Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»#SUPERGT2026: Perlumbaan GT Jepun Kembali ke Sepang, Tiket Pusingan Tiga Kini Dijual
Sukan Permotoran

#SUPERGT2026: Perlumbaan GT Jepun Kembali ke Sepang, Tiket Pusingan Tiga Kini Dijual

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam02/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PEMINAT Perlumbaan Grand Touring (GT) Jepun kini boleh mula merancang kalendar Jun mereka apabila tiket Pusingan 3 2026 AUTOBACS SUPER GT di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, dari 19 hingga 21 Jun, rasmi dibuka untuk jualan bermula hari ini. Lebih menarik, promosi Early Bird membolehkan peminat menyaksikan aksi kelas GT utama Jepun dengan harga serendah RM80.

Untuk tempoh terhad, tiket Grandstand K1 (Selekoh 1) ditawarkan pada harga RM80 berbanding harga biasa RM100. Grandstand Utama pula dijual pada harga promosi RM200 berbanding RM250. Ini peluang terbaik untuk menyaksikan deruman jentera GT500 dan GT300 dari lokasi strategik tanpa perlu berbelanja besar.

Pilihan Hospitaliti, Dari Suite Hingga Pakej VVIP

Bagi mereka yang mahukan pengalaman lebih eksklusif, penganjur menyediakan beberapa pilihan hospitaliti premium. GT Club Suite ditawarkan dari RM450 seorang (perkongsian suite) sehingga RM30,000 untuk satu suite eksklusif yang boleh memuatkan sehingga 70 tetamu. Pemegang pas GT Club Suite dan GT Suite turut menikmati akses pitlane walk.

GT Paddock Club pula berharga RM2,000 dan hadir dengan akses pitlane serta grid walk. Experience Package bernilai RM5,000 menambah pengalaman Safari Litar menaiki bas khas di atas trek bersama jentera GT. Untuk pengalaman paling lengkap, Dream Package (RM15,000 untuk dua orang) dan VVIP Package (RM50,000 untuk dua orang) merangkumi semua keistimewaan termasuk taxi ride serta lawatan pit eksklusif.

Lebih Daripada Perlumbaan – Festival Budaya Jepun

Acara ini dianjurkan oleh HARO Sports & Entertainment selaku pemegang hak dan promoter pusingan Malaysia, bersama Nihon Matsuri sebagai penganjur bersama SUPER GT Malaysia Festival. Selepas kembali ke Malaysia tahun lalu dengan kehadiran hampir 76,000 penonton sepanjang hujung minggu perlumbaan, edisi 2026 dijanjikan lebih meriah dengan gabungan aksi trek bertaraf dunia dan festival budaya Jepun.

Sepanjang hujung minggu, pengunjung bukan sahaja disajikan perlumbaan sengit, malah turut berpeluang menikmati pelbagai pilihan makanan Jepun, persembahan kebudayaan dan aktiviti interaktif yang menjadikan tiket perlumbaan ini ibarat pas masuk ke sebuah karnival automotif dan budaya.

ALEPS Ekiden: Larian Malam Unik di Sepang

Antara tarikan baharu yang sudah disahkan ialah ALEPS Ekiden, larian berganti-ganti diinspirasikan daripada konsep tradisional Jepun ‘Ekiden’. Dianjurkan Alumni Look East Policy Society (ALEPS), acara ini berlangsung pada 20 Jun dalam format larian malam.

Setiap pasukan terdiri daripada empat pelari, dengan setiap peserta menamatkan satu pusingan penuh 5.543km di Sepang sebelum menyerahkan ‘Tasuki’ (selempang larian) kepada rakan sepasukan. Suasana trek yang diterangi lampu serta atmosfera hujung minggu perlumbaan antarabangsa dijangka memberi pengalaman unik kepada peserta.

Aksi Sokongan di Trek

Selain perlumbaan utama SUPER GT, hujung minggu tersebut turut menampilkan Toyota GAZOO Racing Vios Challenge, siri one-make yang menghimpunkan pelumba profesional, amatur dan bakat muda dalam jentera Toyota Vios spesifikasi sama. Turut membuat penampilan ialah ASEAN GR86 Cup yang kini diperluaskan penyertaannya ke peringkat serantau.

Penganjuran edisi 2026 juga selari dengan sambutan Visit Malaysia Year 2026 dan Visit Selangor 2026, serta mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Tourism Selangor. Tiket boleh dibeli menerusi rakan jualan rasmi acara ini melalui excitix.com.my dan  supergtmalaysia.com

2026 SuperGT asean gr86 cup Autobacs SuperGT Litar Antarabangsa Petronas Sepang sukan permotoran Toyota Gazoo Racing Vios Challenge
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walau Belum Raih Mata

02/03/2026
Sukan Permotoran

#MotoGP2026 Aprilia Juara Musim Pembukaan, Marquez Bersara Awal

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.