Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Suzuki XBEE – Wagon Crossover Gaya Retro Lancar di Jepun
Roda4

Suzuki XBEE – Wagon Crossover Gaya Retro Lancar di Jepun

Han OthmanBy Han Othman31/12/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI model genit untuk pasaran Jepun, Suzuki XBEE (disebut: cross-bee) baharu dilancarkan secara rasmi selepas melakukan debut di Pameran Motor Tokyo, Oktober lalu sebagai model konsep.

Sekali pandang, rekabentuk XBEE mengambil ilham model SUV MINI Countryman, terutama jika melihat rupa depan dan belakang. Tidak keterlaluan juga jika mengatakan wagon crossover itu ialah versi Hustler (juga model Suzuki) yang direka semula. Ruang dalaman berkongsi banyak ciri dengan (Suzuki) Ignis seperti roda stereng, kluster instrumen dan unit kawalan suhu.

CROSSOVER GAYA RETRO


XBEE  memiliki dimensi panjang 3,760mm, lebar 1,670mm, dan tinggi 1705mm, dengan jarak roda 2,435mm serta dibina berasaskan platform baharu HearTect, yang kuat dan ringan. Selain model ini, model lain yang dibangunkan menggunakan HearTect ialah Baleno, Ignis, Swift dan Dzire.

XBEE ditawarkan dalam dua varian: MZ dan MX yang kedua-duanya terdapat dalam opsyen pacuan 2-roda (2WD) dan 4-roda (4WD).

BACA >>> Maruti Suzuki Dzire (2018) – ‘Swift Sedan’ Ini Bakal Jadi Kegilaan India

Semua varian dikuasakan enjin petrol K10C Boosterjet 1.0L suntikan terus dan sistem hibrid ringan (mild-hybrid). Enjn 3-silinder dengan pengecas turbo itu mampu meledakkan kuasa 98hp pada 5,500rpm dan tork 150Nm (1700-4,000rpm), manakala motor sistem hibrid ringan menawarkan kuasa 3.05hp pada 1,000rpm dan tork 50Nm (100rpm) dengan transmisi automatik 6-kelajuan sama ada 2WD dan 4WD.

TEKNOLOGI TERMAJU

MOD SPORT
MOD SALJI
PAPARAN SKOR EKO

Varian 4WD memuatkan dua mod pemanduan: Sport dan Snow, dan turut memiliki ciri Kawalan Grip, yang berfungsi membantu kenderaan meredah permukaan jalan licin dan berlumpur, serta Kawalan Turun Bukit (HDC).

Spesifikasi keselamatan lain ialah kamera paparan 3D 360° dan Sokongan Keselamatan Suzuki (SSS) menerusi sistem mitigasi rempuhan menerusi Sokongan Brek Dwi Sensor (DSBS) dan Sokongan Brek Sandaran (BBS) yang kali pertama dipasang pada model kompak Suzuki.

Luaran XBEE menampilkan lampu utama LED, lampu kabus LED, dan rim aloi 16-inci, manakala ruang dalaman menyerlahkan roda stereng kulit, termasuk tombol gear, masukan tanpa kunci, kawalan penyaman udara automatik, dan kawalan jelajah.

BACA >>> India Lancar Maruti Suzuki CelerioX, Hatchback Mini Versi Crossover

Outdoor Adventure menambah panel paten kayu, manakala Street Adventure menampilkan aksen warna kontras untuk rupa luaran dan panel tema peta untuk trim dalaman. Pembeli juga ditawarkan opsyen warna dua tona seperti memilih badan berwarna kuning dan bumbung hitam. Harga model 2WD bermula pada ¥1,765,800 (RM63,612), manakala varian teratas versi AWD dijual pada harga¥2,145,960 (RM77,307).

Apakah Suzuki bakal menjadi raja kereta kompak baru?

GALERI

Crossover crossover kompak crossover wagon Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Suzuki Suzuki XBEE
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.