Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15GT?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15GT?

SyafieBy Syafie18/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

Modenas Z15GT 2026

PENGENALAN model Z15GT bukan sekadar nama baharu dalam barisan produk Modenas, sebaliknya membawa maksud mendalam yang mencerminkan gabungan DNA Kawasaki, keupayaan enjin 150cc dan karakter tunggangan jarak jauh atau Grand Touring (GT).

Berdasarkan pembentangan rasmi dikongsikan, setiap huruf pada nama Z15GT mempunyai rasional tersendiri dan dipilih secara strategik bagi mewakili identiti dan hala tuju model ini dalam pasaran motosikal tempatan.

Logo Modenas Z15GT

‘Z’ – Kelulusan, DNA Kawasaki

Huruf ‘Z’ pada nama Z15GT membawa signifikan besar kerana ia penjenamaan yang diluluskan Kawasaki secara rasmi.

Ia mencerminkan penerapan rekabentuk, DNA dan piawaian kejuruteraan Kawasaki, sekali gus memberi jaminan kualiti dan prestasi yang memenuhi standard jenama Jepun itu.

Malah, nama ‘Z’ hanya menerima kelulusan selepas pihak Kawasaki Motors Corporation (KMC) berpuas hati sepenuhnya terhadap keseluruhan produk, sekali gus mengukuhkan kredibiliti Z15GT sebagai model yang benar-benar disahkan kualiti.

’15’ – Kategori Enjin 150cc

Modenas Z15GT
Modenas Z15GT

Angka ‘15‘ merujuk kepada kategori enjin berkapasiti 150cc, yang direka khas untuk kegunaan harian dan tunggangan lebih agresif apabila diperlukan. Menurut penerangan, konfigurasi itu menawarkan:

  • Kecekapan tinggi untuk ulang-alik bandar
  • Tunggangan lincah dan serba boleh
  • Prestasi stabil dalam persekitaran trafik sesak

Ini menjadikan Modenas Z15GT sebagai motosikal praktikal untuk kegunaan harian, tanpa mengorbankan keseronokan menunggang.

‘GT’ – Grand Touring

Modenas Z15GT
Modenas Z15GT

Label ‘GT’ (Grand Touring) pula menekankan fokus utama Modenas Z15GT iaitu:

  • Keselesaan
  • Kestabilan
  • Keupayaan tunggangan jarak jauh

Pendekatan itu turut diilhamkan daripada legasi model ikonik Modenas GT128, yang sebelum ini dikenali sebagai motosikal touring praktikal dan selesa untuk perjalanan jauh.

Z15GT membawa kesinambungan nama tersebut, tetapi dalam pakej moden dengan teknologi dan talaan yang lebih relevan untuk penunggang masa kini.

Kesinambungan Model, Identiti Baharu

Modenas Z15GT 2026

Secara keseluruhan, Modenas Z15GT bukan sekadar model baharu, tetapi evolusi yang:

  • Mengekalkan kesinambungan nama model terdahulu
  • Menawarkan keselesaan dan kestabilan tunggangan jarak jauh
  • Disokong standard kualiti Kawasaki
  • Diposisikan sebagai motosikal Grand Touring 150cc moden

Gabungan itu menjadikan Modenas Z15GT sebagai calon menarik kepada penunggang yang mahukan motosikal harian dengan keselesaan touring, tanpa perlu beralih kepada kapasiti enjin lebih besar.

Auto Terkini Kapcai Modenas Modenas Z15GT Modenas Z15GT 2026 Supermoped 150cc tahukah anda
Syafie

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15GT?

By Syafie18/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.