Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»SUV Elektrik Coupe Ultra Pintar XPENG G6 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM178,888
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV Elektrik Coupe Ultra Pintar XPENG G6 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM178,888

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam01/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

XPENG G6 lancar di Malaysia

PENGEDAR rasmi jenama XPENG di Malaysia, Bermaz XPENG Sdn Bhd mengumumkan pelancaran rasmi kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik coupe ultra pintar, XPENG G6 2025 untuk pasaran tempatan pada harga bermula RM178,888.

SUV segmen-C itu kali pertama memasuki pasaran tempatan pada Ogos 2024, dan kini hadir dengan kemas kini rekabentuk, teknologi pintar lebih maju dan peningkatan prestasi. dan tempahan kini dibuka di semua bilik pameran XPENG.

Varian, Harga Jualan

XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
  • XPENG G6 RWD Long Range Pro – RM178,888.00*
  • XPENG G6 AWD Performance – RM189,888.00*
  • XPENG G6 AWD Black Edition – RM193,888.00*

* Harga atas jalan di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans. Spesifikasi dan warna mungkin berbeza mengikut model sebenar.

SUV EV kompak itu didatangkan dalam pilihan lima warna luaran: Arctic White (putih), Graphite Gray (kelabu), Midnight Black (hitam), Silver Frost (perak), dan Stellar Purple (ungu) serta dua tona dalaman: Dark Gray (kelabu gelap) dan Light Gray (kelabu cerah). Model Black Edition pula hadir eksklusif dengan rim 20 inci hitam kilat, kaliper brek hitam dan logo XPENG serba hitam.

Visi XPENG: AI Sebagai Teras Inovasi

XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Datuk Francis Lee berkata;

XPENG bukan pemain tradisional industri automotif. AI (kecerdsan buatan) ialah DNA kami, daripada robot, kereta pandu sendiri, kereta terbang hingga kecerdasan terjelma (embodied intelligence). Bagi pengguna Malaysia, lebih banyak model berasaskan AI akan tiba tidak lama lagi.”

Rekabentuk, Aerodinamik Lebih Canggih

XPENG G6 lancar di Malaysia

SUV kompak itu dibina berasaskan platform SEPA 2.0 yang menawarkan dinamik pemanduan lebih efisien dan pengalaman pintar lebih lancar. Kemas kini luaran melibatkan:

  • Bar lampu LED Starlight Wing lebar sepanjang bonet dengan lampu signal belok terbina dalam
  • Difuser belakang baharu untuk aerodinamik lebih baik
  • Logo XPENG warna kelabu kusam (matte gray) pada bonet
  • Spoiler ‘ekor itik’ (ducktail) pada but untuk kestabilan
  • Gerbang roda sama tona badan untuk penampilan lebih kemas

Kabin Premium, Teknologi Pintar

XPENG G6 lancar di Malaysia

Ruang kabin XPENG G6 2025 direka semula dengan konsep Super Star-Ring, terdiri daripada:

  • Papan pemuka baharu dengan lampu ambien
  • Stereng kapasitif moden
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
  • Pilihan warna kabin: Dark Gray (kelabu gelap) dan Light Gray (kelabu cerah)
  • Unit infotainmen saiz besar dengan integrasi telefon pintar, dan kawalan suara intuitif

Keselesaan dipertingkat menerusi:

  • Bumbung panoramik star sunroof
  • Kerusi depan dengan fungsi urut, sokongan lumbar, pemanas dan pengudaraan
  • Tempat duduk belakang dengan ciri boleh laras rebah 12-tetapan ala sofa

Pengecasan Super Pantas 800V

XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia

XPENG G6 2025 menggunakan bateri litium-besi-fosfat (LFP) 800V SiC 80.5kWh generasi baharu dengan keupayaan pengecasan 451kW. Kapasiti mengecas 10 – 80 peratus dicapai sepantas 12 minit, manakala jarak pemanduan hingga 525km (WLTP) sekali cas.

Platform LFP digunakan lebih selamat, tahan lama, mesra alam dan bebas penggunaan mineral intensif seperti kobalt dan nikel.

Keselamatan, Bantuan Pemandu

XPENG G6 2025 dilengkapkan pakej pemanduan pintar seperti:

  • Stereng kapasitif mikrofiber
  • Kawalan Jelajah Pintas (ACC) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Parkir automatik
  • Cip pemanduan prestasi tinggi untuk respons pantas
  • Bateri dilindungi struktur keselamatan bertaraf armor balistik, tahan suhu hingga 1,000˚C dan tekanan sisi hingga 80 tan
  • Jangka hayat bateri dilanjutkan 30 peratus

Waranti, Servis

XPENG G6 lancar di Malaysia

Setiap pembelian dipakejkan dengan:

  • Waranti pengilang LIMA tahun atau 120,000 km
  • Servis dan penyelenggaraan percuma LIMA tahun atau 100,000km
  • Waranti pek bateri LAPAN tahun atau 160,000km
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Elektrik SUV EV SUV Segmen-C XPENG G6 XPENG G6 2025 XPENG Malaysia
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

    07/04/2026
    Aksesori

    Honda ZR-V 2026 dengan kit Mugen!

    07/04/2026
    PHEV

    Denza B8 Kini Buka Pendaftaran Minat, SUV Off-Road Premium Bakal Tiba di Malaysia

    06/04/2026
    Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
    Roda4

    #NYIAS2026: Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

    05/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.