Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Faktor Mengapa Porsche Macan EV Begitu Cekap Dalam Pengecasan
Auto Terkini

#TahukahAnda: Faktor Mengapa Porsche Macan EV Begitu Cekap Dalam Pengecasan

Abang HirataBy Abang Hirata23/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Porsche Macan boleh dijadikan pilihan untuk mereka yang merasakan Cayenne terlalu besar. Macan juga boleh menjadi pilihan buat pelanggan yang mahu kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik kerana model terbaru (2024) tidak dibuat dalam enjin pembakaran dalaman (ICE).

Pengenalan Macan elektrik satu langkah strategik dalam penukaran model utama Porsche kepada kenderaan elektrik (EV) sebelum disusuli model lain. Satu keputusan berani memandangkan Macan di antara model terlaris Porsche selain Cayenne.

Porsche dikenali sebagai jenama prestasi dan begitu teknologi pengecasan pada Macan. Proses pengecasan Macan boleh digambarkan sebagai pertalian di antara mesra pengguna dan kelajuan.

Sama seperti Taycan, Macan menggunakan motor elektrik segerak kekal (PSM) dan teknologi 800 volt (V) yang bukan sahaja menyumbang kepada prestasi tinggi tetapi juga untuk mengoptimumkan masa pengecasan.

Teknologi 800 V satu yang hangat sekarang dan setakat ini kebanyakannya dilengkapi pada EV ‘kelas atasan’.

Bak kata Pengarah Projek Sistem Tenaga siri Macan, Tomas Gajdos, voltan lebih tinggi mempertingkatkan prestasi pengecasan.

“Voltan lebih tinggi mempertingkatkan prestasi dan mengurangkan kehilangan pengecasan selain mengekalkan berat yang rendah sesebuah kenderaan.” terang beliau.

Ciri-ciri bateri dan pengecasan Porsche Macan 2024

  • Model Porsche pertama dari Pelantar Elektrik Premium (PPE) yang dibangunkan dengan kerjasama Audi.
  • Teknologi 800 V, kapasiti pengecasan sehingga 270kW.
  • Macan 4 dan Macan Turbo dilengkapi sebuah bateri litium-ion dengan tenaga bersih 95 kWj. Taycan menggunakan dua bateri.
  • Bateri direka untuk prestasi dan kecekapan dan mengandungi sel dengan keseimbangan di antara ketumpatan kuasa, kandungan kuasa, kemampanan dan tempoh guna (service life).
  • Bateri mempunyai 12 modul dengan setiap satu mengandungi 12 sel prismatik. Modul dan beberapa lagi perkakasan penting boleh diganti secara berasingan.
  • Pengecasan AC 11 V.
  • Pengecasan pantas 10 – 80% sekitar 21 minit (bergantung kepada jenis pengecas, suhu dan kadar baki bateri/SoC).
  • Di pusat pengecasan 400V, perisian memisahkan bateri 800 V kepada dua menggunakan voltan sama (400/400) hasil dari penggunaan pemisah voltan tinggi terbina dalam.
  • Kedua-duanya boleh dicas serentak sehingga 135kW di stesen pengecasan 400V tanpa memerlukan tambahan penggalak Voltan Tinggi (HV) – Boleh digunakan di stesen pengecasan serata dunia.
  • Jika diperlukan, SoC kedua-dua bateri akan dijajarkan sebelum dicas serentak.
  • Plet penyejukan dipasang pada perumah bateri.
  • Pada musim sejuk, perkakasan voltan tinggi seperti bateri dipanaskan mengikut keperluan melalui pemanas voltan tinggi bersepadu.
  • Perkakasan tiga dalam satu; Kotak Kuasa Bersepadu Porsche (IPB) dengan paten telah didaftarkan oleh Porsche.
  • IPB menyatukan tiga perkakasan; pengecas AS terbina dalam, pemanas voltan tinggi dan penukar 12 V DC kepada DC.
  • IPB hanya seberat 19 kg dan dipasang di antara kerusi belakang dan bateri bagi menjimatkan ruang.
  • Tiga port pengecasan; DC pada sisi kiri dan dua AC pada kedua-dua sisi.

Proses pengecasan pintar

  • Diringkaskan untuk kesenangan pemandu.
  • Sistem paparan pintar yang memaparkan dengan jelas maklumat seperti status pengecasan, baki tempoh pengecasan dan julat arus.
  • Mod Penjagaan Bateri baharu untuk mengoptimumkan tempoh guna bateri – kadar pengecasan ditetapkan pada 80 peratus.
  • Aplikasi My Porsche membolehkan pengguna mengurus dan mengawasi proses pengecasan dari jauh.
  • Aplikasi dan kawalan masa di dalam Macan membolehkan pengecasan dibuat pada waktu malam ketika kos tenaga elektrik lebih rendah.
  • Pemandu juga boleh memilih masa untuk pra terma (suhu awal) atau tetapan waktu pengecasan penuh.

Prestasi Macan Turbo:

  • 470 kW (639 ps), 1,130Nm.
  • 0 – 100 kmj: 3.3 saat
  • Kelajuan maksimum: 260 kmj.
  • Jarak pemanduan: 591 km (WLTP).

Prestasi Macan 4:

  • 300 kW (408 ps), 650Nm.
  • 0 – 100 kmj: 5.2 saat
  • Kelajuan maksimum: 220 kmj.
  • Jarak pemanduan: 613 km (WLTP).

Porsche Macan 2024 – Teknikal:

Porsche Macan Turbo 2024:

Porsche Macan 4 2024:

EV Porsche Porsche Macan Porsche Macan 2024
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.