Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Suspek Kemalangan Ceroboh Kereta Sebelum Rempuh Maut Penuntut UniSZA
Auto Terkini

Suspek Kemalangan Ceroboh Kereta Sebelum Rempuh Maut Penuntut UniSZA

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEORANG penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut dalam satu kemalangan tragis di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu, Isnin lalu, selepas sebuah Honda Jazz dipercayai dipandu pada kelajuan tinggi melanggar kenderaan mangsa.

Siasatan awal polis mendapati, pemandu Honda Jazz terbabit disyaki memecut laju selepas menceroboh sebuah kereta yang diparkir berhampiran Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), sebelum kemalangan berlaku.

Pecah Masuk Honda City Sebelum Kemalangan

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, suspek lelaki berusia 32 tahun itu disyaki menceroboh masuk sebuah Honda City yang diparkir berhampiran kawasan stadium berkenaan.

Suspek dipercayai mencuri beberapa barangan peribadi termasuk wang tunai berjumlah RM200 sebelum kembali ke keretanya.

Pemanduan Berbahaya Dipercayai Punca Utama

Selepas kejadian pecah masuk itu, suspek masuk semula ke dalam Honda Jazz dan memecut laju sebelum terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa seorang pelajar UniSZA,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis mengesahkan pemilik Honda City sudah tampil membuat laporan bagi membantu siasatan mengenai kes pecah masuk tersebut.

Pemilik Honda City Tampil Perjela Kekeliruan

Sementara itu, pemilik Honda City, Mohd Hanafi Mamat, 29, menafikan dakwaan keretanya terlibat dalam kemalangan maut berkenaan.

Beliau berkata, kekeliruan timbul berikutan penularan video di media sosial yang mengaitkan keretanya dengan insiden tersebut.

Kenderaan Tidak Dicuri, Hanya Barang Hilang

Menurutnya, pada hari kejadian, beliau secara tidak sengaja tertinggal kunci dan beberapa barangan peribadi di dalam kereta yang diparkir berhampiran stadium.

Hasil semakan rakaman kamera papan pemuka dan CCTV menunjukkan seorang individu memasuki kereta saya dan mengambil barangan peribadi, tetapi kenderaan tidak dibawa lari,” katanya.

Honda Jazz Milik Individu Sama Terbabit Kemalangan

Mohd Hanafi menjelaskan, individu yang menceroboh keretanya adalah orang sama yang terlibat dalam kemalangan, tetapi kenderaan terbabit ialah Honda Jazz milik adik suspek.

Saya tiada kaitan dengan kemalangan itu dan Honda City saya tidak terlibat dalam insiden di persimpangan lampu isyarat tersebut,” katanya.

Mangsa Maut di Lokasi Kejadian

Dalam insiden kira-kira jam 1.35 petang itu, mangsa, Syakirah Hanan Mazli, 25, yang juga pelajar Semester 2 Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari UniSZA, disahkan maut di lokasi kejadian.

Kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa dirempuh Honda Jazz yang dipercayai dipandu secara berbahaya.

Kes Disiasat, Isu Keselamatan Jalan Raya Dibangkitkan

Jenazah Allahyarham selesai menjalani bedah siasat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum dikebumi pada malam sama.

Kes kini disiasat lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan menilai elemen pemanduan berbahaya, sekali gus mengingatkan kepentingan disiplin pemanduan dan keselamatan pengguna jalan raya.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini kemalangan maut Pecah masuk kereta Penuntut UniSZA Simpang empat
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.