Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Ujian Mampatan (Compression Test) untuk Motosikal?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Ujian Mampatan (Compression Test) untuk Motosikal?

Suffian XBy Suffian X02/12/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN sepanjang karier mantap brader pembaca semua sebagai penunggang motosikal sejati, istilah ujian mampatan (compression test) semacam pernah didengar dan masih terngiang-ngiang dalam fikiran dan sanubari. Malangnya, maksud sebenar istilah tersebut masih kabur, apatah lagi bunyi sebutannya agak sofistikated dan mungkin hanya sesuai kepada mereka yang bergelar mekanik saja.

Ataupun mungkin brader pernah melakukan ujian masterpiece ini ketika zaman muda-mudi dulu dengan hanya menyumbat jari pada slot palam pencucuh yang ditanggalkan sambil tangan kiri pula menghenjut penghidup tendang (kick starter) motosikal. Begitu dramatik dan manis sungguh apabila dikenangkan detik indah tersebut.

Ya, itu juga ujian mampatan, tetapi terhad kepada simptom piston motosikal yang bocor saja. Lainlah brader dilahirkan dengan tapak tangan yang siap dilengkapi tolok tekanan (pressure gauge). Gunanya hanya sekadar untuk merasai kekuatan mampatan dan tidak lebih daripada itu.

Jadi apakah tujuan compression test? Metod diagnostik ini penting untuk mendapatkan maklumat bacaan mampatan yang dihasilkan piston untuk proses pembakaran. Jika ukuran tekanan (psi) tidak cukup untuk pembakaran dalaman enjin, maka komponen seperti silinder, piston dan gelang piston (piston ring) mungkin perlu dibaiki atau ditukar. Jom kita hoyeahhh!

BACA >>> Al-Kisah Karburetor Motosikal [Siri 1]: Kenapa Enjin Jadi Hambar?

KIT ALATAN


Walaupun ujian ini agak mudah, tetapi terdapat beberapa prasyarat yang perlu dipatuhi seperti membuang sifat malas bak kerbau balar dan memiliki kit compression test untuk mendapatkan bacaan tekanan. Ingat brader, malas itu penyakit tiada ubat yang tahap teruknya sama macam penyakit AIDS.

Kepada mereka yang masih belum memiliki kit ini, bolehlah beli dari pasaran domestik atau antarabangsa dengan harga serendah RM70 hingga RM700 bagi setiap unit. Melainkan brader sedang berkira-kira mahu membuka bengkel, pilihan harga yang berpatutan sudah memadai untuk memperoleh keputusan bacaan tekanan piston.

Belilah satu brader, tidak rugi pun. Nanti kalau ada masa boleh buat freelance tolong kawan-kawan (sambil minta duit kopi) atau boleh saja diwariskan kepada anak cucu kita kelak. Mesti mereka akan menangis penuh keterharuan tatkala mengetahui datuknya menghadiahkan set kit compression test sebagai harta pusaka. Sob.. sobbb…

Kit compression test berkualiti biasanya dilengkapi pelbagai adapter yang dapat digunakan untuk pelbagai model enjin.

UJIAN MAMPATAN (COMPRESSION TEST)

Langkah 1:  Keluarkan palam pencucuh dan matikan sistem nyalaan (ignition) dengan:

(a) Memutuskan sambungan wayar utama kepada koil nyalaan (ignition coil).

(b) Mengeluarkan fius nyalaan (ignition fuse) jika ada, atau bumikan kabel palam pencucuh. Buat sambungan kabel alternatif ke tanah/bumi untuk mengelakkan terkena kejutan elektrik dari sistem ignition. Cubalah rasa kalau tak percaya.

Langkah 2: Skrukan hujung hos kit ujian mampatan ke bahagian silinder yang ingin diperiksa dengan hanya menggunakan kekuatan jari. Elakkan menggunakan sepana!

Langkah 3: Pulas terotel sepenuhnya, dan pada masa sama lakukan langkah 4.

Langkah 4: Aktifkan mekanisme enjin. Ini dapat dilakukan dalam 3 cara:

(a) Tendang kick starter dalam kedudukan gear neutral (N), atau;
(b) Tekan butang penghidup elektrik (electric starter) sebanyak 4 atau 5 kali, atau;
(c) Gunakan tongkat double stand, pastikan tayar belakang terangkat. Masukkan gear tinggi dan pusingkan tayar belakang.

Metod (a) dan (b) berkemungkinan lebih mudah untuk dibuat sekiranya berseorangan. Namun metod (c) ini sesuai dilakukan jika motosikal tersebut tidak ada kick starter dan juga ada masalah pendawaian.

Langkah 5: Periksa kit ujian, rekodkan bacaan dan lepaskan tekanan daripada kit ujian untuk mengulangi proses ini beberapa kali. Keputusan yang diperoleh mesti konsisten. Ulang semula langkah-langkah di atas jika ingin beralih kepada silinder seterusnya.

INTERPRETASI KEPUTUSAN


Keputusan ujian mampatan seharusnya antara 125-150 (psi) setiap silinder yang diuji. Sila rujuk manual motosikal masing-masing sebagai penanda aras lebih tepat dan terperinci. Bagi motosikal yang ada silinder lebih daripada satu, perbezaan bacaan seharusnya tidak kurang dan tidak melebihi ~10 (psi) setiap silinder.

Ujian dilakukan ke atas enjin panas akan meningkatkan bacaan tekanan kepada ~5 peratus (psi) lebih tinggi. Apapun, kepada mereka yang berstatus amatur, seeloknya ujian dilakukan ketika enjin sejuk untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Keputusan ujian dalam keadaan enjin sejuk juga memberikan data yang dapat digunakan untuk merangka tindakan seterusnya ke atas enjin, sama ada masih mantap atau perlu dibaiki.

Beruntunglah mereka yang sering berkunjung ke bengkel yang mengamalkan ujian diagnostik seperti compression test sebagai prosedur wajib sebelum menyarankan sebarang baik pulih enjin kepada pelanggan. Berdasarkan pengalaman kami, ramai yang sudah disembelih dompetnya kerana tidak banyak bengkel yang sanggup melakukan ujian diagnostik seperti ini terlebih dahulu. Sebaliknya terus buat kesimpulan umum seperti;

“Enjin motor brader ni dah rosak, nanti saya periksa dulu dan bagitau apa kena tukar!”

Moral daripada kisah benar ini, jika brader sudah mula ragu-ragu terhadap motosikal kesayangan yang sudah kehilangan kuasa, enjin hilang keupayaan untuk hidup, atau tendangan kick starter terasa kosong dan ringan, jadikanlah compression test sebagai senarai pertama yang perlu dibuat.

compression test DIY enjin roda2 tahukah anda tips ujian mampatan ujian mampatan motosikal
Suffian X

Artikel Berkaitan

Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.