Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Switzerland Rancang Kutip Cukai EV Ikut Kilometer Pemanduan Menjelang 2030
Auto Terkini

Switzerland Rancang Kutip Cukai EV Ikut Kilometer Pemanduan Menjelang 2030

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BANYAK negara menyatakan hasrat menamatkan jualan kenderaan baharu berasaskan bahan api fosil untuk beralih penggunaan kenderaan elektrik (EV).

Malah Kerajaan di banyak negara turut memberi pelbagai insentif kepada pengguna dalam usaha memujuk beralih kepada kenderaan hijau sebagai pendekatan menangani masalah emisi dan pencemaran.

BACA >>> Muktamad, Jualan Kenderaan Enjin Pembakaran Dalaman Eropah Tamat 2035!
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Negara Paling Tinggi Bayaran Tol Dunia

Namun, EV juga dilihat sebagai pendekatan yang bakal menjejaskan pendapatan Kerajaan yang diperoleh daripada kutipan cukai bahan api. Tanpa wang daripada hasil cukai, sesebuah negara bakal berdepan kesukaran melaksanakan projek pembangunan baharu atau penyelenggaraan kemudahan awam seperti jalan raya dan infrastruktur lain.

Di Eropah, ada negara memperoleh hasil hampir €2 bilion (RM8.9 bilion) setahun daripada kutipan cukai bahan api, cukai jalan dan cukai kenderaan.

Switzerland nampaknya menemui cara mengisi semula kantung pendapatan negara dengan memperkenalkan cukai baharu ke atas pemilik EV atau kenderaan berasaskan sumber alternatif.

Kerajaan Switzerland mengarahkan Jabatan Alam Sekitar, Pengangkutan, Tenaga dan Komunikasi Persekutuan (DETEC) dan Jabatan Kewangan Persekutuan untuk mengemukakan cadangan baharu penilaian percukaian kenderaan menjelang akhir tahun 2023.

Caranya, cukai baharu dengan kadar tetap mengikut kilometer dan kategori kenderaan. Bagaimanapun, perincian mengenai kadar bayaran atau semakan jarak perbatuan belum dibuat.

Apa yang pasti, Switzerland mahu EV dikenakan cukai bermula 2030 berdasarkan indeks perjalanan, iaitu lebih banyak dipandu, maka lebih banyak cukai perlu dibayar pemilik.

Pendekatan kiraan kilometer dibuat kerana pemilik EV dipercayai akan mengecas kenderaan di kediaman masing-masing.

BACA >>> Belgium Akan Haramkan Skuter, Motosikal Petrol, Mula 2028
BACA >>> Kanada Bakal Haramkan Jualan Kenderaan Petrol, Diesel Baharu Mula 2035
BACA >>> Britain Bakal Haramkan Kenderaan Petrol, Diesel Bermula 2040, Serius Mahu Udara Bersih
BACA >>> Jepun Bakal Haramkan Jualan Kereta Petrol Baharu Menjelang 2030
BACA >>> Ireland Pula Rancang Haramkan Kenderaan Petrol, Diesel Menjelang 2030
BACA >>> Perancis Mahu Haramkan Semua Kereta Petrol, Diesel Pada 2040
BACA >>> Jerman Bakal Haramkan Petrol, Diesel Menjelang 2030, Sasar 95 Peratus Bebas CO2
BACA >>> Kenapa Jika Ramai Rakyat Brazil Guna Kereta Elektrik, Harga Gula Dunia Turun?

SUMBER: Lerepairedesmotards

Jabatan Alam Sekitar Pengangkutan Tenaga dan Komunikasi Persekutuan (DETEC) Kenderaan Elektrik (EV) pengharaman petrol dan diesel Roda4 Switzerland
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.