Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: 8 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Lebuh Raya Autobahn di Jerman
Auto Terkini

#TahukahAnda: 8 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Lebuh Raya Autobahn di Jerman

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/11/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA sebut Jerman, ramai pasti biasa dengar tentang Autobahn yang terkenal sebagai lebuh raya tanpa had laju. Ramai teringin memandu di lebuh raya ini.

Idea lebuh raya Autobahn bermula pada era 1920-an sebagai laluan kereta merentasi seluruh Jerman. Bagaimanapun proses pembinaan sedikit perlahan berikutan masalah ekonomi hingga beberapa bahagian saja dapat disiapkan. Pada 1933, pemimpin Jerman, Adolf Hilter yang mengambil alih negara itu menggalakkan pembinaan semula Autobahn.

BACA >>> Tidak Boleh Lagi Berbasikal di Lebuh Raya, Kecuali…

Hitler menggunakan 130,000 pekerja pembinaan dan tambahan 270,000 tenaga manusia bagi urusan industri sokongan seperti keluli, konkrit, papan tanda dan kerja-kerja penyelenggaraan. Pada 1935, bahagian pertama dibuka dari Frankfurt ke Darmstadt. Malah, pada era Perang Dunia, Autobahn tidak digunakan sebagai laluan kenderaan militari kerana tidak mahu merosakkan permukaan lebuh raya itu.

Bagaimanapun, Autobahn digunakan sebagai lapangan terbang sementara dengan bahagian tengah lebuh raya diturap, sekali gus menjadi sasaran serangan tentera bersekutu dalam misi pengeboman. Selepas perang tamat, Jerman Barat memulakan semula projek pembinaan jalan lebuh raya keempat terpanjang dunia itu.

Tahukah anda ada beberapa mitos dan fakta separuh benar mengenai Autobahn yang sering diperkatakan orang ramai? Benarkah tiada sekatan had laju sepanjang lebuh raya tersebut?

Kami senaraikan 8 perkara yang perlu anda tahu tentang lebuh raya Autobahn.

1. BUKAN SEMUA TEMPAT TANPA HAD LAJU

Autobahn memiliki laluan perjalanan sejauh 12,000km (7,500 batu) dan mitos tentang tiada had laju sebenarnya tidak benar. Lebuh raya itu masih ada had laju maksimum ditetapkan, dan pemandu perlu mematuhi had laju di kawasan penduduk padat, terutama di laluan berbahaya.

Ada had laju cadangan 128kmj dan ada juga tanda jalan lain. Di laluan yang selamat memecut dan tanpa had laju ditetapkan, pemandu masih dinasihatkan memandu sekitar 130kmj, tetapi masih bukan menjadi kesalahan jika lebih 130kmj.

Had laju juga berubah mengikut keadaan cuaca. Secara purata, sepertiga lebuh raya Autobahn tiada had laju maksimum, terutama di kawasan pedalaman dan kawasan tidak sibuk. Sepertiga laluan lagi ada had laju ditetapkan, manakala baki sepertiga lain memiliki had laju fleksibel yang boleh berubah mengikut cuaca dan faktor lalu lintas semasa.

2. BUKAN SEMUA KENDERAAN, LOKASI BOLEH PANDU LAJU

Tidak semua kereta boleh dipandu laju di Autobahn. Bas, kenderaan dengan berat melebihi 3500kg, treler tunda, dan apa saja kenderaan berat dilarang melebihi 100kmj bergantung kategori kenderaan.

Malah, jika kereta anda kehabisan minyak dan tersadai di lorong kecemasan, anda boleh dikenakan kompaun dan lesen memandu digantung 6 bulan. Ini kerana ada 700 kawasan hentian rehat di Autobahn dan tiada alasan untuk minyak habis!.

3. SUKAR DAPAT LESEN MEMANDU DI JERMAN

Bukan mudah lulus lesen memandu di Jerman yang memerlukan pengguna mengambil banyak kelas memandu, termasuk menjalani ujian di Autobahn dengan lalu lintas kelajuan tinggi sebenar. Pemandu juga perlu mendapat latihan asas bantuan kecemasan dan pelbagai ujian pilihan lain serta ujian jalan raya sukar.

