Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Penyejukan Udara Bekerja?
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Penyejukan Udara Bekerja?

TalibBy Talib17/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS kita membedah sistem penyejukan air dalam artikel lalu, artikel kali ini kita akan huraikan pula tentang satu lagi sistem penyejukan kenderaan yang menggunakan udara. Sistem ini lebih ringkas dan mudah disenggara yang kebanyakannya digunakan pada enjin motosikal kecil.

Sesetengah kereta turut menggunakan sistem penyejukan udara seperti Volkswagen Beetle. Seperti kita tahu, sistem penyejukan jenis ini tidak memerlukan radiator dan komponen khas untuk mengitarkan cecair seperti sistem penyejukan air.

Bagaimanakah sistem penyejukan udara bekerja?

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Penyejukan Air dalam Kereta Bekerja?

SISTEM PENYEJUKAN UDARA

Contoh enjin dengan sirip penyejukan udara.
Enjin Yamaha RX-Z.

Sistem penyejukan udara dibina untuk enjin bersesaran kecil seperti motosikal dan jentera mesin rumput. Motosikal berenjin 150cc ke atas biasanya sudah mula menggunakan sistem penyejukan air atau cecair penyejuk (coolant) dengan komponen radiator untuk menyejukkan enjin.

Rekabentuk blok enjin dengan sistem penyejukan udara biasanya memiliki sirip (fin) untuk membantu udara disuap masuk sekeliling enjin. Bentuk blok enjin yang mendatar pula mempunyai sistem aliran udara di atas yang terdapat saluran udara (ducting).

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Cecair Penyejuk @ ‘Coolant’ Ada Macam-Macam Warna?

Saluran udara itu akan menyuapkan angin ke kebuk enjin untuk menyejukkan enjin yang dibantu rekabentuk sirip pada blok enjin. Ini juga sebab enjin motosikal 2-lejang memerlukan minyak 2T sebagai aditif penyejukan enjin.

Sistem penyejukan itu hanya mampu menahan takat kepanasan enjin untuk model spesifikasi kilang. Jika enjin diubah suai, anda perlu mengambil kira tetapan sistem penyejukan enjin baharu supaya piston tidak jem akibat panas lampau (overheating).

Enjin Porsche 911
Enjin Volkswagen Beetle

Kereta dengan sistem penyejukan udara juga menggunakan enjin jenis datar. Sistem itu akan sentiasa beroperasi bagi memastikan suhu enjin kekal rendah. Antara kereta yang suatu masa dulu menggunakan sistem penyejukan udara ialah Porsche 911 dan Volkswagen Beetle. Bagaimanapun, sistem itu hanya mampu bertahan hingga 1998 untuk 911, dan 2003 untuk Beetle.

Keperluan kuasa enjin tinggi, perubahan aspek rekabentuk dan penjimatan tenaga menyukarkan perkembangan sistem penyejukan berasaskan udara.

BACA >>> 3 Masalah Penyaman Udara (A/C) Ini Dapat Dielak Jika Patuh Jadual Servis

SISTEM PENYEJUKAN BAIK?

Sistem penyejukan kenderaan yang baik akan memastikan enjin tidak terlampau panas dan mampu menjamin keselesaan pemandu dan semua penumpang. Pemandu harus sentiasa memastikan kereta diperiksa sebelum perjalanan jauh bagi memastikan sistem penyejukan sentiasa dalam kondisi terbaik.

Dalam era moden hari ini, sistem penyejukan udara agak kurang lasak berbanding sistem penyejukan air walaupun menawarkan kerja penyelenggaraan yang lebih mudah dan murah. Namun dari segi pemanduan jangka panjang, lebih-lebih lagi jarak jauh dan pemanduan di negara Tropika seperti Malaysia, sistem penyejukan udara adalah kurang reliabel.

Misalnya balik kampung beraya, semestinya laluan lebuh raya akan dipenuhi kenderaan. Situasi paling tidak diingini adalah enjin tiba-tiba panas melampau hingga sampai ke tahap tersadai di tepi jalan.

BACA >>> Demo Ford: Ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Mampu Minimumkan Kesesakan Trafik

autotainment Sistem Penyejukan Enjin Sistem Penyejukan Udara tahukah anda
Talib

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.