Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Inilah 5 Sebab Utama Kenapa Enjin Sama, Tetapi Tak Sama Laju?
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 5 Sebab Utama Kenapa Enjin Sama, Tetapi Tak Sama Laju?

ZYBy ZY08/01/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

“ENJIN sama, tapi… awat motor tu lagi laju?”

Kepada mereka yang belum kenal dunia automotif atau motosikal khususnya, soalan ini sudah tentu jadi satu perkara ‘misteri’.

‘Enjin sama’ dimaksudkan itu kebiasaannya bersandarkan sesaran (cc) enjin sahaja. Al-maklumlah angka sesaran itulah yang kerap terpampang menghiasi grafik badan, poster dan brosur sesebuah model motosikal. Tidak terhad kepada sesaran yang sama, ada juga enjin lebih kecil tetapi mampu menghambat motosikal lain berenjin lebih besar. Kenapa?

Faktanya, ada terlalu banyak faktor dalam menentukan kelajuan sesebuah motosikal. Berikut sebahagian faktor tersebut.

* Artikel ini disediakan khas untuk memudahkan kefahaman pembaca aras mula atau nubis, abang-abang otai harap dapat berlapang dada, ambil popcorn dan baca dengan tenang.

1. 2-LEJANG VS 4-LEJANG

Tidak seperti negara lain yang sudah menghentikan penjualan dan penggunaan motosikal 2-lejang (2 stroke), motosikal jenis ini masih boleh ditunggang secara sah di Malaysia.

Antara model 2-lejang yang masih boleh dijumpai atas jalan raya Malaysia ialah Modenas Dinamik (120cc), Yamaha 125Z (125cc), Yamaha RXZ (135cc) dan Kawasaki Ninja RR (150cc). Semua model tersebut popular atas dua sebab: lebih laju berbanding model lain bersesaran sama, dan lebih murah berbanding motosikal lain dengan kuasa hampir sama.

Dua kelebihan itu boleh dikreditkan kepada enjin 2-lejang yang mampu menghasilkan kuasa hingga dua kali ganda, berbanding enjin 4-lejang bersesaran sama dan lebih banyak digunakan untuk motosikal lain. Bagaimanapun, faktor kecekapan bahan api, kebersihan udara dan peraturan emisi sedunia menjadi punca kenapa motosikal 2-lejang hampir pupus.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?

2. KATEGORI MOTOSIKAL

Walaupun sesaran enjin sama, ada banyak kategori motosikal yang boleh dihasilkan dan diberi acuan mengikut keperluan tertentu.

Mari ambil contoh popular, kapcai Yamaha Y15ZR menggunakan enjin 4-lejang 150cc yang sama digunakan model naked FZ150i dan sportbike R15. Namun, ada perbezaan spesifikasi antara kuasa dan prestasi membabitkan ketiga-tiga motosikal tersebut, dengan R15 memiliki kuasa dan kelajuan lebih tinggi.

Contoh lain lebih ketara ialah Kawasaki Vulcan S yang dijana enjin 650cc, sama seperti Kawasaki ER6. Namun, enjin itu ditala supaya bersesuaian dengan karakteristik cruiser (bayangkan Harley Davidson kalau susah mahu kenal cruiser). Jadi, Vulcan S mempunyai kuasa tarikan (pikap) yang lebih kuat berbanding ER6, tetapi kelajuan dan kuasa maksimum dikurangkan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Jenis Motosikal Terbaik untuk Saya?

3. JUMLAH SILINDER

Ada banyak kombinasi arkitektur enjin mampu memberikan hasil berbeza, tetapi jumlah silinder antara faktor komponen yang mampu menghasilkan perbezaan ketara.

Yamaha R25 dan Kawasaki Ninja 250, kedua-dua model itu menggunakan enjin dwi-silinder 250cc yang terbukti paling berkuasa dalam kelas, mendahului sportbike 250cc lain dengan enjin silinder tunggal seperti KTM RC250 dan Kawasaki Ninja 250SL.

Kisah sama berlaku pada Kawasaki Ninja ZX-6R. Walaupun ‘cuma’ datang dengan enjin 4-silinder sebaris 636cc, jentera itu nyata lebih berkuasa berbanding saudaranya, Ninja 650 yang berenjin 2-silinder 650cc.

Kenapa? Enjin dengan lebih banyak silinder mampu menjana rev lebih tinggi. Lebih tinggi rev, maka lebih tinggi kuasa boleh dijana. Rev tinggi itu pula berpunca daripada banyak faktor, misalnya penggunaan komponen lebih kecil dan ringan, dan agihan kerja setiap piston.

