Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAA: SUV Pacu Pertumbuhan Kenderaan Penumpang 2025, Jualan Sedan Menyusut
Auto Terkini

MAA: SUV Pacu Pertumbuhan Kenderaan Penumpang 2025, Jualan Sedan Menyusut

SyafieBy Syafie20/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jualan kereta di Malaysia

SEGMEN kenderaan utiliti sukan (SUV) muncul pemacu utama pasaran kenderaan penumpang Malaysia sepanjang 2025, sekali gus mengimbangi penyusutan jualan kereta penumpang konvensional.

Berdasarkan data Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah jualan kenderaan penumpang meningkat 1.6 peratus kepada 759,098 unit sepanjang 2025, berbanding 747,180 unit pada tahun terdahulu (2024).

Jualan Kereta Penumpang Konvensional Terus Menyusut

Logo MAA

Dalam tempoh sama, jualan kereta penumpang (sedan dan hatchback) menyusut 3.5 peratus kepada 458,556 unit, berbanding 475,250 unit (2024).

Trend itu mencerminkan perubahan trend pembelian pengguna yang semakin beralih daripada kereta penumpang tradisional kepada model profil lebih tinggi dan versatil.

SUV Catat Lonjakan Dua Angka

Sebaliknya, segmen kenderaan pacuan empat roda (4×4) dan SUV mencatat pertumbuhan paling ketara dengan peningkatan 13.4 peratus, melonjak kepada 228,572 unit berbanding 201,565 unit (2024).

Lonjakan itu mengukuhkan lagi kedudukan SUV sebagai segmen paling popular dalam pasaran kenderaan penumpang Malaysia, didorong faktor rekabentuk, ruang kabin lebih luas dan penawaran pelbagai model baharu.

MPV Kekal Stabil, Window Van Catat Pertumbuhan Tinggi

Segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) pula kekal stabil dengan peningkatan kecil 0.9 peratus kepada 69,839 unit, berbanding 69,237 unit pada tahun terdahulu.

Sementara itu, window van (minibus/van penumpang) mencatat pertumbuhan peratusan tertinggi dengan lonjakan 88.9 peratus kepada 2,131 unit, tetapi jumlah jualan masih kecil berbanding segmen lain.

Permintaan SUV Semakin Meningkat

Secara keseluruhan, data 2025 menunjukkan peralihan ketara cita rasa pengguna Malaysia ke arah SUV, manakala permintaan terhadap kereta penumpang konvensional terus menyusut.

Trend itu dijangka berterusan dalam tempoh terdekat selagi pengguna mengutamakan gaya hidup aktif, praktikaliti dan nilai penggunaan jangka panjang.

Auto Terkini Jumlah Jualan Kenderaan (TIV) Kenderaan Penumpang Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Malaysian Automotive Association (MAA)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.