpa menyebabkan silau.

Sistem lampu depan adaptif Mercedes-Benz

Selain tidak membazirkan cahaya, setiap LED juga dilengkapkan reflektor dan unit projektor kecil bagi memastikan semua cahaya LED dapat digunakan sepenuhnya. Ini membolehkan kenderaan menggunakan cahaya pada tahap optimum mengikut kondisi pemanduan malam.

Motor boleh dipasangkan pada setiap unit projektor LED untuk mengelak tersuluh pemandu depan. Selain motor, unit kawalan elektronik (ECU) lampu juga boleh digunakan untuk mendapatkan kesan sama.

Contohnya, ketika dua kenderaan saling berselisih, suluhan lampu akan dialihkan atau dihalakan ke kawasan lain supaya tidak menyuluh pemandu bertentangan. Bantuan  sensor dan ciri pandang malam (night vision) pula akan memastikan masalah silau tidak berlaku.

6. LAMPU DEPAN ADAPTIF DIPERTINGKAT

Sesetengah pengeluar seperti Audi menawarkan ciri kawalan tetapan lampu depan adaptif menerusi sistem dinamik pemanduan Audi. Mercedes-Benz and BMW pun ada menawarkan pakej kawalan khas yang membolehkan pemandu menukar paten lampu depan dengan menekan butang pada skrin paparan papan pemuka.

Ya, pemandu tidak perlu lagi menampal pelekat untuk memberitahu orang lain yang anda sedang memandu kereta RHD atau LHD kerana anda sendiri boleh menetapkan suluhan lampu depan kenderaan.

BACA >>> Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 1]: Bagaimanakah Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) Bekerja?

7. LAMPU DEPAN ADAPTIF BANTUAN GPS

Sistem lampu depan adaptif BMW X6

Apabila lampu depan adaptif sudah lengkap. Sistem ini boleh dipertingkatkan lagi dengan bantuan navigasi (GPS). Integrasi sistem ini dengan bantuan GPS membantu lampu depan berubah mengikut persekitaran dan lokasi semasa.

Contohnya, Audi menggunakan sistem ini untuk mengubah lampu mengikut keadaan jalan dan tempat. Lampu boleh ditukar daripada keadaan jalan utama kepada persimpangan dalam sekelip mata tanpa pemandu perlu berbuat apa-apa.

BACA >>> Teknologi Lampu Pintar Ford Mampu Jadi Penunjuk Jalan Ketika Memandu Malam


KESIMPULAN

Sistem lampu adaptif dapat membantu pemandu ketika memandu malam. Ini memudahkan pemandu menangani masalah silau terhadap pemandu bertentangan. Sistem lampu adaptif juga akan menjadi kewajipan pengeluar sekiranya pihak Kerajaan sesebuah negara mula menguatkuasakan syarat penggunaan ciri tersebut.

Di  Malaysia buat masa ini, kereta dengan ciri lampu depan adaptif masih terhad kepada pembeli yang berkemampuan. Jika anda tidak termasuk dalam golongan itu, elakkan terlupa merendahkan lampu kereta. Kasihanilah pengguna jalan raya lain.

autotainment Junction Light lampu depan lampu depan adaptif lampu utama self-levelling headlights Sistem Lampu Depan Adaptif swivel headlights tahukah anda
Talib

    Artikel Berkaitan

    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

    25/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.