• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Australia Tawar Dua Pilihan Pakej Naik Taraf Gaya Katana

Suzuki Australia Tawar Dua Pilihan Pakej Naik Taraf Gaya Katana

September 7, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Motorcycle Australia (SMA) memperkenalkan dua pilihan pakej naik taraf edisi terhad untuk sportbike neo-sport Katana, iaitu Shogun dan Samurai yang masing-masing berharga antara A$595 (RM1,800) dan A$1,499 (RM4,530).

BACA >>> Suzuki Akan Keluarkan Katana Versi Kustom dengan Tangki Lebih Besar, Mufler Akrapovic

PAKEJ SHOGUN

Pakej pertama, Shogun menggabungkan gaya dan fungsi dengan meningkatkan kekuatan dan fungsi praktikal Katana menerusi penggunaan komponen tulen Suzuki.

Pakej ini berharga A$1,499 (RM4,530), terdiri daripada pelana dwi-warna, visor smoke, set slider gandar depan dan belakang, dan strip fairing.  Pakej ini turut menawarkan beberapa komponen gentian karbon seperti madgad, penutup klac, penutup penghidup enjin dan penutup alternator.

Jika mahu unit penuh Katana dengan pakej ini, harga yang perlu dibayar ialah A$17,749 (RM53,65o), termasuk caj pendaftaran selama 12 bulan di Australia.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki Katana Brand New Jack dengan Konsep Gundam, Robotech

KATANA_Shogun_Screen
KATANA_Shogun_Carbon_Front_Fender
KATANA_Shogun_Carbon_Alternator_Cover
KATANA_Shogun_Axle_Slider_Rear
KATANA_Shogun_Axle_Slider_Front
Suzuki_KATANA4_Web
Suzuki_KATANA_Shogun_Pack_10
Suzuki_KATANA_Shogun_Pack_5
Suzuki_KATANA_Shogun_Pack_8

PAKEJ SAMURAI

Pakej Samurai pula lebih murah, berharga A$595 (RM1,800) yang terdiri daripada enam aksesori seperti pelana dwi-warna, visor smoke, pad pelindung tangki rekaan karbon, strip badan, strip pelindung sisi rekaan karbon dan rim dengan dekal Katana.

Jika mahu memiliki Katana yang siap dilengkapkan pakej ini, harga perlu dibayar ialah A$16,845 (RM50,920), termasuk caj pendaftaran selama setahun.

BACA >>> #Videotomotif: Apa Kata Bekas Pelumba MotoGP Ini Selepas Tunggang Uji Suzuki Katana?

KATANA_Samurai_Pack_Seat
KATANA_Samurai_Pack_TankPad
KATANA_Samurai_Pack_RimDecals
KATANA_Samurai_Pack_Screen
KATANA_Samurai_Pack_ProtectionDecals
Suzuki_KATANA_Decals_Web

SUMBER: SuzukiMotorcyclesAustralia

Artikel Berkaitan

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, sportbike, Suzuki, suzuki katana, Suzuki Katana Australia, Suzuki Motorcycle Australia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my