Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Goncang Sambil Isi Petrol Boleh Buat Motosikal Terbakar?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Goncang Sambil Isi Petrol Boleh Buat Motosikal Terbakar?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUAH motosikal jenis Yamaha Vixion dirakam terbakar di stesen minyak Pertamina Tlogomas di Malang, Jawa Timur, Indonesia pada Ahad lalu didakwa berpunca akibat penunggang menggoncangkan motosikal ketika mengisi petrol.

Sebelum kebakaran berlaku, lampu depan dan signal belok motosikal itu dilihat menyala. Video insiden kebakaran itu dapat ditonton di bawah ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Infomalang (@info_malang)

KENAPA NAK GONCANG MOTOR?

Memang ada segelintir individu gemar menggoncang motosikal mereka ketika mengisi petrol, kononnya tindakan itu dapat memenuhkan tangki hingga semaksimum mungkin.

Mereka juga percaya perbuatan menggoncang motosikal itu membantu mengeluarkan udara yang terperangkap dalam tangki. Bagaimanapun, tindakan itu hanya mitos semata-mata.

GONCANG MOTOR KETIKA ISI PETROL UNDANG BAHAYA

Pengurus Komunikasi, Perhubungan dan CSR Kawasan Pertamina Patra Niaga Wilayah Jawa Barat, Eko Kristiawan pernah menjelaskan perbuatan menggoncang kenderaan ketika Mengisi minyak adalah langsung tidak memberi manfaat.

Perbuatan itu bukan saja mitos, tetapi juga boleh menjejaskan aspek keselamatan di kawasan stesen minyak. Eko berkata;

Goncang kereta atau motosikal ketika isi bahan api sebenarnya boleh mengancam keselamatan di stesen minyak dan boleh menyebabkan kebakaran berlaku.”

Ini kerana muncung besi nozel yang bergesel hujung tangki minyak boleh menyebabkan geseran statik elektrik hingga menyebabkan percikan.”

Bagaimanapun, Kompas melaporkan, Pertamina tidak menolak kemungkinan motosikal terbakar itu bukan model standard kilang, tetapi sudah dimodifikasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pertamax Series ID (@pertamaxseries.id)

SUMBER: CNNIndonesia

Eko Kristiawan motor terbakar isi petrol Pertamina roda2 TahukahAnda Yamaha Vixion
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 Untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

04/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.