Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki V-Strom 800DE Rally Edition 2024 Sentuhan SR75 Suzuki World Team
Roda2

Suzuki V-Strom 800DE Rally Edition 2024 Sentuhan SR75 Suzuki World Team

Abang HirataBy Abang Hirata28/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASUKAN SR75 World Team Suzuki daripada Britain giat berlumba dengan meraih pelbagai kejayaan dalam perlumbaan motosikal lasak supercross dan arenacross.

SR75 pernah menghasilkan SR75 V-Strom 650XT dan terbaharu tampil dengan Suzuki V-Strom 800DE Rally Edition 2024 dan merancang berlumba dengan model itu.

Rally Edition terbaharu ini tidak sama dengan Suzuki 800DE Rally Edition 2023 (foto atas) di Perancis yang pernah kami laporkan sebelum ini.

Berikut perubahan dilakukan yang ada pada Suzuki V-Strom 800DE Rally Edition 2024:

  • Dibina berasaskan Suzuki V-Strom 800DE dengan ditambah pelindung takung (sump guard) dan penaik hendal daripada AS3.
  • Unit hendal diambil daripada Suzuki RM-Z450.
  • Ekzos asal diganti set titanium FMF yang diubah suai.
  • Rim standard 21 inci dan 17 inci ditukar kepada 21 inci dan 18 inci daripada ENVY, dan dipadan bersama tayar Dunlop D209RR dan mousse (gegelung run-flat).
  • Liveri daripada GP Grafix.
  • Ubah suai itu dibuat pada tahap satu dan beberapa modifikasi lagi akan dibuat sebelum berlumba.

Di Britain, selain V-Strom 800DE, pelanggan Suzuki turut ditawarkan 800DE Tour, 800RE dan 800RE Tour dengan spesifikasi seperti berikut:

  • Enjin 4-lejang dwi-silinder 776cc DOHC penyejukan cecair menghasilkan output kuasa 83hp @ 8,500rpm dan tork 78Nm @ 6,800rpm.
  • Kapasiti tangki minyak 20 liter.
  • Jarak tinggi bumi 220mm
  • Frem keluli dengan subfrem bolt-on berasingan.
  • Suspensi fork terbalik (USD) dengan jarak travel 220mm dan monoshock boleh laras penuh daripada Showa.

Pengguna tempatan juga boleh menikmati Suzuki V-Strom 800DE yang sudah dilancar pada Jun 2023 pada harga RM60,800.

SR75 Suzuki World Team Suzuki Suzuki V-Strom Suzuki V-Strom 800DE Suzuki V-Strom 800DE Rally Edition Suzuki V-Strom 800DE SR75 Rally Edition
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.