Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah 3 Jenis ‘Filter’ Motosikal yang Wajib Anda Tahu?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah 3 Jenis ‘Filter’ Motosikal yang Wajib Anda Tahu?

ZYBy ZY12/09/20186 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SALAH satu kelebihan memiliki motosikal berkuasa rendah ialah kita boleh relaks, penyenggaraan ikut jadual atau tidak bukan masalah besar kerana motosikal kita akhirnya masih dalam kategori perlahan.

Tidak semua penunggang begitu, tetapi itulah hakikat yang sering terjadi.

Jadi, kerap berlaku situasi apabila seseorang penunggang itu menaik taraf jenis motosikalnya, dia cenderung mengabaikan penyenggaraan asas hingga mengakibatkan kemerosotan prestasi ketara. Kalauu dulu mampu capai top speed 137kmj, sekarang hendak dapat 110kmj pun jenuh termenung dibuatnya.

Salah satu penyenggaran yang sering diabaikan ialah melibatkan penapis atau istilah popular – filter. Apakah jenis penapis yang ada dan bagaimanakah ia berfungsi? Teruskan membaca sampai habis.

1. PENAPIS UDARA (AIR FILTER)

Bergantung kepada jenis motosikal anda, adakalanya kedudukan penapis ini sangat mudah diakses

Penapis udara terselindung di sebalik kotak udara yang kebiasaannya terletak di bahagian depan atau bawah pelana. Fungsinya, menapis masukan udara ke enjin daripada sebarang bendasing seperti debu dan partikel halus yang boleh memberi impak kepada tahap kecekapan pembakaran enjin.

Bagaimanapun, sekiranya dibiarkan tanpa penyenggaraan, debu dan partikel yang melekat pada elemen penapis (dalam bentuk jaringan kertas atau kapas), akan menyekat sebahagian aliran masukan udara bersih ke dalam enjin hingga menyebabkan pembakaran jadi tidak efisien dan kuasa tidak dapat dihasilkan sepenuhnya. Apabila ini terjadi, ia memberi impak kepada penggunaan bahan api yang lebih boros.

BACA >>> Minyak Naik Lagi? Ikut 5 Tip Jimat Minyak Ini, Khas Buat Penunggang Motor Kuasa Tinggi

Kebiasaannya, tempoh penyenggaran penapis udara agak panjang berbanding penyenggaraan lain, iaitu setiap 10,000km sekali dan bergantung kepada kualiti udara persekitaran, termasuk tahap kekotoran penapis.

Anda boleh bersihkan elemen penapis menggunakan hembusan udara termampat (compressed air) untuk membuang debu dan partikel tetapi jika dibiarkan lama tanpa disenggara, seeloknya tukar saja penapis udara baharu.

2. PENAPIS MINYAK (OIL FILTER)

Antara jenis penapis minyak yang selalu digunakan pada motosikal

Setiap kali menukar minyak enjin atau minyak hitam, pasti anda perasan minyak terpakai itu lebih gelap berbanding warna asal. Ini kerana minyak tersebut sudah dikotori partikel yang terhasil akibat geseran dalam enjin akibat geseran permukaan piston dan silinder, termasuk permukaan klac.

BACA >>> 5 Rutin Asas Penyenggaraan Motosikal yang Kerap Penunggang Abaikan

Jadi, fungsi penapis minyak ialah menapis aliran minyak kotor sebelum disalurkan kepada komponen penting dalam enjin. Jika dibiar tanpa diganti, kehadiran minyak tercemar dalam enjin boleh menyebabkan penurunan prestasi yang ketara.

Antara kesannya, hakisan permukaan komponen seperti klac dan permukaan liang pembakaran lebih cepat. Lebih teruk, sekiranya penapis tersumbat akibat terlalu banyak mendapan kotoran, aliran minyak pelincir boleh tersekat dan menyebabkan kerosakan enjin kritikal.

Penapis minyak disarankan ditukar setiap dua kali menukar minyak enjin. Namun, memandangkan harga  masih murah, anda digalakkan menukar penapis minyak setiap kali buat servis minyak enjin.

