Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tahukah Anda»#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam26/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DALAM dunia dua roda, pilihan motosikal bukan sekadar soal jenama atau kapasiti enjin. Selalunya, jenis motosikal yang kita pilih mencerminkan personaliti, gaya hidup dan cara kita melihat jalan raya.

Kalau anda masih tertanya-tanya kategori mana paling ‘kena’ dengan diri sendiri, ini panduan ringkas untuk mengenali jiwa motosikal anda.

1. Naked Bike

Ciri jiwa penunggang:

  • Suka gaya minimalis tanpa terlalu banyak fairing.
  • Mahu keseimbangan antara prestasi dan keselesaan harian.
  • Gemar tunggangan santai tetapi masih mahu kuasa bila perlu.

Naked bike biasanya menjadi pilihan mereka yang mahukan jentera serba boleh seperti ulang-alik kerja, boleh juga layan selekoh hujung minggu. Posisi tunggangan lebih tegak dan mesra bandar. Jika anda jenis tak suka ‘over’, tapi tetap mahu nampak sporty dan berkarakter, besar kemungkinan jiwa anda adalah naked.

Contoh model popular:

  • Yamaha MT-09
  • Kawasaki Z900
  • Honda CB650R
  • Ducati Streetfighter

2. Sportbike

Ciri jiwa penunggang:

  • Suka kelajuan dan prestasi maksimum.
  • Minat teknologi perlumbaan dan aerodinamik.
  • Tidak kisah posisi tunduk demi kawalan optimum.

Sportbike sesuai untuk mereka yang mengejar sensasi pecutan dan selekoh tajam. Rekaan tajam, enjin berkuasa tinggi serta sistem suspensi dan brek berprestasi adalah identitinya. Kalau anda kerap bercakap tentang horsepower, lap time dan quickshifter, itu petanda jelas jiwa sportbike mengalir dalam diri.

Contoh model popular:

  • BMW S1000RR
  • Ducati Panigale
  • Yamaha YZF-R1
  • Honda CBR1000RR-R Fireblade
  • Kawasaki Ninja ZX-10R

3. Cruiser

Ciri jiwa penunggang:

  • Lebih menikmati perjalanan berbanding destinasi.
  • Suka bunyi enjin yang dalam dan berkarakter.
  • Mengutamakan gaya serta keselesaan.

Cruiser membawa imej klasik dengan posisi kaki ke depan dan hendal lebih tinggi. Ia bukan tentang siapa paling laju, tetapi siapa paling ‘steady’ di jalan raya. Jika anda suka tunggangan santai waktu senja, lebih gemar menikmati suasana dan tidak tergesa-gesa, cruiser mungkin mencerminkan jiwa anda.

Contoh model popular:

  • Harley-Davidson Road Glide
  • Indian Scout
  • Honda Rebel 500
  • Kawasaki Vulcan S

4. Touring

Ciri jiwa penunggang:

  • Suka perjalanan jarak jauh merentas negeri atau negara.
  • Pentingkan keselesaan maksimum dan ruang simpanan.
  • Mahu teknologi lengkap seperti navigasi dan sistem audio.

Motosikal touring biasanya besar, lengkap dengan kotak simpanan dan cermin angin tinggi. Ia dibina untuk keselesaan berjam-jam di atas lebuh raya. Kalau anda kerap merancang ride jarak jauh dan melihat motosikal sebagai teman eksplorasi, jiwa touring memang sesuai dengan anda.

Contoh model popular:

  • BMW R 1250 RT
  • Honda Gold Wing
  • Yamaha FJR1300
  • Kawasaki Ninja 1000SX

5. Adventure (ADV)

Ciri jiwa penunggang:

  • Tidak mahu terhad kepada jalan tar sahaja.
  • Suka cabaran laluan lasak dan jarak jauh.
  • Mahu motosikal serba boleh untuk bandar dan off-road.

Model ADV menggabungkan keselesaan touring dengan keupayaan meredah laluan tidak berturap. Ia sesuai untuk mereka yang gemar aktiviti luar dan sukakan kebebasan. Jika anda jenis spontan, suka teroka jalan kampung, laluan tanah merah atau trip rentas sempadan – jiwa adventure mungkin milik anda.

Contoh model popular:

  • BMW R 1300 GS
  • Honda Africa Twin
  • Yamaha Tenere 700
  • KTM 890 Adventure

Jadi, Anda Yang Mana Satu?

Tiada jawapan betul atau salah dalam memilih motosikal. Ada yang bermula dengan sportbike dan beralih ke touring. Ada juga yang setia dengan cruiser sejak awal.

Apa yang penting, motosikal yang dipilih selari dengan gaya hidup, kemampuan dan keperluan harian. Kenal pasti apa yang membuatkan anda tersenyum setiap kali memulas pendikit, di situlah terletaknya jiwa motosikal sebenar anda.

adventure bike Auto Terkini cruiser bike jiwa motosikal karakter motosikal motosikal naked bike sportbike tahukah anda touring bike
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 Dapat Nafas Baharu, Enjin Elektrik 150 PS, Jarak Maksimum 476 km

26/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

26/02/2026
Auto Terkini

Ducati DesertX 2026 V2, Enjin V2 890 cc Baharu Lebih Mudah Selenggara, Kerangka Trelis

26/02/2026
Auto Terkini

Jalan Raya Atas Tanah Kerajaan Tidak Boleh Dijual kepada Swasta

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.