• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Banyak Lebah Singgah ke Kilang, Porsche Buka Projek Jual Madu!

Banyak Lebah Singgah ke Kilang, Porsche Buka Projek Jual Madu!

December 8, 2017 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


JIKA melawat kilang Porsche di Leipzig dalam negeri persekutuan Saxony, Jerman, anda bukan saja akan terpesona dengan pelbagai aktiviti kejuruteraan automotif, tetapi turut melopong dengan persekitaran mesra alam yang serba mendamaikan di situ.

JAdi tidak hairan kenapa kilang tersebut menjadi kediaman semula jadi kepada lembu auroch dan kuda padi, termasuk lembu Urus yang kebetulan menjadi nama pilihan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Lamborghini. Sebenarnya, SUV tersebut berkongsi DNA sama dengan Porsche dan Audi.

BACA >>> Penampilan Porsche Merah Krom di Pantai Miami Buat Ramai Pandang Dua Kali

Tetapi, berita paling hangat ketika ini ialah kehadiran 25 koloni lebah sejak Mei lalu. Lebah madu ialah bahagian penting bagi ekosistem kerana serangga itu bertanggungjawab mendebungakan bunga dan tumbuhan ketika mengumpul nektar.

madu-porsche-turbienchen-1
madu-porsche-turbienchen-2
madu-porsche-turbienchen-3
madu-porsche-turbienchen-4
madu-porsche-turbienchen-5

Bagusnya, kedatangan lebah yang tidak diundang itu memberi kesempatan kepada Porsche untuk menghasilkan madu jenama sendiri. Pengerusi Lembaga Eksekutif di kilang itu, Gerard Rupp dalam satu kenyataan berkata, projek baharu itu akan diperluaskan pada tahun depan memandangkan persekitaran kilang menyediakan kondisi terbaik untuk habitat lebah.

Produk madu lebah tersebut dijual di bawah nama Turbienchen dan boleh dibeli di kedai-kedai cenderamata seluruh Jerman, termasuk luar negara. Tidak diketahui produk Jerman itu memasuki pasaran Malaysia atau tidak. Harapnya, tidaklah berharga Porsche.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, lebah, madu lebah, Porsche, Roda4, Turbienchen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev