• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tahniah, Pelumba Negara Juara ARRC 2017 - Supersport 600, Underbone 150!

Tahniah, Pelumba Negara Juara ARRC 2017 - Supersport 600, Underbone 150!

December 5, 2017 By ZY Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA negara, Azlan Shah Kamaruzaman daripada pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing mengungguli kelas Supersport 600 dalam Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) 2017 walaupun menamatkan perlumbaan pusingan akhir di tempat ketiga di Litar Buriram, Thailand awal minggu ini. Kemenangan itu melengkapkan jumlah keseluruhan 155 mata yang cukup menobatkan beliau sebagai Juara musim ini.

Membanggakan lagi, tempat kedua keseluruhan turut dimenangi pelumba senegara, Zaqhwan Zaidi (MUSASHi Boon Siew Honda Racing). Walaupun menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, tetapi 9 mata yang diperoleh sudah cukup meletakkan beliau sebagai Naib Juara dengan jumlah keseluruhan 153 mata. Tempat ketiga pula diraih pelumba Jepun, Taiga Hada (RAMA Honda by NTS T.Pro ten 10) dengan keseluruhan 149 mata.


“Dari awal perlumbaan, saya tahu perlu menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik. Pada masa sama, juga saya perlu menjaga tayar hingga ke penamat. Strategi saya berjaya dan membantu memintas Chalermpol pada pusingan terakhir.

“Pasukan kami bekerja keras sepanjang malam untuk menyiapkan jentera selepas prestasi tidak begitu baik ketika perlumbaan pertama, semalam. Saya berterima kasih kerana mereka tidak putus asa dan sentiasa menyediakan yang terbaik untuk saya,” jelas Azlan.

PELUMBA MALAYSIA KUASAI UNDERBONE 150

Sementara itu, podium kategori Underbone 150 dibolot pelumba daripada UMA Racing Yamaha Maju Motor. Md Akid Aziz merangkul gelaran juara, manakala rakan sepasukan, Md Haziq Md Fairues di tempat ketiga.

Akid menamatkan perlumbaan pada tempat kelapan dengan jumlah keseluruhan 177 mata, iaitu 12 mata mengatasi pelumba Yamaha Racing Indonesia, Wahyu Aji Trilaksana di tempat kedua, dan diikuti Haziq (141 mata) selepas menamatkan perlumbaan di hadapan Akid di tempat ketujuh.


“Saya menghadiahkan kemenangan ini kepada pasukan, keluarga dan juga rakyat Malaysia. Dalam perlumbaan akhir tadi, saya lebih berhati-hati kerana tidak mahu kesilapan semalam berulang dan merancang strategi terbaik bersama Haziq.

"Syukur kerana akhirnya kami berjaya memenangi gelaran individu selepas turut berjaya menjuarai kategori berpasukan,” jelas Akid yang turut memegang takhta juara keseluruhan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Pada masa sama dalam perlumbaan kedua itu, Azroy Hakeem Anuar (Yuzy Honda Vietnam Racing) meraih tempat pertama dengan catatan masa 16:46.680s, iaitu 0.106 saat di hadapan Wahyu di tempat kedua.

Menamatkan perlumbaan di tempat ketiga (16:46.854s), Anggi Setiawan (Yamaha Yamalube WR KYT TJM Racetech Racing), tetapi digugurkan dua kedudukan kerana kesalahan melebihi laluan litar dibenarkan, sekali gus memberi laluan kepada Md Helmi Azman (ONEXOX TKKR Racing Team) yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat menduduki podium di tempat ketiga.


KEPUTUSAN

SUPERSPORTS 600CC
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha Thailand Racing TEAM 29:53.158s
2. Anthony West (AUS) Akeno Speed Racing 29:55.549s
3. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 29:59.060s
4. Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha Thailand Racing Team 29:59.543s
5. Thitipong Warokorn (THA) Kawasaki Thailand Racing Team 29:59.656s

Kedudukan Keseluruhan Individu
1. AZLAN SHAH KAMARUZAMAN (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 155 mata
2. MD ZAQHWAN ZAIDI (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 153 mata
3. Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 149 mata
4. Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 141 mata
5. Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 125 mata

Kedudukan Keseluruhan Pasukan
1. Manual Tech KYT Kawasaki Racing (Kawasaki) 182 mata
2. Yamaha Thailand Racing Team (Yamaha) 165 mata
3. MUSASHi Boon Siew Honda Racing (Honda) 161 mata
4. RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 (Honda) 155 mata
5. Yamaha Racing (Yamaha) 151 mata

ASIA PRODUCTION 250CC
1. Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 19:09.799s
2. Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:09.839s
3. Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 19:17.532s
4. Peerapong Luiboonpeng (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:18.376s
5. Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:18.460s

Kedudukan Keseluruhan Individu
1. Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 215 mata
2. Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 188 mata
3. Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 188 mata
4. Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 149 mata
5. Takehiro Yamamoto (JPN) Supra Studio HONDA IKAZUCHI Racing Team 138 mata

Kedudukan Keseluruhan Pasukan
1. Astra Honda Racing Team  (Honda) 257 mata
2. RAMA Honda (Honda) 188 mata
3. YAMAHA Thailand Racing TEAM (Yamaha) 188 mata
4. Supra Studio HONDA IKAZUCHI Racing Team (Honda) 138 mata
5. Yamaha Racing Indonesia (Yamaha) 122 mata


UNDERBONE 150cc
1. Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 16’46.680s
2. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 16’46.786s
3. Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 16’46.859s
4. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 16’47.088s
5. Anggi Setiawan (INA) Yamaha Yamalube WR KYT TJM Racetech Racing 16’46.854s

Kedudukan Keseluruhan Individu
1. MD AKID AZIZ (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 177 mata
2. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 165 mata
3. MD HAZIQ MD FAIRUES (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 141 mata
4. Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 134 mata
5. Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 119 mata

Kedudukan Keseluruhan Pasukan
1. UMA Racing Yamaha Maju Motor (Yamaha) 214 mata
2. Yamaha Racing Indonesia (Yamaha) 165 mata
3. Yuzy Honda Vietnam Racing Team (Honda) 163 mata
4. SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team (Honda) 146 mata
5. ONEXOX TKKR Racing Team 139 mata

SUMBER: Stadium Astro

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Anggi Setiawan, ARRC 2017, asia road racing championship 2017, Auto Terkini, Azlan Shah kamaruzaman, Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) 2017, Manual Tech KYT Kawasaki Racing, Md Akid Aziz, Md Haziq Md Fairues, roda2, sukan permotoran, UMA Racing Yamaha Maju Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #MAS2025: Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge 2025 Ditayang, Lebih Jimat dan Premium
    #MAS2025: Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge 2025 Ditayang, Lebih Jimat dan Premium
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Re:Nissan - Nissan Rancang Bangkit Semula, Kerjasama Honda Diteruskan dan Akan Ada Skyline Baharu!
    Re:Nissan - Nissan Rancang Bangkit Semula, Kerjasama Honda Diteruskan dan Akan Ada Skyline Baharu!
  • #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
    #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev