Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Suzuki Debut Skuter Mewah Burgman Street 125EX (2023) di Intermot
Auto Terkini

Suzuki Debut Skuter Mewah Burgman Street 125EX (2023) di Intermot

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUZUKI memperkenalkan skuter baharu Burgman Street 125EX semasa Pameran Intermot 2022 di Jerman baru-baru ini. Skuter itu dikatakan satu model terbaik segmen 125 dengan gabungan gaya, prestasi, keselesaan, kemudahan dan bersifat praktikal.

Burgman Street 125EX juga menerima teknologi baharu trenkuasa iaitu Suzuki Eco Performance Alpha (SEP-α) buat julung kalinya. SEP-α menawarkan empat karakter dan ciri baharu berbanding trenkuasa SEP seperti jadual berikut:

KELEBIHAN TRENKUASA SEP-α

  • Suzuki sudah menggunakan trenkuasa teknologi SEP untuk lebih 5 juta skuter di seluruh dunia.
    SEP-α adalah trenkuasa dengan teknologi baharu untuk menambah baik pengalaman pengguna, menjimatkan bahan api dan operasi lebih senyap.
  • Ini dicapai dengan adanya fungsi Henti Mula Enjin Automatik (EASS). Ia satu sistem henti melahu baharu.
  • Ciri baharu lain ialah Sistem Mula Senyap (Silent Start System), akan berfungsi seiring dengan EASS untuk memulakan dan menghidupkan semula skuter agar lebih senyap dan lancar.
  • Berat enjin cuma 32.5kg.

INOVASI ENJIN

  • Port kemasukan (udara) berbentuk melengkung untuk memaksimumkan halaju aliran untuk campuran udara-petrol dalam kebuk pembakaran.
  • Kebuk pula direka menggunakan teknologi analitik untuk membentuk aliran berpusar untuk pelepasan campuran petrol-udara lebih baik dan mengawal kelajuan pembakaran.
  • Bentuk kebuk pembakaran ada satu rekaan ruang berbentuk abjad M (dipanggil M Squish). Ia berfungsi untuk menghasilkan tolakan aliran dalam kebuk pembakaran.
  • Desain kebuk M dan port kemasukan melengkung mencipta keadaan pembakaran lebih ideal dalam enjin.

WARNA

  • Ada tiga warna pilihan disediakan iaitu Pearl Moon Stone Grey (kelabu), Pearl Mirage White (putih) dan Metallic Matt Black (hitam).

SPESIFIKASI

  • Trenkuasa jenis 4-lejang silinder tunggal 124cc SOHC 2-injap dengan sistem sejukan udara dan teknologi suntikan bahan api, menawarkan kuasa 8.5hp pada 6,500rpm dan tork 10Nm pada 5,500rpm.
  • Enjin patuh piawaian Euro5 dipadankan dengan sistem transmisi CVT. Trenkuasa boleh dihidupkan dengan menekan butang pemula atau guna penendang kaki.
  • Visor angin jenis lut cahaya dipasang pada panel depan.
  • Sistem pencahayaan LED untuk lampu depan, lampu posisi atau DRL dan lampu belakang.
  • Instrumen meter jenis digital LCD dengan paparan maklumat spidometer, jam, penggunaan petrol semasa, purata penggunaan bahan api, suhu enjin, odometer, dua trip perjalanan, petunjuk petrol, voltan bateri dan peringatan servis minyak.
  • Ada beberapa petunjuk amaran pada meter termasuk EASS, indikator tunggangan Eco, lampu gangguan sistem, lampu tinggi dan isyarat belok.

  • Sistem suspensi jenis fork teleskopik (depan) dan absober tunggal untuk belakang.
  • Sistem henti merangkumi brek cakera tunggal 190mm (depan) dan brek dram 130mm (belakang). Ada teknologi Sistem Brek Kombi (berfungsi apabila tarik tuil brek kiri).

  • Rim aloi 12 inci dibalut tayar Dunlop D307 N 90/90 (depan) dan 100/80 (belakang)
  • Kapasiti tangki minyak cuma 5.5 liter, boleh cecah jarak maksimum kira-kira 290km setiap isian penuh.
  • Bar pembonceng disatukan dengan tapak untuk pemasangan kotak simpanan barang.
  • Ruang kargo bawah pelana sebesar 21.5 liter. Ada dia ruang simpanan barang kecil pada panel skuter, bawah hendal.
  • Ada soket USB untuk mengecas telefon pintar. Sistem kunci jenis mekanikal.
  • Ada dua cagak untuk menggantung barang iaitu di bawah, hadapan pelana.
  • Dilengkapi tongkat tengah dan tongkat berkembar.

DIMENSI

  • Skuter Suzuki Burgman Street 125EX memiliki jarak roda 1,290mm panjang dengan jarak lega bumi 160mm untuk memastikan kestabilan lebih baik dan lebih mudah untuk penunggang bertubuh kecil menempatkan kaki di atas tanah.
  • Ketingian skuter cuma 1,140mm.

BACA >>> Suzuki Burgman 400 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM46k!
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Visor Iridium Pada Helmet?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

 

Intermot 2022 Pameran Motosikal Antarabangsa (INTERMOT) roda2 skuter Suzuki Burgman Street 125EX (2023) Suzuki Eco Performance Alpha (SEP-α)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.