
Ramai penunggang panik apabila motosikal terjatuh, sama ada ketika berhenti, buat pusingan U perlahan atau parkir di permukaan tak rata. Hakikatnya, motosikal 150kg hingga 250kg masih boleh diangkat seorang diri jika guna teknik betul, fokus pada kaki, bukan pinggang. Jom kita mulakan..
Ikuti Langkah Ini
1. Pastikan Situasi Selamat

- Matikan enjin dan suis utama.
- Masukkan gear (untuk motosikal manual).
- Periksa jika ada kebocoran minyak atau halangan sekeliling.
- Jika di cerun, angkat ke arah menaik, bukan menuruni cerun.
2. Posisi Badan Yang Betul (Teknik Back-To-Bike)
- Berdiri membelakangi motosikal.
- Sandarkan punggung ke bahagian seat.
- Pegang handlebar yang paling hampir dengan tanah.
- Tangan satu lagi pegang grab rail/rangka kukuh.
- Pusing stereng ke arah dalam supaya tayar tidak bergerak.
3. Gunakan Kekuatan Kaki
- Bengkokkan lutut, bukan bongkokkan pinggang.
- Pastikan belakang sentiasa lurus.
- Tolak motosikal ke atas menggunakan kaki.
- Bergerak perlahan ke belakang sambil menolak.
- Jangan tarik dengan tangan atau memulas badan.
4. Stabilkan Motosikal
- Perlahankan gerakan apabila hampir tegak.
- Kawal titik imbangan supaya tidak terlebih tolak.
- Turunkan side stand dengan kaki sebaik motosikal stabil.
Tip Tambahan Elak Sakit Pinggang

- Tanggalkan beg galas atau barang berat.
- Gunakan kasut bertapak kasar untuk cengkaman.
- Jangan tergesa-gesa.
- Jika posisi terlalu sukar atau motosikal terlalu berat, minta bantuan.
Kenapa Teknik Ini Berkesan?
Teknik salah biasanya melibatkan membongkok dan menarik dengan tangan, ini beri tekanan terus pada tulang belakang.
Teknik betul memindahkan beban kepada otot kaki dan paha (otot paling kuat dalam badan). Sebab itu penunggang berpengalaman boleh angkat motosikal besar tanpa cedera. Kesimpulannya, jangan panik, guna teknik yang betul dan utamakan keselamatan badan sebelum fikirkan keadaan motosikal.









