• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Enjin 8.3L V16 Bugatti Tourbillon Ini Hampir 1 Meter!

#TahukahAnda: Enjin 8.3L V16 Bugatti Tourbillon Ini Hampir 1 Meter!

April 25, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter
Ayat kanan: رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ "Wahai Tuhanku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang benar, dan keluarkanlah aku dengan keluaran yang benar..." (Surah Al-Isra, ayat 80). Ayat kiri: رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ "Wahai Tuhanku, ampunilah dan rahmatilah, dan Engkaulah sebaik-baik Pemberi rahmat." (Surah Al-Mu'minun ayat 118).

BUGATTI secara rasmi melancarkan Tourbillon pada Jun 2024 sebagai jentera hiper sport generasi baharu menggantikan Chiron.

Terhad kepada hanya 250 unit, Tourbillon menjadi model hibrid plug-in pertama dalam sejarah jenama Bugatti.

Asas kepada segala prestasi ekstrem Tourbillon ialah pembangunan enjin V16 aspirasi semulajadi (N/A) serba baharu. Bermakna, jentera Bugatti tidak lagi menggunakan empat pengecas turbo selepas beberapa ketika.

Satu lagi, enjin 8.3 liter Tourbillon dibangunkan Cosworth bersama Bugatti.

Berikut ialah butiran penting mengenai pembangunan dan spesifikasi enjin ini:

  • Proses pembangunan bermula pada tahun 2021 apabila Mate Rimac menghubungi pakar enjin berprestasi tinggi dari Cosworth untuk menghasilkan enjin pembakaran dalaman baharu bagi jentera hiper Bugatti.
  • Tidak seperti ujian awal konvensional yang biasanya bermula dengan pembinaan enjin prototaip satu silinder, Bugatti memilih pendekatan lebih berani dan membina enjin ujian awal dengan empat silinder.
  • Langkah ini membolehkan pasukan menjalankan ratusan sesi ujian dinamometer (dyno) Cosworth, bagi memahami karakter prestasi, kualiti bunyi dan kelakuan keseluruhan enjin baharu dengan lebih mendalam.
  • Enjin V16 aspirasi semulajadi baharu ini menghasilkan 1,000PS pada 9,000rpm dan 900Nm tork tanpa sebarang sistem induksi paksaan atau pengecas turbo.
  • Enjin ini direka sepenuhnya dari awal dan bersesaran 8.3 liter, menjadikannya antara enjin aspirasi semulajadi terbesar pernah dihasilkan dengan panjang hampir satu meter.
  • Plenum, komponen kritikal dalam mana-mana enjin aspirasi semulajadi, menjadi tumpuan utama proses reka bentuk kerana Bugatti mahu mencapai keseimbangan sempurna antara prestasi dan estetika.
  • Pada tahun 2023, Bugatti dan Cosworth berjaya membina enjin ujian V16 lengkap pertama sedia untuk ujian dyno.
  • Rangkaian kuasa ini kemudian digandingkan dengan sistem hibrid moden, dan hasilnya ialah model Bugatti Tourbillon yang menjadi simbol kepada era baharu prestasi ekstrem.
  • Gabungan enjin pembakaran dalaman dan sistem hibrid menghasilkan output 1,800 ps. Enjin V16 menyumbang 1,000 ps manakala tiga motor elektrik menambah 800 ps serta daya kilas serta-merta.
  • Sistem hibrid terdiri daripada tiga motor elektrik: satu motor 340 ps/240Nm diletakkan antara enjin dan kotak gear untuk memacu roda belakang, manakala dua motor 340 ps masing-masing memacu roda hadapan, memberikan pacuan semua roda dan vektor tork pada gandar hadapan.
  • Kesemua motor elektrik dikuasakan bateri 25kWj yang menyediakan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sejauh 60km.
  • Tourbillon mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam hanya 2.0 saat dan mencatat kelajuan maksimum 445km/j dengan bantuan Speed Key yang menurunkan sayap belakang untuk mengurangkan seretan.

Jentera ini bukan sekadar sebuah hiper sport, tetapi satu pernyataan seni kejuruteraan dan keberanian Bugatti untuk terus mendefinisikan semula apa yang mungkin dicapai.

Bugatti Tourbillion.01
Bugatti Tourbillion.02
Bugatti Tourbillion.03
Bugatti Tourbillion.04
Bugatti Tourbillion.05
Bugatti Tourbillion.06
Bugatti Tourbillion.07
Bugatti Tourbillion.22
Bugatti Tourbillion.13
Bugatti Tourbillion.12
Bugatti Tourbillion.10
Bugatti Tourbillion.08
Bugatti Tourbillion.09
Bugatti Tourbillion.11
Bugatti Tourbillion.19
Bugatti Tourbillion.14
Bugatti Tourbillion.15
Bugatti Tourbillion.16
Bugatti Tourbillion.17
Bugatti Tourbillion.18
Bugatti Tourbillion.20
Bugatti Tourbillion.21
Bugatti Tourbillion.27
Bugatti Tourbillion.23
Bugatti Tourbillion.24
Bugatti Tourbillion.25
Bugatti Tourbillion.26
Bugatti Tourbillion.28
Bugatti Tourbillion.29
Marco Arnoletti, Powertrain Chief Engineer at Bugatti Rimac, and Emilio Scervo, CTO of Bugatti Rimac
Emilio Scervo, CTO of Bugatti Rimac
Bugatti Tourbillion.30

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bugatti, Bugatti Tourbillon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev