• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Supercharger vs Turbocharger [SIRI 1]: Kenali Makna, Beza dan Mana Satu Lebih Baik?

Supercharger vs Turbocharger [SIRI 1]: Kenali Makna, Beza dan Mana Satu Lebih Baik?

April 20, 2016 By Azhan O 9 Comments

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda meluangkan masa melihat deskripsi enjin, anda mungkin terperasan mengenai terma supercas (supercharger) dan pengecas turbo (turbocharger). Kedua-dua komponen dikatakan mampu membantu melonjakkan kuasa enjin dengan menjadikan kereta anda sebuah jentera berprestasi tinggi dengan kelajuan hebat. Misalnya Subaru WRX.

Walaupun ramai peminat kereta mungkin sudah biasa dengan peranti ini, tetapi tidak semua dapat memberikan perbezaan tentang bagaimana kedua-duanya bekerja. Menerusi artikel santai kali ini, kami akan membantu anda mengenal pasti dan memahami terma supercharger dan turbocharger secara pantas.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Minyak Enjin Kereta Anda Kena Tukar Cepat!

* Bagi memudahkan pemahaman, terma Inggeris untuk turbocharger dan supercharger akan digunakan selepas ini:

APAKAH ITU SUPERCHARGER DAN TURBOCHARGER?

Enjin Supercharge
Enjin Supercharge
Enjin Turbocharge
Enjin Turbocharge

Supercharger dan turbocharger ialah sistem induksi paksaan, di mana aliran udara dimampatkan ke dalam enjin. Udara padat itu membolehkan enjin memadatkan lebih udara dan bahan api ke dalam setiap silinder, sekali gus membuatkan setiap proses pembakaran lebih berkuasa.

Kehadiran dua sistem itu menjadikan enjin lebih berkuasa berbanding enjin standard. Secara purata, sistem ini menyuap lebih 50 peratus udara ke dalam enjin. Jika mengambil kira dunia tanpa hukum termodinamik, anda boleh menterjemahkannya sebagai enjin dengan 50 peratus ekstra kuasa. Tetapi dalam dunia prestasi sebenar pula, peningkatan kuasa berlaku antara 30 hingga 40 peratus.

APAKAH PERBEZAAN SUPERCHARGER DAN TURBOCHARGER?

Secara teknikal, fungsi dua peranti itu hampir serupa. Perbezaan utama terkandung pada bekalan kuasa yang digunakan untuk memampatkan udara.

Supercharger disambung terus kepada enjin menerusi satu tali sawat (belt) dan menggunakan sedikit tenaga enjin untuk mendapatkan kuasa.

Turbocharger pula memampatkan udara menerusi satu turbin khas yang dipasang dalam sistem ekzos kenderaan untuk menangkap tenaga buangan enjin.

MANA SATU LEBIH BAIK?

Turbocharger beroperasi lebih efisien dan menghasilkan prestasi lebih baik pada kelajuan enjin tinggi, tetapi kuasa lonjakan (boost) daripada turbocharger tidak dicapai serta-merta. Pemasangan turbocharger juga lebih rumit.

Supercharger beroperasi baik pada kuasa enjin rendah, tetapi tidak secekap turbocharger dan juga lebih mahal. Sebaliknya, supercharger lebih mudah dipasang.

BACA >>> Honda Civic Type R Seterusnya Mungkin Hibrid, Guna Konfigurasi Enjin NSX!


enjin-supercharge-turbocharge

Sesetengah kereta menggunakan supercharger dan turbocharger, di mana satu pengawal elektronik akan saling menukar fungsi kedua-dua sistem. Sistem supercharger digunakan pada awal kuasa lonjakan, dan bertukar kepada turbocharger apabila mencapai kelajuan operasi optimum. Apa yang pasti, supercharger dan turbocharger sangat berkesan untuk melonjakkan output enjin. Peranti mana yang sesuai adalah bergantung kepada apa anda mahukan daripada enjin anda.

Related

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, enjin kereta, pengecajlampau, pengecajturbo, supercharge, teknologi automobil, turbocharge, twincharger

Comments

  1. khairul says

    September 22, 2016 at 4:35 PM

    Terbaik mengenai info supercharge dan turbocharger.bolehkah pihak tuan senaraikan nama kedai/bengkel dimana boleh kita dapatkan sistem ni. pada saya agak sukar untuk dapatkan sistem ni dipasaran serta bengkel yg boleh memberikan perkhidmatan pemasangan sistem ni

    Reply
  2. shahrul zamani b sawai says

    November 29, 2017 at 12:15 AM

    saya adalah peminat supercharger dan turbocharger digabungkan sekali dalam pemasangan satu enjin.tapi yang menjadi keraguan saya adalah untuk mencari mekanik yg betul2 berpengetahuan tinggi untuk pemasangan enjin kereta saya demi keselamatan enjin kereta saya........

    Reply
    • Sky says

      July 9, 2019 at 9:36 PM

      Swap enjin volkswagen trus boss.... ape de hal... menatang tu dtg twincharging dah.... hahahaha....

      Reply
  3. Excel says

    September 11, 2019 at 11:38 AM

    Ibarat 4-1 (turbo) 4-2-1 (supercas) sebab turbo ngn 4-1 sma operasi msa high RPM 4-2-1 sama cam supercas operasi pda RPM rendah-ptengahan.

    Reply
  4. Din says

    November 20, 2019 at 2:38 PM

    Salam Abg admin, kereta apa yg mnggunakan double charge skali gus tu???

    Reply
    • AO says

      November 20, 2019 at 10:14 PM

      VW TSI

      Reply
      • Din says

        November 21, 2019 at 7:32 PM

        TQvm bro...

        Reply
  5. ADRIAN says

    August 20, 2020 at 4:15 AM

    salam admin nak tanye kereta saye dah ada turbo kalau pasang super charger boleh ke?? apa di panggil kalau dah pasang dua2 ni

    Reply
  6. Muhammad Syukri says

    January 13, 2021 at 6:23 AM

    Kereta awak dah pakai turbo pengecasan kalau nak pakai supercharge cukup ke ruang bonet enjin. Turbo pengecasan ia berkaitan wastegate blower off turbo. Ia tak boleh dicantumkan sebab ia punya fizikal yang berbeza supercharge selalu main kereta USA dan Euro manakala turbo pengecasan dimainkan di Asia tenggara dan Asia timur.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev