Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: 30 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Lebuhraya DASH
Auto Terkini

#TahukahAnda: 30 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Lebuhraya DASH

ShawkathBy Shawkath11/10/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELEPAS pembukaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Prolintas bakal membuka satu lagi lebuh raya baharu, iaitu Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah-Alam (DASH) menjelang

Berikut 30 fakta menarik mengenai Lebuhraya DASH:

1. Laluan utama jajaran DASH sepanjang 20.1km dari Puncak Perdana ke Penchala (55.4km panjang keseluruhan termasuk susur persimpangan).

2. Ada tiga lorong dua hala, setiap lorong berukuran 3.5 meter dengan lorong kecemasan selebar 3 meter.

3. Dibina 90 peratus bertingkat, hanya 10 peratus atas tanah.

4. Ada 13 persimpangan:

  • Persimpangan Puncak Perdana
  • Persimpangan Alam Suria
  • Persimpangan Denai Alam
  • Persimpangan Kampung Melayu Subang
  • Persimpangan Pinggiran Subang
  • Persimpangan Subang 2
  • Persimpangan Subang Airport
  • Persimpangan RRIM (Kwasa Damansara)
  • Persimpangan Surian
  • Persimpangan Seksyen 5 Kota Damansara
  • Persimpangan Sunway Damansara
  • Persimpangan Damansara Perdana
  • Persimpangan Penchala

5) Mempunyai saling hubung dengan lebuh raya lain, seperti:

  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Penchala Link, Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)

6) Ada tiga plaza tol:

  • Denai Alam
  • RRIM (Kwasa Damansara)
  • Kota Damansara

7. Ada dua kawasan rehat dan rawat (RnR) di kedua-dua arah Plaza Tol Denai Alam (RSA Denai Alam) yang bakal dibina.

8. Ada dua hentian sebelah di kedua-dua arah di Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara).

9. Mempunyai peredam bunyi kepungan penuh pertama dalam industri lebuh raya Malaysia yang sepanjang 260m.

10. Mempunyai rangkaian laluan dikenali sebagai Spaghetti Link yang terbentuk melibatkan pembinaan tujuh tanjakan bertingkat melibatkan lebuh raya sedia ada, iaitu Lebuhraya Damansara Punchong (LDP) dan Penchala Link, SPRINT dengan Persimpangan Penchala, dan Lebuhraya DASH.

11. Plaza tol dibina mengetengahkan rekabentuk kanopi baharu sebagai persediaan pelaksanaan sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) pada masa akan datang.

12. Indeks Bangunan Hijau (GBI) bersepadu menerusi pembinaan solar panel, penuaian air hujan, bumbung dengan tanaman di bangunan operasi plaza tol.

13. Dilengkapi 37 CCTV, 18 telefon kecemasan, 30 sistem pengesan kenderaan dan kemalangan (VIDS) dan 10 papan tanda mesej pelbagai (VMS) sepanjang jajaran.

14. Dilengkapi kemudahan 10o peratus berlampu dengan penggunaan 2,441 lampu jalan LED.

15. Mengurangkan kesesakan di Persiaran Mokhtar Dahari (39 peratus), Jalan Sungai Buloh (33 peratus) dan Persiaran Surian (43 peratus).

16. Dijangka mengurangkan masa perjalanan dari Puncak Perdana ke Penchala daripada 90 minit kepada 30 minit, dengan penjimatan masa 60 minit berbanding laluan sedia ada.

17. Laluan alternatif ke Persiaran Surian di Kota Damansara, Lapangan Terbang Subang, Damansara Perdana, Penchala dan ke ibu kota Kuala Lumpur.

18. Menjadi penghubung antara bahagian timur dan barat Lembah Klang.

19. Menyuraikan trafik beberapa kawasan pembangunan baharu seperti Kwasa Damansara, Elmina dan sepanjang Shah Alam ke Damansara.

20. Lebuhraya DASH ialah projek bawah inisiatif Perkongsian Awam-Swasta (PPP), dipacu Program Transformasi Ekonomi (ETP).

21. Lebuhraya DASH ialah salah satu daripada projek berimpak tinggi bawah ETP yang bermatlamat mencipta peluang pekerjaan dan perniagaan serta kegiatan ekonomi lebih berdaya maju.

22. Kira-kira 12,000 peluang pekerjaan dicipta melibatkan beberapa bidang termasuk pengurusan, kejuruteraan, teknikal, pembantu barisan hadapan dan pekerja kontrak.

23. Projek ini membabitkan seramai 257 kontraktor dan 12 perunding utama sejak 2016.

24. PROLINTAS meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) menerusi:

  • Membina tanjakan susur masuk khas di Persimpangan Damansara Perdana, Ramp 12A untuk memudahkan trafik di Jalan PJU 8/1 yang memanfaatkan 12,000 penduduk sekitar kawasan berkenaan.
  • Lebih 700 pokok dipindahkan dan kira-kira 110,000 tanaman pelbagai jenis ditanam semula di beberapa lokasi sepanjang jajaran.
  • Kemudahan bas percuma dan parkir kenderaan disediakan untuk kegunaaan penduduk yang terkesan dengan pembinaan berikutan penutupan jalan semasa kerja pembinaan dijalankan.
  • Kerja penyelenggaraan dan landskap termasuk sistem saliran perparitan dan saluran wayar elektrik serta penurapan semula di jalan sedia ada sepanjang pembinaan.
  • Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dijalankan yang menumpukan aspek alam sekitar, pendidikan dan komuniti.

25. Pemangkin ekonomi untuk kawasan sekitar dan sepanjang Shah Alam ke Damansara seperti Kampung Melayu Subang dan Puncak Perdana.

26. Sasaran trafik harian (ADT) 50,000 kenderaan sehari.

27. Pembinaan projek DASH bermula sejak Ogos 2016.

28. Konsesi Lebuhraya DASH bermula pada 25 Disember 2014 dan berakhir pada 24 Disember 2069 (55 tahun tempoh konsesi).

29. Pembinaan siap pada 30 September 2022.

30. Kos keseluruhan pembinaan bernilai RM4.2bilion.

 

Auto Terkini autotainment Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah-Alam (DASH) Lebuhraya DASH Prolintas Roda4 tahukah anda
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.