• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Suzuki Reka Lampu Laser Keselamatan untuk Penunggang Motosikal

Suzuki Reka Lampu Laser Keselamatan untuk Penunggang Motosikal

February 12, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

400
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RISIKO menunggang motosikal lebih tinggi berbanding memandu kereta. Pemandu kereta sekurang-kurangnya dilindungi badan kenderaan mereka, sebaliknya tiada apa-apa yang melindungi penunggang motosikal melainkan pakaian sendiri.

Jadi, cara penunggang mahu mengurangkan risiko kecederaan adalah memakai pakaian khas seperti helmet, sarung tangan, jaket dan seluar panjang tebal. Jika, menunggang jauh, mereka boleh menyarung sut khas dengan pad pelindung pada siku, lutut dan belakang.

BACA >>> Yamaha Beli Paten Syarikat Luar, Serius Bangunkan Motosikal Tiga Roda Miring

Tetapi kini ada satu ciri keselamatan baharu yang sedang dibangunkan Suzuki, khas untuk penunggang motosikal berasaskan sensor dan lampu laser, sama seperti unit yang dipasangkan pada basikal.

TINGKATKAN KEJELASAN


Menurut paten itu, sistem lampu laser dan sensor tersebut dibangunkan berasaskan sistem elak rempuhan dan amaran, iaitu berupa kotak keselamatan dinamik sekeliling motosikal dengan projektor laser. Lampu laser akan dipancarkan ke arah jalan sekeliling motosikal. Jika motor dalam kelajuan rendah, suluhan laser akan mengecil, dan membentuk garis lurus. Jika motor memecut laju, saiz suluhan akan melebar.

Suzuki turut menambah sensor 360° pada motor yang mampu memberitahu penunggang tentang kehadiran kereta atau objek lain berhampiran. Jika sensor mengesan ada objek sedang menghampiri dari sisi belakang, laser akan berkedip. Apabila semakin dekat, laser akan membentuk paten ‘X’ besar berwarna merah.

BACA >>> Mazda Patenkan Rekaan Spoiler Aktif pada Lampu Belakang, Mampu Optimumkan Aerodinamik Kereta

Suzuki turut mempatenkan sensor miring dan sensor pecutan yang dipasangkan dalam kotak keselamatan. Sistem itu beroperasi ketika motor ditunggang saja. Asasnya, sistem berkenaan cukup bagus kerana membantu meningkatkan kejelasana pengguna jalan raya lain terhadap kehadiran penunggang motosikal terutama pada malam. Apapun, perlu ada ujian secara langsung.

SUMBER: RideApart

Artikel Berkaitan

400
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, lampu laser, lampu laser Suzuki, paten, roda2, Sinar Laser, Suzuki, teknologi, Teknologi Keselamatan, teknologi keselamatan motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my