Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Kegunaan Gear Rendah dalam Kereta Transmisi Automatik?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Kegunaan Gear Rendah dalam Kereta Transmisi Automatik?

TalibBy Talib06/12/20212 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA tahu transmisi kereta automatik akan menukar gear secara automatik. Namun, pasti ramai terfikir, apakah keperluan gear rendah?  Faktanya, kotak gear memang ada fungsi gear rendah bergantung sesebuah model automatik.

Asasnya, jika kita menggunakan gear rendah, prestasi kereta akan meningkat dengan memaksimumkan kecekapan penggunaan minyak dan meningkatkan kuasa enjin. Apa perlu anda buat adalah mengetahui masa yang tepat memandu dalam keadaan gear rendah.

Apakah Gear Rendah?

Gear rendah juga dikenali sebagai gear pertama, dan dalam sistem transmisi automatik, fungsi gear itu adalah memperlahankan enjin dengan menghasilkan tork lebih tinggi.

Perubahan gear berlaku automatik yang mana gear parkir akan beralih kepada gear pertama dan meningkat kepada gear maksimum bergantung halaju kereta. Jadi, pemandu tidak perlu memikirkan perubahan gear ketika memandu kereta automatik.

Jika pemandu beralih ke fungsi gear rendah, ini bermakna transmisi akan beralih dan kekal pada gear rendah tersebut dengan menghasilkan halaju lebih rendah, lebih tork dan lebih kuasa ke atas enjin. Bunyi enjin juga akan meningkat jika pemandu beralih kepada gear rendah dalam halaju tinggi.

Maksud Simbol L Pada Gear Automatik?

Gear Rendah ‘L’

L adalah simbol atau singkatan kepada ‘Low’ atau ‘rendah’. Apabila tombol gear pada posisi gear rendah, enjin kereta akan berada pada tahap paling rendah dalam transmisi. Sistem lama transmisi automatik akan mengunci kedudukan gear itu pada gear pertama.

Teknologi transmisi yang semakin maju meletakkan posisi gear pada julat rev enjin per minit yang sesuai dan optimum bagi mengelakkan kerosakan pada enjin dan transmisi.

Bilakah Masa Guna Gear Rendah dalam Kereta Automatik?

Ingat, jangan sebarangan guna gear rendah!

Pemandu boleh menggunakan gear rendah untuk beberapa situasi seperti:

1. Penunda atau Penarik ‘Towing’

Ini sebab paling biasa. Penggunaan kereta dan kenderaan dalam gear rendah mampu menghasilkan lebih banyak kuasa enjin dan memudahkan kenderaan menarik beban berat.

Kereta automatik akan beralih gear mengikut halaju dan putaran enjin (RPM). Ini akan mengganggu enjin jika kenderaan membawa sesuatu beban atau menunda.

Jadi, pastikan anda mengetahui had kelajuan kenderaan dalam gear satu daripada buku manual, dan jangan melebihi had tersebut ketika membawa beban atau menunda supaya tork konsisten dan tidak membebankan enjin. Anda juga dapat merasakan daya kelajuan yang terhasil dan boleh menukar kepada gear pandu biasa (D) jika kenderaan anda mendapat momentum halaju diperlukan.

2. Menuruni Jalan Curam
Menuruni bukit curam.

Menggunakan brek berterusan untuk memperlahankan kereta ketika menuruni jalan atau bukit curam boleh menyebabkan brek mengalami panas lampau yang berisiko berlaku kegagalan brek.

Anda boleh guna gear rendah untuk mengalihkan tekanan tinggi daripada brek. Walaupun masih perlu membrek, sistem brek tidak akan mudah gagal kerana enjin akan melakukan sedikit proses memperlahankan kereta dalam posisi gear rendah.

Anda pasti pernah nampak papan tanda gear rendah yang mengingatkan kita supaya menggunakan gear rendah. Enjin akan berbunyi lebih kuat, tetapi kereta anda sebenarnya masih dalam kawalan. Ini memudahkan anda mengawal halaju kereta ketika memandu menuruni jalan curam.

BACA >>> #ApaNakBuat: Pijak Brek Rasa ‘Kosong’, Cuba Periksa Servo Brek

3. Mendaki Bukit Curam

Mendaki bukit curam memberikan beban atau tekanan ke atas kereta kerana daya graviti yang menarik kereta ke bawah. Keadaan itu sama seperti situasi mengangkut beban. Sesuai dengan situasi tersebut, menggunakan gear pertama akan memudahkan enjin melakukan tugasan tersebut.

Tork lebih tinggi akan membantu kereta mendaki dan mengurangkan penggunaan minyak serta memastikan enjin lebih cekap kerana dipandau dalam julat rev lebih baik. Genting Highland dan Cameron Highlands sinonim sebagai lokasi untuk pemandu di Malaysia melakukan pandu uji mendaki.

Bagaimana Cara Guna Gear Rendah dengan Baik?

Kenderaan automatik menukar posisi gear secara automatik apabila berlaku perubahan halaju dan apabila tork mencapai nilai RPM tertentu.

Namun, jika mahu memaksa transmisi automatik beralih kepada gear rendah, anda perlu melepaskan pedal minyak terlebih dahulu. Kemudian, biarkan transmisi beralih kepada gear lebih rendah dan kekalkan halaju pada tahap dibenarkan sepanjang memandu dalam gear rendah.

Apabila mengangkut beban, menuruni dan mendaki jalan bukit curam, pastikan halaju kenderaan konsisten dan tidak melebihi had kelajuan gear rendah. Dalam situasi itu, kelajuan tidak lagi penting untuk kereta anda, tetapi kuasa dan tenaga yang terhasil untuk menahan atau menarik beban kenderaan.

Lebih mudah, tetapi ada sikit kekurangan.

Masih ramai pemandu  tidak pernah menggunakan gear rendah sepanjang hidup mereka. Ini berlaku kerana tidak faham dan tidak pernah mengalami situasi yang memerlukan penggunaan gear rendah.

Jika mereka tahu manfaat gear rendah, mereka pasti sedar ia sangat membantu dalam situasi tertentu. Namun, anda juga perlu berhati-hati kerana penggunaan gear rendah yang tidak betul boleh menyebabkan transmisi rosak.

Tambahan lain, jika anda mengalami kegagalan brek, jangan tekan pedal minyak, sebaliknya alihkan kepada gear rendah dan gunakan gear parkir (P) untuk menghentikan kereta di kawasan bersesuaian.

autotainment Cara Guna Gear Rendah Gear tahukah anda tip automotif
Talib

Artikel Berkaitan

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026

2 Comments

  1. Gregory molykee kaling on 08/12/2021 11:47

    Dlm pemanduan menurun bukit apa pula gear yg kita pakai.adakah sesuai kita guna gear rendah sahaja sedangkan boleh di kawal oleh brake.klu lah kita gunakan gear rendah utk turun bukit ia mengakibatkan bunyi yg keras dan bising.boleh kah gunakan di tombol *D* saja.

    Reply
    • Talib on 14/12/2021 10:42

      Semasa menurun bukit yang curam (contohnya di Genting Highland),lebih baik gunakan gear rendah, kalau dilihat di papan tanda peringatan juga menyarankan penggunaan gear rendah untuk memudahkan pemandu mengawal kenderaan, pada halaju perlahan, bunyi enjin tidak lah begitu keras dan bising. Sekiranya pemandu masih ingin menggunakan gear “D”, halaju akan lebih tinggi dan penggunaan brek yang lebih diperlukan. Brek pad akan lebih cepat panas dan jangkahayatnya akan cepat berkurangan.

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.