Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa Kereta Porsche Tiada Gril?
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa Kereta Porsche Tiada Gril?

Han OthmanBy Han Othman11/05/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN ada yang perasan, ada pula tidak ambil kisah. Sedarkah anda rekabentuk model-model Porsche ‘tiada gril’, atau maksudnya, Porsche sejak dahulu lagi memang tidak pernah menumpukan kepada perincian gril seperti mana pesaing lain. Teori rekabentuk itu dikongsikan Ketua Pereka Porsche (kini ketua rekabentuk untuk semua subsidiari VW Group), Michael Mauer.

Menurut Mauer seperti diberitahu kepada Road and Track, depan Porsche tidak pernah ada gril, itu memang ambilan udara (air intake). Sesetengah kereta ada gril dan air intake , tetapi secara tradisi, Porsche cuma ada air intake kerana posisi enjin terletak di belakang.

Tetapi Apakah Perbezaan Gril dan Ambilan Udara?

Mauer menjelaskan lagi, gril selalu di bahagian atas yang ada banyak krom. Jika melihat Audi, kita dapat lihat logo berupa gelang, atau Mercedes dengan logo bintang. Bahagian atas itu akan digabungkan bersama lampu utama dan menjadi identiti khas ‘muka’ model jenama tersebut. Sebaliknya air intake diletakkan setingkat lebih bawah dan tiada kaitan dengan bahasa jenama yang cuba diserlahkan. Air intake cuma sekadar bahagian yang berfungsi membawa masuk udara dari luar ke dalam.

Memandangkan model 911 pertama berenjin belakang, bahagian air intake memang diperlukan di depan. Inilah sebab kenapa muka Porsche diterjemahkan bukan menerusi gril. Faktanya, itulah fungsi sebenar arkitektur mekanikal Porsche dan menjadi sebab kenapa lencana pengeluar itu diletakkan atas bonet.

BACA >>> Bagaimana menyebut Porsche dengan Betul Seperti Orang Jerman

Falsafah sama turut dibawa kepada Cayenne dan Panamera. Dalam aspek lain ia memaksa Porsche membangunkan bahasa rekabentuk tersendiri untuk ruang atas di tengah lampu utama (lihat gambar bawah kanan) yang biasanya diletakkan gril dan lencana pengeluar. Kita mungkin perasan tentang rekaan Porsche itu, tetapi tidak pernah tahu tentang rahsia di sebaliknya.

\Bagi kebanyakan kereta, rekabentuk bahagian depan dipecahkan kepada dua jenis. Pertama, memisahkan bahagian bawah lampu utama. Sesetengah model, kita tidak perasan pun kewujudan air intake di bawah lampu utama kerana dikaburi penampilan rekabentuk.

Kenapa? Sebabnya, mata kita akan mudah terpesona dengan rekaan gril depan yang terletak tengah lampu utama, yang juga menjadi ruang paling gemar dieksploitasi majoriti pengeluar automobil.

BERI GAMBARAN IDENTITI

Contoh paling tepat ialah Chevrolet SS (gambar atas). Kebanyakan tugas aliran udara diuruskan air intake yang terletak di bawah dan separas bampar, tetapi apabila melihat keseluruhan rupa depan kereta itu, kita lebih mudah menumpukan pandangan kepada gril dengan lambang bow-tie.

Sekarang, bandingkan pula dengan mana-mana model Porsche, sama ada baharu atau lama. Pasti setiap contoh model Porsche itu akan memberikan gambaran profil kereta dengan ambilan udara besar, dan ‘tanpa gril’ seperti tipikal rekabentuk pengeluar lain yang tampil dengan aneka gril silang, kotak atau berkrom. Apa yang ada pada model Porsche hanya air intake yang benar-benar air intake.


Menariknya, bahasa rekabentuk tersebut secara tidak langsung membentuk tradisi Porsche yang dibawah hingga era moden, misalnya seperti Panamera sedan dan model kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti Macan dan Cayenne walaupun berdepan cabaran besar kerana menggunakan enjin depan besar yang perlu disejukkan.

KEKAL TRADISI

Ford Mustang dengan rupa gril
Ford Mustang dengan ambilan udara, tanpa gril

Lebih utama, menurut Mauer, Porsche tidak pernah memuatkan air intake olok-olok pada mana-mana model jenama itu seperti mana sesetengah pengeluar lain yang cuma ada air intake kecil di sebalik gril bersaiz gergasi. Contohnya, Ford Mustang (gambar atas) generasi baharu yang jika diamati secara dekat, anda akan perasan tentang saiz air intake kecil berbentuk segiempat tepat di sebalik saiz gril yang ternganga luas.

BACA >>> Banyak Lebah Singgah ke Kilang, Porsche Buka Projek Jual Madu!

Dedikasi Porsche dalam menghasilkan bahasa rekabentuk tanpa gril adalah berasaskan faktor tradisi yang dijejaki seawal 911 dan kini menjadi identiti Porsche sendiri. Hasilnya ialah topografi atas bonet, dan rekaan fender yang lebih tinggi daripada bonet. Asalnya sudah tentu daripada 911 kerana berenjin belakang, tetapi bagi model Cayenne yang berenjin depan, asas bahasa rekabentuk masih mengikut peraturan sama.

SUMBER: RoadAndTrack

autotainment gril Porsche Roda4 tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

08/06/2026
Audi Nuvolori 2027
HEV

Audi Nuvolari 2027 – Supercar Hibrid Pertama Audi Berkuasa 1,001ps, Sepantas Lebih 349kmj

09/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

04/06/2026
Toyota GR86 Thunder 2027 | Kredit Joseph Ivan Faller
Roda4

Toyota GR86 2027 dengan Kawalan Pemanduan, Kabin dan Keselamatan Dipertingkat

03/06/2026

2 Comments

  1. Fahmbam on 15/12/2017 13:05

    Kot ye pun jangan la translate pakai google translate, berpinar anak mata nak baca… bahasa sanskrit mende yg korang pakai ni…

    Reply
    • AO on 15/12/2017 22:49

      Lah, tak pandai baca rupanya. Kesiannnn…

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.