Ingat, bilangan silinder yang banyak juga ada beberapa kelemahan, seperti kos lebih tinggi dan mengalami masalah kehilangan tork pada rev rendah. Jadi, berbalik semula kepada kategori sesebuah motosikal itu, adakah silinder yang banyak diperlukan.

BACA >>> #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

4. REKAAN DAN TALAAN ENJIN

Sesaran sama, jumlah silinder sama, tetapi kenapa masih berbeza?

Jawapan kepada soalah ini pula bergantung kepada rekabentuk dan talaan (tuning) sesebuah enjin. Apabila disebut ‘tuning‘, jangan salah anggap terhad untuk modifikasi saja.  Perancangan rekaan dan talaan dibuat untuk menentukan kadar kecekapan dan karakteristik enjin, berdasarkan matlamat yang mahu dicapai. Kebiasaannya berhubung kait dengan faktor kos.

Antara perkara yang terlibat dalam rekabentuk enjin ialah ukuran komponen kritikal, seperti saiz gerek dan lejang (bore x stroke) sesebuah silinder, nisbah mampatan (compression ratio), dan lain-lain. Dari segi talaan pula lebih kepada pemboleh ubah yang lebih mudah dikawal seperti pemasaan injap dan kadar aliran masuk-keluar (intake-exhaust) enjin.

Kesimpulannya, walaupun menawarkan sesaran enjin sama, motosikal 4-lejang silinder tunggal 250cc silinder tunggal berharga bajet yang dihasilkan pengeluar China sudah tentu sangat berbeza prestasi (ibarat langit dan bumi) jika mahu dibandingkan dengan jentera lumba Moto3 yang juga menggunakan enjin 4-lejang silinder tunggal 250cc.

BACA >>> Bagaimanakah Kenali Karakter Motosikal Berasaskan Gerek (Bore) x Lejang (Stroke)?

5. TETAPAN TRANSMISI

Sebagai ‘orang tengah’ yang menghubungkan kuasa enjin kepada roda belakang, tetapan transmisi turut menentukan karakter sesebuah motosikal. Cuma transmisi tidak menentukan kuasa sesebuah motosikal. Namun, bagaimanakah kuasa disalurkan.

Menggunakan contoh sebelum ini, antara sebab Yamaha R15 mampu mencapai kelajuan lebih tinggi ialah penggunaan transmisi 6-kelajuan dengan nisbah pacuan akhir rendah. Sebaliknya, Y15ZR dan FZ150i menggunakan transmisi 5-kelajuan dengan nisbah pacuan akhir tinggi.

Ini tidak mengejutkan, sudah jadi kebiasaan pengeluar motosikal, segmen kapcai khususnya, akan menetapkan transmisi yang mementingkan pikap berbanding kelajuan maksimum. Namun, faktor modifikasi seperti menukar sproket belakang lebih kecil, yang mengubah nisbah akhir jadi lebih rendah, terbukti dapat meningkatkan kelajuan maksimum.

Jadi, ramai pemilik memilih melakukan modifikasi ini yang cukup mudah dan murah. Namun, itu tidak bermakna kuasa motosikal meningkat. Seperti dinyatakan awal tadi, tetapan transmisi cuma bertindak menyalurkan kuasa ke bahagian kerja yang dimahukan. Jadi, tetapan untuk kelajuan maksimum akan menurunkan kuasa tarikan (pikap) dan begitu juga sebaliknya.

BACA >>> #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sprocket – Mahu Pikap atau Laju?

2 lejang 2 stroke vs 4 stroke 4-lejang autotainment Enjin Sama roda2 single vs dual cylinder tahukah anda Tapi Tak Sama Laju tuning
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

28/03/2026
Triumph Daytona 660 2026
Roda2

Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

19/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

16/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026

3 Comments

  1. Bebet on 13/03/2019 21:02

    Artikel yang den goma baco untuk menambah ilmu dalam menjadi rider yg paham pasal moto. Terbaik bossku. Tapi gamai kutuk moto den moto kari. Yang ponting den tau poket den bosa mano dan den x kisah x laju janji sampai destinasi.den tuju. Kipidap dongibab ukenduit.

    Reply
  2. Kriss1996 on 09/05/2019 10:20

    Kriss 110 dan Lagenda 110, apa beza dan kenapa kriss lagi laju?

    Reply
    • Yusri on 06/09/2019 16:34

      Sebab kriss 111cc,lagenda 109cc. Kris pakai rim lidi, lagenda pakai sport rim

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.