3. PENAPIS BAHAN API (FUEL FILTER)

Contoh keadaan penapis bahanapi yang tidak ditukar sehingga 50,000km. Gambar kredit SPH Garage Nilai.

Ramai tidak tahu, petrol dalam tangki motosikal juga boleh dicemari partikel bendasing yang terkumpul sepanjang tempoh ia disimpan dalam pam minyak. Kebiasaannya akibat pengaratan dalam tangki simpanan.

Memandangkan banyak motosikal moden hari ini menggunakan sistem suntikan bahan api (FI), penyenggaraan penapis bahanapi perlu dititik beratkan bagi memastikan sistem injektor tidak tersekat. Jika berlaku, bukan saja motosikal mengalami penurunan prestasi ketara, tetapi bakal mengakibatkan pam bahanapi rosak dengan menelan kos baik pulih mahal.

Mengikut jadual servis normal, menukar penapis bahanapi boleh dibuat seawal 10,000km sekali. Bagaimanapun,  ia bergantung kepada kualiti alat ganti itu juga. Anda masih boleh menunggang lebih jauh sebelum masalah berkaitan penapis bahanapi dikesan seperti hantaran kuasa enjin jadi tidak lancar dan enjin tiba-tiba semput apabila paras bahanapi menurun kepada takat tertentu.

Isu fuel filter tersumbat antara ‘kejutan’ baru pemilik Y15ZR dan RS150R

Menyentuh isu kualiti, ada desas-desus di kalangan penunggang Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R yang mendakwa penggunaan minyak dengan nilai RON tinggi seperti RON97 boleh menyebabkan penapis lebih cepat tersumbat.

Apa dapat kami katakan, bergantung kepada stesen itu sendiri. Tidak seperti minyak RON95 yang kerap diisi semula, permintaan RON97 yang rendah menyebabkan minyak itu tersimpan lebih lama dalam tangki, dan lebih mudah tercemar akibat mendapan seperti partikel karat dalam tangki.

Nasihat kami, jika ingin guna bahanapi lebih berkualiti seperti RON97, anggarkan dahulu kadar permintaan berdasarkan kadar ekonomi pengguna di sekitar stesen tersebut. Lebih elok lagi, gunakan bahanapi disarankan pengeluar motosikal anda. Kata pepatah, kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah di tepi pantai!

air filter fuel filter maintenance fuel filter maintenance rs150r] maintenance y15zr oil filter Penapis Bahanapi Penapis Minyak Penapis Udara Penyenggaraan ron 97 fuel filter Senggara
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

Royal Alloy Gran Turismo Debut Di Malaysia – Skuter Retro Moden Dari RM9.8k

27/04/2026
Roda2

TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

28/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

23/04/2026
Roda2

Yamaha TMAX Tech Max Kini Dalam Crystal Graphite – Maxi Scooter Premium Dari RM75,888

23/04/2026

6 Comments

  1. JoRez on 07/10/2021 10:10

    Satu perkongsian yang amat bermanfaat buat pengguna motosikal….jutaan Terima kasih

    Reply
  2. Miqail imran on 23/11/2021 05:45

    Salam nak tanya, kenapa motor saya kadang boleh start lepastu saya rem sikit saja enjin terus padam plug semua okay je saya check pastu saya parking balik lepastu esoknya saya cuba start balik memang hidup tapi dia bila pulas minyak sikit dia padam?

    Reply
    • AO on 24/11/2021 12:46

      Idle timing rendah kot.

      Reply
  3. Ashraf on 03/08/2022 09:34

    Perkongsian yg baik.. Sy tak pernah tau pun sebelum ni pasal fuel filter.. Sampai la sy kata kat mekanik wktu pagi motor kalau nk start kena pulas tortell lama2.. Lps tu dia tnya pasal fuel filter ni.. Dh lebih 60,000km xpernah tukar sbb xtau..

    Reply
  4. Fairuz on 28/05/2024 22:40

    Kenapa fuel filter sy mudah pecah, baru tukar x sampai setahun. Ke ada prg curi minyak ?

    Reply
    • Azhan O on 01/07/2024 23:02

      Mungkin ada bendasing dalam filter

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.