Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Kenapakah Perlu Tarik Tuil Brek Guna Empat Jari?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Kenapakah Perlu Tarik Tuil Brek Guna Empat Jari?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/02/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI penunggang motosikal tidak tahu cara sebenar menarik tuil brek. Disebabkan kekurangan pengetahuan ini, penunggang berdepan situasi tidak selesa ketika menunggang dan lebih parah boleh mengundang kemalangan.

Ketua Seksyen Pembangunan Keselamatan Tunggangan PT Daya Adicipta Motora (DAM) di Indonesia, Ludhy Kusuma berkata, antara tabiat penunggang motosikal adalah meletakkan dua jari pada tuil brek untuk bersiap sedia membrek.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat

Cara membrek menggunakan dua jari sebenarnya tidak memberikan banyak kelebihan kepada penunggang motosikal. Malah, ia menyebabkan keupayaan membrek jadi kurang optimum. Kenapakah guna dua jari untuk membrek boleh menjejaskan tahap kecekapan brek?

1. BREK GAGAL BERFUNGSI OPTIMUM KETIKA KECEMASAN

Jika cuma guna dua jari, kekuatan menarik tuil brek akan jadi lemah, sekali gus menyebabkan sistem brek sama ada jenis dram atau cakera gagal berfungsi optimum.  Ludhy berkata, penunggang sepatutnya menggunakan empat jari untuk menarik tuil brek bagi memaksimumkan daya membrek.

Antara risiko bahaya paling tinggi jika membrek menggunakan dua jari adalah berlaku situasi mencemaskan ketika sedang menunggang laju seperti tiba-tiba muncul objek atau halangan di depan. Jika tuil brek ditarik dalam situasi kecemasan, penunggang tiada masa menurunkan atau melepaskan terotel.

Kebiasaannya, apabila berlaku kecemasan seperti itu, penunggang secara spontan akan menarik tuil brek, tetapi pada masa sama terotel masih dipulas, sekali gus menyebabkan roda depan terkunci (untuk motosikal tanpa ABS) hingga menyebabkan mereka terbabas.

BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?

2. DUA JARI PUNCA PENAT, TIDAK SELESA

Satu lagi kesan pada penunggang yang gemar menempatkan dua jari dalam keadaan siap sedia atas tuil brek atau klac ialah penat dan tidak selesa. Otot pada kedua-dua jari dan pergelangan tangan anda akan rasa sakit atau lenguh jika tabiat ini dilakukan ketika menunggang lama.

Ini juga menyebabkan ketidakselesaan dan menjejaskan kecekapan respons membrek jika berlaku situasi kecemasan.

3. DUA JARI HANYA UNTUK SUKAN LUMBA

Kebanyakan penunggang terjebak dengan tabiat dua jari atas tuis brek kerana terikut-ikut gaya pelumba profesional di litar lumba seperti MotoGP. Sebenarnya skil dua jari ini cuma sesuai di trek lumba dan bukan jalan raya atau lebuh raya biasa.

Senario litar dan jalan raya tidak sama. Jadi, teknik dan tujuan membrek adalah berbeza. Dalam perlumbaan, brek digunakan untuk memperlahankan kelajuan motosikal tanpa menurunkan kuasa pecutan. Di litar juga tiada haiwan ternakan melintas dan tiada simpang jalan yang kenderaan lain boleh keluar dan masuk secara mengejut, ataupun pokok tumbang menghalang jalan.

Malah, teknik guna jari tertentu ketika berlumba digunakan untuk mengehad cengkaman melampau, dan bukan untuk membrek optimum. Misalnya, Marc Marquez membrek cuma menggunakan satu jari, manakala Valentino Rossi menggunakan tiga jari.

“Cengkaman atau grip empat jari adalah lebih kuat berbanding teknik menarik tuil guna dua jari,” kata Ludhy.

Ludhy juga menasihatkan penunggang supaya memegang pemegang grip hendal menggunakan kelima-lima jari. Selain meningkatkan keselesaan, penunggang juga dapat mengawal kelajuan motosikal lebih baik.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!

SUMBER: KabarOto | MotorcyclistOnline

autotainment Brek Guna Dua Jari Brek Guna Empat Jari Cara Membrek tahukah anda Tip Membrek Tip Menunggang
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Sesetengah Jalan Raya Guna Lampu Isyarat Biru?

    25/06/2026
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026

    2 Comments

    1. Jan on 29/02/2020 19:16

      rasanya artikel ini perlu dikaji lagi, macam ada salah faham dan missconception.

      Reply
    2. AO on 03/07/2020 11:39

      Boleh dihujahkan, tapi artikel ini dipetik daripada pakar keselamatan.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.