Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Ketahui 6 Tip Menunggang Motosikal Ketika Musim Hujan
Autotainment

#ApaNakBuat: Ketahui 6 Tip Menunggang Motosikal Ketika Musim Hujan

AryonBy Aryon17/11/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUSIM hujan memang buat ramai penunggang motosikal mengeluh. Tetapi bak kata peribahasa tersohor, bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Apatah lagi negara tropika seperti Malaysia truly Asia yang terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti. Jadi, sebagai penunggang sejati, musim hujan sepatutnya tidak disambut dengan keluhan.

Apa yang sepatutnya dilakukan adalah sentiasa bersiap sedia secara fizikal dan mental, sentiasa menunggang cermat dan selalu bersabar menerima ujian Tuhan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Buka Lampu Ketika Hujan Siang?

Persoalannya, apakah persediaan yang perlu dilakukan penunggang motosikal? Apakah kita perlu berjumpa bomoh hujan? Ataupun menyalahkan ekonomi negara dan kadar tukaran mata wang? Kenalah baca tip-tip di bawah ini sampai habis. 😀

1. PILIH PAKAIAN YANG SESUAI


Sudah tentu pakaian paling asas ialah baju hujan yang perlu sentiasa dibawa bersama sepanjang masa. Di Malaysia, musim hujan biasanya berlaku sepanjang tiga bulan akhir setiap hujung tahun, dan kadangkala membawa ke awal tahun. Jadi penunggang yang bijak semestinya sudah bersiap sedia dengan set pakaian kalis air tidak kira sama ada baju, jaket, but, dan sarung tangan.

Pakaian harian ketika musim hujan eloklah dipilih daripada material poliester atau sintetik (seperti jersi bola) atau yang kurang campuran kapas (cotton). Ini kerana baju kapas lambat kering berbanding baju poliester. Kita sebagai penunggang sendiri tahu betapa sejuk dan kecut saat menunggang selepas hujan reda dalam keadaan baju dan seluar basah. Menggedik betul sejuknya seperti berada di ibu kota London.

Pakaian poliester juga lebih mudah dicuci seandainya terkena kotoran jalan, dan kurang melekap pada badan. Jadi, tidaklah nampak bulat sangat bentuk pusat perut ketika melangkah turun dari pelana motosikal.

2. SARUNG HELMET CERAH


Ramai tidak tahu, penunggang sejati sepatutnya ada dua set helmet. Satu untuk kegunaan normal (rekabentuk bebas), satu lagi dikhaskan untuk tunggangan dalam situasi tertentu seperti hujan dan malam. Helmet jenis kedua sepatutnya memiliki ciri khas seperti berwarna cerah atau memiliki banyak strip reflektor. Malah, visor helmet kedua ini juga sepatutnya jenis cerah atau kosong tanpa digelapkan.

Sudah tentu semua ciri itu untuk keselamatan supaya kita mudah dilihat pengguna jalan raya lain, termasuk meningkatkan tahap kejelasan tunggangan. Bayangkan menunggang dalam hujan lebat dan cuaca gelap dengan visor gelap berkualiti rendah. Sangat bahaya!

Sesetengah helmet (mahal) siap dibekalkan ciri nyahkabus. Tetapi takkanlah bawa kapcai nak kena pakai helmet tekno macam tu? Penyelesaiannya, lap saja visor menggunakan tangan, dan cuba biasakan diri menghembus nafas menerusi hidung secara tenang, konsisten dan tidak seperti pengidap asma. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah visor berkabus.

BACA >>> #ApaNakBuat: Hujan Lebat? Ikut Tip Ini untuk Memandu Selamat!

3. IKAT SAPU TANGAN (KEY/BANDANA) DI LEHER

Nampak seperti hero Hindustan, tetapi fungsinya adalah untuk mengurangkan kesan kesejukan yang boleh menyebabkan penyakit selesema dan demam, terutama jika anda penunggang jenis kurang vitamin dan alah hujan.

