Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Itu Sensor Oksigen?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Itu Sensor Oksigen?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/01/20204 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SENSOR oksigen (O2) adalah antara komponen penting dalam sistem ekzos kenderaan yang memberi input kepada sistem elektronik pengurusan enjin. Sensor ini sebenarnya sudah wujud dalam kenderaan sejak 1976, tetapi masih ramai pemilik kenderaan tidak tahu fungsinya.

Apakah fungsi sebenar sensor 02?

BACA >>> Ujian Memandu Akan Guna Sensor dan Kamera, Tiada Lagi Abang JPJ di Sebelah

1. KENAPA SENSOR O2 DIPERLUKAN?

Sensor O2 dihasilkan untuk memantau jumlah kandungan oksigen yang berada dalam ekzos kenderaan. Ia membantu mengukur tahap kecekapan pembakaran bahan api dan memastikan penukar bermangkin (catalytic converter) beroperasi dengan baik.

Sensor O2 akan ‘menghidu’ sama ada enjin kenderaan itu beroperasi dengan campuran bahan api dan udara berlebihan, atau tidak seimbang dalam asap yang dikeluarkan dari paip ekzos. Bacaan sensor itu kemudian ditukar kepada signal voltan yang mana input akan dihantar semula kepada komputer kawalan enjin.

Jika campuran bahan api/udara tidak seimbang atau cekap, komputer akan menala semula jumlah bahan api dan pemasaan untuk mendapatkan campuran paling optimum. Sensor akan terus menghidu asap ekzos dan proses berkenaan sentiasa berubah mengikut beban enjin semasa seperti mendaki bukti, memecut, suhu enjin dan tempoh memanaskan enjin atau faktor lain.

2. DI MANAKAH SENSOR O2 DIPASANG?

Model-model kereta baharu kini didatangkan dengan lebih satu unit sensor O2 iaitu seunit di setiap pangkal dan hujung sistem ekzos. Sensor pada pangkal biasanya terletak berhampiran enjin manakala sensor dihujung  berada berhampiran mufler dan penukar bermangkin.

Ini membolehkan komponen itu membaca input diterima dengan lebih terperinci menerusi dua jenis bacaan. Kereta berenjin V6 dan V8, dan trak dengan dua dwi-ekzos biasanya mempunyai empat unit sensor O2 untuk setiap ekzos.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Servis Sensor dan Kamera Parkir Kereta?

3. JANGKA HAYAR SENSOR O2

Ini soalan kategori penyelenggaraan yang agak subjektif. Amnya, kereta era 1980-an hingga awal 1990-an mempunyai sensor O2 yang mampu bertahan hingga kira-kira 60,000 batu (atau 100,000km). Bagaimanapun, kereta selepas 1996 mempunyai sensor O2 lebih tahan lama, iaitu hingga 100,000 batu (160,000km) atau lebih sebelum komponen itu perlu diganti baharu.

4. BAGAIMANAKAH MENGENAL PASTI SENSOR 02 BERMASALAH?


Cara paling tepat menjawab persoalan ini adalah menggunakan pembaca kod diagnostik. Selain itu, ada beberapa simptom lain yang boleh dikesan seperti:

  • Periksa lampu amaran enjin pada panel meter yang mungkin berpunca akibat masalah sensor.
  • Prestasi kenderaan merosot dan penggunaan bahan api berkurangan mendadak.
  • Bunyi enjin kasar walaupun sudah ditukar palam pencucuh dan wayar palam pencucuh.
  • Palam pencucuh rosak dan enjin menghasilkan banyak asap hitam atau ada tanda-tanda lebihan karbon pada muncung ekzos.

5. APAKAH PUNCA SENSOR O2 GAGAL BERFUNGSI?

Kenapakah sensor O2 boleh rosak? Ini mungkin disebabkan:

  • Bahan api tercemar.
  • Enjin mula bakar minyak hitam dan meninggalkan sisa karbon pada permukaan sensor.
  • Pencemaran luaran termasuk garam atas jalan, gasket, cat asas (undercoat) atau bahan kimia lain.
  • Sensor oksigen sudah melepasi jangka hayatnya.

BACA >>> KTM Bangunkan Teknologi Keselamatan Berasaskan Sensor

SUMBER: AdvanceAuto

autotainment Komponen Kereta Oxygen Sensor Sensor O2 Sensor Oksigen Sistem Ekzos Kenderaan Sistem Emisi Kenderaan tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

    08/06/2026
    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Steinwinter Supercargo 1983
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

    05/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026

    4 Comments

    1. Zack on 31/01/2021 13:43

      Bolehkah exsos sensor warna kuning ditukar pewarna hijau dua.dua Honda strem R3 tahun 3003

      Reply
    2. Zack on 31/01/2021 13:45

      Bolehkah exsos sensor rn3 tahun 2003 warna kuning ditukar kepada warna hijau dua.dua.

      Reply
    3. Muhamad Zuhdi on 31/08/2023 16:14

      Apabila Kita tekan pedal minyak dan rem² sikit kemudian sensor menyala dan jika Dalam keadaan kereta berjalan apabila Kita tekan sikit minyak ertikata lajukan sikit check engine menyala Enjin mcm nk Mati adakah ini melibatkan sensor exzos

      Reply
    4. Yap on 12/01/2025 13:35

      Nak tanya apa masalahnya masa memandu dan tekan minyak pada RPM 4K++ keatas utk memotong, lepas tu ada bau asap ekzos masuk dlm kadin kereta.
      Boleh sy tahu apa masalhnya?
      Kereta Toyota Vellfire Anh20

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.