Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Tayar Warna Hitam?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Tayar Warna Hitam?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAHKAH anda terfikir kenapa tayar kereta berwarna hitam, dan bukan biru, hijau atau merah? Bukankah getah dan plastik boleh disapukan pelbagai warna dengan hanya menambah pewarna atau bahan kimia ketika proses pengeluaran.

Namun, kebanyakan tayar jenis pneumatik, yang boleh diisi udara mampat seperti basikal, automobil dan kenderaan pembinaan, adalah berwarna hitam. Malah, warna itu sudah wujud sejak awal pengeluaran kenderaan dahulu.

Persoalannya, kenapa? Apakah ada alasan spesifik mengenai pemilihan warna tersebut, atau hanya kebetulan?

BACA >>> #RetroAuto: John Boyd Dunlop Rintis Penciptaan Tayar Pneumatik Moden

GUNA KARBON HITAM?

Memang ada tayar berwarna berbeza, tetapi itu tidak bermakna ia sesuai untuk kegunaan harian. Ironinya, tayar hitam yang mungkin nampak membosankan bagi sesetengah orang, itulah tayar paling reliabel. Tayar hitam memiliki jangka hayat lebih lama dan juga lebih selamat.

Faktanya, penggunaan warna hitam adalah usaha pengeluar untuk memanjangkan hayat tayar. Warna berkenaan berasal daripada campuran bahan kimia penstabil dan polimer tayar ketika proses pengeluaran. Bahan kimia itu dinamakan karbon hitam (black carbon) yang ditambah bagi melindungi tayar daripada kerosakan akibat panahan ozon dan sinaran ultra-ungu (UV).

Kegunaan karbon hitam bukan untuk tayar sahaja.
Karbon hitam

Pengeluar mendapati apabila karbon hitam ditambah, secara drastik jangka hayat tayar dapat dilanjutkan. Ini membuatkan semua pengeluar tayar menggunakan bahan tambahan sama untuk produk masing-masing. Karbon hitam juga mempunyai keupayaan untuk menahan kesan kakisan ozon dan menyerap sinar UV untuk menukarkannya menjadi panas.

Kenapa pula tukar jadi panas?

Sebenarnya, gejala panas adalah lebih baik kerana apabila tayar  menyejuk atau memanas, ia dapat mengembang atau menguncup untuk menampung tambahan tekanan yang mana ozon akan menyerang molekul dan ikatan kimia, sekali gus melemahkan kekuatan tayar. Proses pengembangan dan pengecutan sebenarnya mampu meminimumkan kerosakan dan bahaya tayar.

Hasilnya, tayar kini lebih selamat dan tahan lama. Disebabkan UV dan ozon menjadi faktor terbesar yang menyumbang kepada masalah tayar reput, sangat penting melindungi komponen itu untuk keselamatan dan prestasi. Tanpa bahan tambahan seperti karbon hitam, tayar akan lebih cepat reput dan kering.

Malangnya, dari semasa ke semasa, penyerapan kimia daripada karbon hitam tetap juga akan habis dan hilang keberkesanan. Bahan itu akan lenyap dan tidak mampu lagi menukar kesan UV kepada panas, termasuk menjejaskan tahap serapan ozon.

Disebabkan aditif karbon hitam hilang abiliti, ia akan mengubah warna tayar menjadi kelabu cerah. Ini salah satu sebab utama tayar hitam akan pudar dan berubah menjadi hampir putih seiring usianya.

BACA >>> OK Tak Ubah Suai Tayar Motosikal Guna Tayar Kereta?
BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Dedah Tutorial Modifikasi Tahap Dua Ninja ZX-25R

SUMBER: Zidbits

autoterkini Bunga Tayar Jenis tayar kereta hitam TahukahAnda Tayar
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
Naik motosikal dari KL ke London
Autotainment

#ApaNakBuat: Berapa Lama Perjalanan Motosikal KL – London?

12/12/2025
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.