Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Inikah Cara Plat Khas JPJePlate untuk EV Dibuat di Malaysia
Autotainment

#TahukahAnda: Inikah Cara Plat Khas JPJePlate untuk EV Dibuat di Malaysia

ShawkathBy Shawkath25/10/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HANDAL Ceria mengadakan satu sesi lawatan khas ke fasiliti penghasilan nombor plat kenderaan elektrik (EV) JPJePlate yang beroperasi di Cyberjaya, Selangor semalam.

Sesi lawatan itu diadakan selepas selesai forum perkongsian maklumat dan penerangan selain perbincangna beberapa isu berbangkit berhubung plat khas itu di premis sama. Kumpulan media permotoran turut berpeluang menyaksikan cara plat EV dihasilkan. Ini penerangannya:

DIKIRIM DARI JERMAN

Handal Ceria adalah satu-satunya pembekal plat JPJePlate dan bekalan asas untuk pembuatan komponen itu diperoleh dari Tonnjes International Group, sebuah firma di Jerman.

Kepingan plat dikirim memiliki latar putih, berserta jalur hologram keselamatan, bendera Malaysia di atas permukaan latar hijau muda, nombor siri, cip RFID (plat depan) dan kod QR.

Plat sebelum proses cetakan timbul
Keadaan belakang plat kosong

Apa perlu diketahui, plat depan dan belakang masing-masing memiliki nombor siri tersendiri, tetapi kedua-duanya diseragamkan mengikut nombor pendaftaran kenderaan di fasiliti Handal Ceria menggunakan sistem perisian komputer khas. Turut diseragamkan bersama ialah nombor siri pelekat RFID.

Sebaik permohonan diterima, staf bertugas akan melakukan pemeriksaan dan semakan maklumat sebelum proses cetakan pelekat kecil dibuat yang mengandungi beberapa butiran maklumat dilekatkan pada permukaan belakang plat.

Plat depan tertera teks Front di penjuru bawah-kanan permukaan depan, manakala plat belakang memaparkan Rear di tempat sama. Kedua-dua nombor siri adalah berbeza (lihat foto di bawah).

Semua maklumat disahkan dan dilekatkan pelekat, dan kepingan plat diserahkan kepada petugas yang akan melakukan proses cetakan timbul menggunakan mesin khas Tonnjes.

Plat dimasukkan antara bongkah blok cetakan dalam mesin
Ia kemudian ditolak dalam mesin khas untuk mencetak timbul

Plat kemudian dibawa ke bahagian mesin cetakan timbul (emboss). Petugas juga akan menyusun blok logam mengikut nombor pendaftaran kenderaan sebelum menempatkan plat antara blok logam dan dimasukkan ke dalam mesin.

Selepas cetakan timbul selesai, plat akan diperiksa sebelum diserahkan kepada petugas seterusnya untuk proses mewarnakan permukaan abjad dan nombor dalam tona hitam menggunakan mesin tera panas (hot stamping).

Reben dengan ciri keselamatan digunakan untuk hot stamping plat hadapan
Proses mewarna hitam plat belakang

Plat nombor depan menggunakan warna hitam dengan ciri keselamatan khas di atas huruf, abjad dan bingkai, manakala plat belakang menggunakan warna hitam sahaja (lihat foto di atas).

Sekiranya plat dihasilkan ada kesilapan, petugas akan melupuskan plat berkenaan menggunakan mesin canai khas yang disediakan.

Petugas mengaktifkan cip RFID
Dari atas: plat hadapan, plat belakang dan plat belum dicetak warna.

Plat yang sempurna akan diserahkan pula kepada petugas lain untuk proses mengaktifkan cip RFID, mencetak pelekat RFID dan masukan serta pemeriksaan semua data yang terkandung dalam kod QR dan tag RFID.

Proses pemeriksaan dan kawalan kualiti dilakukan bagi setiap keping plat sebelum diserahkan ke bahagian pembungkusan untuk dikirim kepada pengedar.

Pakej plat JPJePlate siap
Bungkusan plat siap dikirim kepada pengedar

Secara purata, masa diperlukan untuk menyiapkan satu tempahan dua keping plat JPJePlate dan pelekat RFID adalah antara 13 hingga 15 minit sahaja.

Setakat kunjungan pagi semalam, jumlah plat JPJePlate yang sudah dihasilkan mencecah 1,988 keping. Secara purata, fasiliti Handal Ceria di Cyberjaya itu mampu menghasilkan plat JPJePlate sekitar 1,500 hingga 2,000 keping sebulan, atau purata 200 plat sehari.

Plat atas menggunakan abjad saiz besar, bawah saiz kecil
Dua saiz abjad blok cetakan timbul

Cetakan abjad dan nombor plat kenderaan ada dua saiz mengikut jumlah aksara (huruf dan nombor). Jika plat dengan lapan alfanumerik (abjad+nombor), saiznya besar. Sebaliknya plat dengan alfanumerik sembilan hingga 13, cetakan timbul akan bersaiz kecil.

autoterkini Handal Ceria JPJePlate nombor plat EV tahukah anda TahukahAnda Tonnjes International Group
Shawkath

Artikel Berkaitan

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.