Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SUV 7-Kerusi Volkswagen Tiguan Allspace Lancar di Malaysia, Harga Mula RM165k!
Auto Terkini

SUV 7-Kerusi Volkswagen Tiguan Allspace Lancar di Malaysia, Harga Mula RM165k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/08/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi, Tiguan Allspace serba baharu dalam dua varian, iaitu:

  • Tiguan Allspace R-Line 2.0TSI
  • Tiguan Allspace Highline 1.4TSI

Kedua-dua varian tersebut ialah model pemasangan tempatan (CKD) yang dikeluarkan dari kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.

Tiguan Allspace R-Line
Tiguan Allspace Highline

Allspace ialah versi Tiguan dengan jarak roda lebih panjang yang menjadikan ia SUV serba luas. Ini memberikan versatliti dari segi konfigurasi kerusi yang mana tempat duduk baris ketiga boleh dilipat penuh untuk ekstra ruang hingga 700 liter.

Jika tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat pula, ruang tambahan dimiliki ialah 1,775 liter, sekali gus menjadi antara SUV 7-kerusi terbaik menawarkan aspek ruang buat pengguna.

Tiguan Allspace R-Line
Tiguan Allspace Highline

Dengan rekabentuk depan dan belakang tersendiri, bahagian luaran diserlahkan menerusi posisi bonet lebih tinggi bersama garis tajam pada bonet dan bampar untuk penampilan agresif. Ciri pemanduan menggabungkan prestasi dinamik, dan pengalaman off-road sebenar, serta pada masa sama mengetengahkan DNA SUV Volkswagen baharu.

1. TIGUAN ALLSPACE R-LINE

Berpegang teguh kepada legasi R-Line, Tiguan Allspace R-Line ialah varian prestasi dengan kuasa dan tork paling tinggi dalam kelasnya.Mengambil ilham barisan model prestasi tinggi Volkswagen R, varian ini hadir dengan ciri lebih banyak berbanding Tiguan Allspace Highline.

Rekabentuk luaran menampilkan gaya sporty menerusi bampar depan dan belakang R-Line, garis pada panel sisi depan, ekzos kembar dan spoiler serta disempurnakan dengan rim aloi Sebring 19 inci.

Ruang dalaman dilengkapkan teknologi terkini seperti kluster instrumen Digital Cockpit dan sistem infotainment dengan fungsi navigasi Discover Pro 9.2 inci. Juga disediakan sistem konektiviti terbina dalam seperti Apple Carplay, Android Auto, dan Mirrorlink dengan ciri kawalan suara dan gestur untuk fungsi bebas tangan sepenuhnya.

Selain kerusi elektrik kulit Vienna 12-tetapan di depan, ruang kabin varian R-Line ini dihiaskan lencana R-Line pada kerusi, stereng, pedal sport aluminium tahan karat, plat pelindung aluminium di depan dan belakang, kemasan dekoratif ‘Dark Grid’ dan bumbung hitam.

Tiguan Allspace R-Line ialah SUV yang menawarkan ruang, keselesaan dan prestasi. Aspek mekanikal  dijana enjin turbo suntikan terus 2.0TSI dengan transmisi klac basah direct shift 7-kelajuan (DSG) yang meledakkan kuasa setinggi 218hp dan tork 350Nm, sekali gus menjadikan model ini sebagai SUV paling berprestasi dalam segmennya.

Sistem pacuan menggunakan pacuan semua roda 4MOTION, sama seperti dipasangkan pada Golf R, yang membantu menambah baik aspek cengkaman, pecutan dan keupayaan off-road menerusi agihan kuasa seimbang pada keempat-empat roda apabila diperlukan.

4MOTION berfungsi dengan sistem keselamatan aktif sedia ada seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Program Stabiliti Elektronik (ESP) dan Kawalan Turun Bukit (HDC). Juga hadir dengan ciri kawalan casis dinamik Dynamic Chassis Control (DCC) bersama mod pemanduan Driving Mode Selection untuk pengendalian lebih spesifik menerusi 15 gaya pilihan dan empat mod pemanduan: Comfort, Normal, Individual dan Off-Road.

Setiap unit absorber dihubungkan dengan sistem yang mampu mengira data daripada sensor untuk talaan optimum yang dipadankan dengan keperluan dan kecenderungan pemandu. HDC pula, yang juga sebahagian daripada sistem 4MOTION, menawarkan ciri keselamatan tambahan untuk kawalan pemanduan off-road apabila mod Off-Road diaktifkan.

Ini bagi memastikan kenderaan bergerak pada kelajuan stabil dan terkawal ketika menuruni bukit.

2. TIGUAN ALLSPACE HIGHLINE

Tiguan Allspace Highline serba baharu pula dilengkapi lampu utama dan lampu belakang LED penuh, rim Kingston 18 inci dan lampu kabus di depan dan belakang.

Ruang kabin hadir dengan upholsteri kulit Vienna dengan kerusi elektrik 12 tetapan untuk pemandu dan sistem penyaman udara 3 zon. Stereng multifungsi dibalut kulit dengan pedal syif dan ciri kawalan jelajah membuatkan pemanduan SUV ini cukup menyeronokkan.

Tiguan Allspace Highline dijan enjin turbo suntikan terus 1.4TSI dengan transmisi klac basah direct shift 6-kelajuan (DSG). berkuasa 148hp dan tork 250Nm dengan penggunaan bahan api sekitar 7.3 liter per 100km.

Ruang kabin juga dilengkapkan kluster instrumen Digital Cockpit 11.7 inci dengan paparan TFT resolusi tinggi dalam paparan grafik 2D dan 3D untuk fungsi navigasi dan media.

Skrin dengan enam pandangan boleh ubah menawarkan aspek personalisasi ke tahap baharu dengan lebih 30 pilihan kombinasi. Ciri lain termasuklah pilihan konektiviti menerusi unit infotainment skrin sentuh Composition Media 8 inci yang menyokong kamera belakang, dan menu kenderaan yang lengkap.

Ciri keselamatan utama terdiri daripada enam beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Bantuan Brek (BA), brek multiperlanggaran (MCB), Sistem Respons Rempuhan Pintar (ICRS), Brek Parkir Elektronik (EPB) dan kawalan pegun bukit (HHC).


WARNA DAN HARGA

Tiguan Allspace Highline dan Tiguan Allspace R-Line didatangkan dalam warna:

  • Blue Silk (biru)
  • Pure White (putih)
  • Deep Black (hitam)
  • Platinum Grey (kelabu)
  • Pyrite Silver (perak)

Tiguan Allspace Highline serba baharu ditawarkan pada harga atas jalan RM165,000.75, manakala harga atas jalan Tiguan Allspace R-Line ialah RM209,575.79, termasuk pengecualian cukai jualan diumumkan Kerajaan hingga 31 Disember tahun ini.

Setiap pembelian dipakejkan bersama servis percuma selama 3 tahun, dan waranti tanpa had perbatuan dan bantuan jalanan 5 tahun. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web www.volkswagen.com.my

GALERI
VOLKSWAGEN TIGUAN ALLSPACE R-LINE
Tiguan Allspace R-Line
Tiguan Allspace R-Line
VOLKSWAGEN TIGUAN ALLSPACE HIGHLINE
Tiguan Allspace Highline
Tiguan Allspace Highline

 

4MOTION Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Volkswagen Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Volkswagen Tiguan Allspace Volkswagen Tiguan Allspace Highline Volkswagen Tiguan Allspace R-Line vw
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.