Caranya, ikat saja sapu tangan keliling leher untuk melindungi bahagian kerongkong yang terdedah kepada angin sejuk ketika hujan. Ikatlah sesedap rasa, jangan pula terlampau ketat kerana anda boleh berisiko tercekik dan dikecam netizen kerana cuba membunuh diri seandainya maut tiba-tiba ketika menunggang.

Jika rasa macam poyo sangat, tidak payahlah ikat. Lagipun kalau demam dapat MC dan boleh layan tidur lama di rumah. Musim hujan pula tu.

4. TUNGGANG JARAK SELAMAT, PERLAHAN DAN CERMAT


Pesanan ini sepatutnya tidak perlu ditulis lagi, tetapi terpaksa juga diingatkan. Hanya orang tidak pandai (baca: bodoh) yang masa hujan pun mahu menunggang secara membabi buta.

Tunggangan ketika hujan sepatutnya lebih lembut sama ada ketika menukar gear, memulas terotel, membrek atau mengambil selekoh. Kita perlu mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan hadapan dan membrek lebih awal berbanding ketika menunggang dalam situasi normal.

5. JAGA-JAGA DI SIMPANG JALAN

Ingat, permukaan jalan selepas hujan sebenarnya lebih licin berbanding cuaca normal kerana ada kesan minyak yang tertinggal. Dari mana datang minyak itu? Datangnya dari pelbagai kenderaan yang bergerak atas jalan, terutama di kawasan persimpangan jalan atau di lampu isyarat kerana minyak lebih kerap menitik atau tumpah ketika berhenti.

Jadi, apabila hujan turun, sisa minyak yang tertumpah itu akan lembap dan mencair, sekali gus menjejaskan traksi tayar motosikal kita. Cuba elak lakukan aksi lagak ngeri seperti ‘wheelie’ atau ‘wheekang’, ataupun membrek kecemasan secara tiba-tiba di lokasi yang disebut. Yang kau tak sabar sangat tu kenapa?!

Seperkara lagi, jangan lupa selalu perhatikan cermin sisi untuk memantau keadaan kenderaan di belakang yang berisiko menggelincir dan menghentam motosikal anda. Mesti sentiasa berjaga-jaga dan siap sedia dengan sebarang kemungkinan.

6. PERHATIKAN LOPAK AIR DAN LUBANG JALAN

[18SG] Jangan cuba menyeberang jalan banjir.
Lopak air akan mengurangkan cengkaman tayar, manakala lubang jalan (yang ditenggelami air) akan menyebabkan anda terjelupuk jatuh daripada motosikal. Jadi, kita mesti betul-betul mengawasi dua situasi berkenaan ketika hujan.

Jangan sesekali cuba meredah banjir (yang tidak nampak dasar jalan) walaupun anda mungkin sudah biasa dengan laluan tersebut. Jika terpaksa, perhatikan dulu mana-mana kenderaan lebih besar seperti kereta melalui kawasan tersebut. Sila imbas dua perkara, pertama, paras air dengan rim, dan kedua, kedudukan badan kereta (yang mungkin sedikit tenggelam sebab termasuk dalam lubang jalan). Selepas itu barulah menunggang ikut laluan tersebut.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Jarak Selamat Memandu di Belakang Kenderaan Depan?

Cari dan cuba kekalkan laluan menunggang atas permukaan jalan yang tidak berair. Ini untuk mengekalkan traksi dan cengkaman tayar supaya motosikal kita sentiasa dalam kawalan terbaik kerana kita sendiri tidak tahu bilakah masa perlu membrek dan memecut.

Selamat menunggang!

autotainment motosikal roda2 tahukah anda tip menunggang ketika hujan
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026

    2 Comments

    1. amir on 28/11/2017 22:45

      memang best baca panduan kat sini.kelakar tapi bergunamtq adminn

      Reply
    2. Dario on 28/03/2018 11:54

      Thats good advice…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.