Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Beza Jarak Roda (Wheelbase) Panjang vs Pendek?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Beza Jarak Roda (Wheelbase) Panjang vs Pendek?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


BIASA kita lihat pengeluar kereta akan memberikan maklumat tentang jarak roda (wheelbase) dalam brosur . Sesetengah model kereta didatangkan dalam dua versi, iaitu model wheelbase pendek dan panjang. 

Kenapa sesetengah pengeluar kereta berbuat demikian? Apakah ada perbezaan antara jarak roda pendek dan panjang? Apakah fungsi dan maksud jarak roda itu sebenarnya? Jangan bimbang kalau tidak tahu kerana artikel ini akan membantu anda.

APAKAH JARAK RODA (WHEELBASE)?

Jarak roda untuk kenderaan jenis trak.

Seperti namanya, jarak roda adalah ukuran jarak antara pusat roda depan dan belakang. Ini bukan ukuran panjang keseluruhan dari hujung bampar depan hingga hujung bampar belakang. Bagi kenderaan dengan lebih dua gandar (axle), jarak roda diukur dari gandar stereng hingga pusat gandar. Konsep ini juga digunakan untuk motosikal, basikal dan papan luncur.

KEPENTINGAN JARAK RODA

Jarak roda boleh memberi kesan terhadap berat kenderaan, pengendalian, kualiti pemanduan dan stereng. Sebagai contoh, jarak roda panjang akan memberikan lebih keselesaan kepada pemanduan.  Bukan itu saja, jarak roda juga menentukan saiz ruang dalaman sesebuah kenderaan.

JARAK RODA PENDEK VS PANJANG

1. Jarak Roda Pendek
Jarak roda pendek memberikan ekstra radius pusingan untuk membelok.

Kereta dengan jarak roda pendek akan membuat sesebuah kereta lebih lincah. Radius pusingan juga lebih kecil yang membolehkan kereta itu membelok (atau buat pusingan U) lebih pantas. Kedua-dua ciri itu membuatkan kereta dengan jarak roda pendek sesuai dipandu di kawasan bandar.

Kenderaan dengan jarak roda pendek juga bagus untuk tujuan off-road kerana mempunyai sudut batas (breakover angle) lebih baik. 

Bagaimanapun, kelemahan jarak roda pendek adalah dari segi keselesaan. Bonggol, dan lubang atas jalan akan lebih dirasai kerana jarak impak antara kedua-dua tayar lebih pendek. Ruang dalaman juga kebiasaannya lebih sempit, tetapi sesetengah pengeluar mengatasi masalah ini dengan menambah ketinggian kereta untuk mendapatkan ekstra ruang.

Sekarang fahamkan kenapa sesetengah kereta kompak atau hatchback memiliki ruang kepala atau siling lebih tinggi.

2. Jarak Roda Panjang
Lebih panjang jarak roda, lebih selesa kereta tersebut.

Dibandingkan dengan jarak rodak pendek, kelebihan jarak roda panjang adalah keselesaan. Tapak kereta yang lebih besar turut menyumbang kepada kestabilan kenderaan. Kereta dengan jarak roda panjang juga lebih cantik kerana saiz badan panjang mampu menyerlahkan elemen elegan dan mewah. 

Ruang dalaman lebih luas membolehkan pereka menghasilkan rekabentuk dalaman lebih mewah. Inilah sebab kebanyakan kereta mewah seperti Mercedes S-Class dan BMW 7 Series mempunyai jarak tayar panjang. 

Bagaimanapun, jarak roda panjang tidak semestinya menjanjikan ruang dalaman luas. Misalnya kereta sport seperti Mercedes-AMG GT mempunyai jarak roda panjang, tetapi hanya ada 2-kerusi. Ia dibuat  untuk menempatkan enjin di belakang gandar depan selain memberikan pengendalian dan agihan berat lebih baik.

Keselesaan pada kenderaan dengan jarak roda panjang juga terpaksa mengorbankan aspek kelincahan. Malah, radius pusingan kereta juga lebih besar dan sedikit sukar melepasi selekoh, terutama membuat pusingan U. 

KESIMPULAN

Itulah sedikit sebanyak yang perlu anda tahun tentang jarak roda kereta. Namun harus diingat, jarak kereta panjang tidak semestinya dimiliki kereta bersaiz besar. Sesetengah kereta kompak juga mempunyai jarak roda panjang untuk memberi lebih ruang dalaman. Jarak roda juga menentukan segmen sesebuah kereta kerana mempengaruhi jenis dan jumlah komponen, serta material digunakan.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Rahsia Kunci Pintar Motosikal yang Mungkin Anda Tidak Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Stereng Bentuk Bulat?

SUMBER: cjponyparts.com | carwow.co.uk

jarak roda long wheelbase short wheelbase wheelbase
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
Naik motosikal dari KL ke London
Autotainment

#ApaNakBuat: Berapa Lama Perjalanan Motosikal KL – London?

12/12/2025
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.