Semua kos memandu mengambil masa enam bulan untuk diselesaikan. Jika lulus, kos yuran perlu dibayar ialah £1,400 (RM7,600).

Jika mahu memandu di Jerman, anda perlu berdedikasi menjadi pemandu lebih baik. Maksudnya, kurang terbabit dalam kemalangan yang mana jika kemalangan rendah bermakna kematian juga kurang. Tahukah anda, Jerman adalah antara negara dunia yang merekodkan kematian akibat kemalangan paling rendah.

4. KEMALANGAN RENDAH

Jangan terkejut, walaupun beberapa kawasan Autobahn tiada had laju, tetapi lebuh raya itu sangat selamat berbanding jalan raya biasa. Daripada keseluruhan jumlah kemalangan maut di Jerman, 60 peratus berlaku di jalan raya biasa, dan hanya 12 peratus berlaku di Autobahn.

5. JALAN RAYA DISELENGGARA BAIK

Bagi menyokong lalu lintas berkelajuan tinggi, permukaan jalan Autobahn dibina menggunakan pelbagai lapisan konkrit. Jalan raya Autobahn juga diperiksa secara berkala bagi mengesan kerosakan atau kecacatan yang berlaku. Jika dikesan, sekitar bahagian jalan yang rosak itu akan diganti.

Setiap 15 tahun, permukaan jalan Autobahn akan diturap baharu sepenuhnya bagi mengekalkan kualiti dan standard yang ditetapkan pihak berkuasa.

BACA >>> #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

6. TIDAK BOLEH POTONG KIRI DAN CUCUK ANGIN

Di Autobahn, lorong kiri ialah laluan memotong. Jadi pemanduan normal, atau tidak memotong perlu kekal di sebelah kanan. Selain itu, pemandu juga dilarang mengekor rapat kenderaan depan dan boleh dikompaun setinggi €400 (RM1,945), manakala lesen digantung tiga bulan.

Pemandu juga mesti menjarakkan kereta dari kenderaan depan dengan separuh had laju dipandu. Contohnya, jika memecut 160kmj, pastikan 80 meter dijarakkan dari kenderaan depan.

7. JARANG NAMPAK POLIS

Sesetengah orang akan cuak setiap kali melihat kereta polis walaupun tidak buat salah apa-apa. Namun anda tidak perlu bimbang apabila memandu di Autobahn kerana jarang sekali dapat lihat kelibat polis Jerman (polizei) di lebuh raya itu. Jika ternampak pun tidak perlu risau melainkan anda sedang ‘mencucuk angin’ kereta depan atau memecut di kawasan tidak dibenarkan.

8. TIADA TOL

Buat masa ini hanya trak saja perlu bayar tol di Autobahn. Pada 2005, ada satu sistem tol (Mautpflicht) diperkenalkan bagi kenderaan berat lebih 12 tan. Kerajaan Jerman menggunakan transponder pada kenderaan dan juga sensor pada atas Autobahn yang mana tol dikira berdasarkan laluan, kadar pencemaran, berat dan juga bilangan gandar kenderaan.

Secara purata, Autobahn mengenakan caj tol €0.14 (70 sen) per 1.6km perjalanan. Sebelum terlupa, skuter dan moped  tidak dibenarkan menggunakan Autobahn atas sebab keselamatan.

BACA >>> Tandas Autobahn Pun Kena Bayar, Tapi Tandas Berbayar Malaysia Siap Nampak Tahi Terapung
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Material Jalan Raya di Malaysia Tidak Direka untuk Pandu Laju?

SUMBER: Independent.co.uk

autotainmen Had Laju Lebuh Raya Lebuh Raya AutoBahn Pemandu Jerman tahukah anda
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

11/02/2026
Auto Terkini

BYD ATTO 3 EVO 2026 Di Eropah, Bateri LFP 74.8 kWj, 510 KM, 0-100 KM/J Dalam 3.9 Saat!

11/02/2026
Auto Terkini

PLUS Jangka Trafik Cecah 2.2 Juta Kenderaan Sempena Tahun Baharu Cina 2026

10/02/2026
Auto Terkini

Ferrari Luce EV Pertama Ferrari, Dalaman Gaya Retro Dari Sir Jony Ive, Bekas Pereka Apple

10/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.