Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition untuk UK, Harga RM103k
Roda2

Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition untuk UK, Harga RM103k

Abang HirataBy Abang Hirata17/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition

Suzuki secara rasmi memperkenalkan hyperbike Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition baharu untuk pasaran Britain dalam skema warna eksklusif dan sentuhan estetik premium.

Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition tampil menyerlah dalam skema warna Pearl Vigor Blue (biru) yang kontras dengan trim, aksen dan pelekat putih.

Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition

Salah satu ciri visual paling menonjol ialah tulisan kanji (Hayabusa) besar pada fairing sisi. Selain itu, lencana Suzuki jenis timbul pada tangki bahan api turut memberikan kontras menarik terhadap cat biru tersebut.

Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition

Melengkapkan penampilan sporty, adalah dwi-ekzos keluli tahan karat dengan muncung hitam, manakala kowl pelana belakang didatangkan sebagai aksesori standard.

Trenkuasa, Ciri Elektronik

Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition

Edisi istimewa itu mengekalkan nadi kuasa sama dengan model standard, iaitu enjin 4-silinder sebaris 1,340cc yang terkenal dengan prestasi tinggi.

Dari segi teknologi, Hayabusa dilengkapi pakej elektronik komprehensif, seperti Unit Unjuran Inersia (IMU) 6-paksi yang mengawal sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi dan sistem antilompat.

Turut disertakan ialah Kawalan Mula Luncur (Launch Control), Kawalan Jelajah dan Quickshifter dua arah.

Harga, Ketersediaan

Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition

Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition ditawarkan di Britain pada harga atas jalan £18,999 (RM103,140). Sebagai rekod, Suzuki pernah membawa Hayabusa 25th Anniversary Edition ke pasaran Malaysia pada 2023 dengan harga RM115,900.

Spesifikasi Teknikal Suzuki Hayabusa

Enjin, Transmisi dan Brek

  • Enjin 4-lejang 4-silinder 1,340cc DOHC penyejukan cecair
  • Output kuasa 190ps @ 9,700 rpm dan tork 150.0Nm @ 7,000 rpm
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan jenis constant mesh
  • Brek cakera kembar Brembo Stylema® dengan kaliper 4-piston (depan), dan cakera tunggal dengan kaliper brek piston tunggal

Suspensi, Tayar dan Kawalan

  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) boleh laras (depan), dan monoshock boleh laras (belakang)
  • Tayar tiubles 120/70ZR17M/C (58W) di depan, dan tayar tiubles 190/50ZR17M/C (73W) (belakang)
  • Kawalan traksi sensitif sudut miring dengan 10 mod pilihan boleh nyah aktif

Dimensi, Berat dan Kapasiti

  • Tinggi pelana 800mm
  • Berat kerb 264.0kg
  • Kapasiti tangki petrol 20 liter
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Suzuki Hayabusa 2026 Special Edition
Hyperbike roda2 superbike Suzuki Suzuki Hayabusa Suzuki Hayabusa Special Edition Suzuki Hayabusa Special Edition 2026
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Marco Bezzechi juara GP Thailand 2026
Sukan Permotoran

#MotoGP2026: Aprilia Juara Aksi Pembukaan, Marquez Bersara Awal

02/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.