Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Syak Anak Maut Sebab Langgar Jalan Berlubang, Bapa Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
Auto Terkini

Syak Anak Maut Sebab Langgar Jalan Berlubang, Bapa Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

FikriBy Fikri27/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KELUARGA kepada penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di Jalan Mantin-Beranang, Negeri Sembilan Rabu lalu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) jika insiden yang berlaku ada kaitan dengan kondisi jalan rosak di situ.

Bapa mangsa, Abdul Sani Md Yatim, 61, berkata, mereka sekeluarga kini sedang menunggu laporan penuh polis berhubung kejadian berkenaan.

Saya masih menunggu laporan kimia motosikal arwah dan ada beberapa lagi perkara perlu diselesaikan sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Memanglah sebelum ini polis ada maklumkan anak saya dipercayai dilanggar lari, tapi sebagai bapa, saya tetap merasakan kemalangan berlaku ada kaitan dengan keadaan jalan rosak di situ.

Abdul Sani difahamkan sudah ada beberapa kes orang awam hampir kemalangan di situ disebabkan keadaan jalan berlubang dan bertakung air.

Menurutnya, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan segera dengan masalah jalan rosak berisiko menyebabkan kemalangan, terutama penunggang motosikal.

Tindakan undang-undang itu kemungkinan kepada Kerajaan atau JKR. Lagipun saya pelik bila pagi itu anak saya meninggal dunia akibat kemalangan, petang itu cepat saja pihak JKR betulkan jalan itu.

“Memanglah sudah ketentuan ALLAH anak saya meninggal. Tapi kalau betullah anak saya kemalangan disebabkan jalan rosak, saya tak boleh berdiam saja.”

Abdul Sani berharap tindakan undang-undang itu dapat dijadikan pengajaran supaya pihak berwajib lebih bertanggungjawab dalam isu jalan rosak yang bukan saja berlaku di Negeri Sembilan, tetapi juga negeri lain di Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superitendan Mat Ghani Lateh berkata, tiada perkembangan lanjut mengenai insiden berkenaan setakat ini, dan polis masih mengharapkan maklumat awam bagi membantu siasatan.

Insiden jam 9.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Mohamad Fitri Abdul Sani, 30, yang bekerja sebagai penghantar barang, dalam perjalanan ke tempat kerja.

Polis memaklumkan kapcai jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa dipercayai dilanggar lari kenderaan lain dengan nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan.

SUMBER: SinarHarian | FB SendayanMacamMacamAda

Auto Terkini JKR Negeri Sembilan kemalangan jalan berlubang kemalangan jalan raya kemalangan maut
Fikri

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.