Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Perbezaan Motosikal Motocross, Enduro dan Dwi-Guna?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Perbezaan Motosikal Motocross, Enduro dan Dwi-Guna?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN ada yang keliru tentang pecahan dirt bike antara motocross, enduro dan dual-guna (dual-purpose). Saya sendir pun kadangkala susah hendak membezakan kerana ketiga-tiga jenis motosikal itu nampak sama. Jadi apakah perbezaannya?.

Sebenarnya, tiga jenis motosikal itu memiliki perbezaan ketara dari segi spesifikasi atau fungsi.  Berikut ringkasan tentang tiga jenis dirt bike berkenaan:

BACA >>> #ApaNakBuat: 10 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Motosikal

1. MOTOCROSS (MX)

Motocross ialah jentera perlumbaan off-road di litar khas. Disebabkan ia sejenis motosikal lumba, jadi spesifikasi jentera juga bukan ringkas. Motocross biasanya menggunakan enjin berkapasiti 125-450cc, casis kukuh, tayar berbunga tebal dan dipasangkan damper berjenama dan berkualiti premium.

BACA >>> Husqvarna Siap Sedia Lancar 7 Enduro Serentak Julai Ini

2. ENDURO

Enduro ialah terbitan daripada perkataan ‘enduran’. Jadi ia merujuk kepada motosikal lumba yang dikhaskan untuk menguji ketahanan penunggang dan jentera dalam menghadapi pelbagai cabaran rupa bumi.  Contohnya, ketika meredah hutan, pelbagai halangan perlu ditempuhi seperti dahan pokok rendah, pokok tumbang, jalan berbatu dan berkerikil, menyeberang sungai atau jeram, dan bergerak atas permukaan pasir dan lumpur, termasuk mendaki dan menuruni bukit dengan jarak perjalanan jauh.

Jentera enduro memerlukan prestasi mantap walaupun tidak seistimewa motocross. Antara, ciri khas enduro, ia dilengkapi lampu depan untuk pencahayaan malam. Tayar digunakan mirip tayar motocross dengan bunga tayar tebal berbentuk dadu. Motosikal enduro biasanya memiliki tangki minyak lebih besar atas kapasitinya tunggangan lebih jauh.

BACA >>> Kenapa Tidak Ramai Pelumba Motocross yang KO Walaupun Kerap Jatuh Motor?

3. DWI-GUNA (DUAL-PURPOSE)

DUAL-GUNA atau dual-purpose/dual-sport ialah jenis motosikal yang sah ditunggang atas jalan raya biasa. Maksudnya, motosikal ini mampu melepasi roadblock JPJ dengan tenang.

Ini kerana motosikal, yang juga digelar trail bike, dilengkapi aksesori patuh undang-undang seperti lampu utama, lampu belakang, signal belok, cermin sisi, hon, spidometer dan plat nombor kenderaan. Aspek spesifikasi pula, motosikal dwi-guna diakui tidak semantap motocross dan enduro.

Tayar digunakan ialah jenis pelbagai guna yang juga boleh digunakan untuk tujuan off-road selain jalan raya biasa. Motosikal dwi-guna ialah pilihan sesuai kepada mereka yang meminati dirt bike dan mahu menjadikan ia sebagai jentera tunggangan harian.

Ia boleh diibaratkan seperti ‘SUV motosikal’ yang hari ini lebih kepada kenderaan acah off-road saja, sedangkan tuannya mungkin sekalipun belum pernah masuk hutan dan naik bukit. Paling ekstrem pun mungkin cuma meredah banjir di tengah bandar.

SUMBER: NaikMotor

autotainment dirt bike dual kegunaan Dual-Purpose dual-sport Enduro enduro bike motocross roda2 sukan motocross tahukah anda TahukahAnda
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 2 Comments

2 Comments

  1. Neil Ahmed on 29/05/2020 00:30

    Hypermotard user! Raise your hand!

    Reply
  2. Rovadson on 06/05/2022 09:54

    Motocross boleh ka di gunakan jalan jauh?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.