• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru Outback (2020) Debut dengan Enjin Turbo dan Skrin Besar

Subaru Outback (2020) Debut dengan Enjin Turbo dan Skrin Besar

April 19, 2019 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


SUBARU Outback (2020) debut di Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2019 dengan menawarkan dua pilihan enjin boxer 4-silinder 2.5L  (182hp, 238Nm) dan 2.4L pengecas turbo (260hp, 375Nm). Kedua-dua enjin dipadankan transmisi variabel berterusan (CVT) dan teknologi pemvektoran tork bagi meningkatkan prestasi pengendalian.

Outback (2020) juga akan menawarkan versi dua peringkat X-Mode untuk membantu crossover pacuan semua roda (AWD) itu mengatasi pelbagai kondisi rupa bumi dan cuaca. Model ini turut dilengkapkan dengan pakej keselamatan EyeSight sebagai standard, terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Tukar Lorong dan Lencong (LDSW) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan sistem migitasi pemanduan, DriverFocus.

BACA >>> Previu: Subaru Outback (2015) - RM224.846.30

Teknologi ACC  dipakejkan untuk Outback (2020) ialah versi baharu yang dapat mengikuti tanda jalan dan kenderaan depan. Juga dipasangkan kamera hadap depan untuk membantu crossover ini berdepan situasi off-road, termasuk bantuan parkir.

RATING KESELAMATAN TERBAIK

subaru-outback-2020-usa-6
subaru-outback-2020-usa-3
subaru-outback-2020-usa-4

Mengambil kira hampir semua model Subaru mendapat Top Safety Pick+, iaitu rating terbaik dalam penilaian Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), Outback (2020) sepatutnya tiada masalah untuk jadi model terbaik dalam segmennya.

Ruang dalaman menunjukkan usaha Subaru untuk memberikan kabin premium yang dapat dilihat pada campuran material baik dan kemasan trim. Skrin sentuh besar terpapar di depan dan tengah papan pemuka, sama seperti dimiliki Legacy yang debut di Pameran Auto Chicago.

Namun, Global Platform baharu membolehkan Outback (2020) memiliki ruang kargo lebih luas dan praktikal. Cermin juga diluaskan untuk memberikan lebih kejelasan. Juga ada sistem buka but tanpa sentuh dengan hanya melambaikan tangan di depan logo Subaru selain penutup kargo retrak satu sentuhan baharu.

Outback (2020) juga lebih senyap dan lancar berbanding generasi terdahulu, termasuk memiliki pengendalian  lebih baik dan responsif. Kredit patut diberikan kepada usaha Subaru dalam mengoptimumkan platform baharu untuk menjadikan ia lebih kuat dan rigid.

BACA >>> 13 Fakta Pantas: Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight®, di Malaysia Tahun Depan

Model ini dijangka berada di pasaran Amerika menjelang musim luruh ini, iaitu sekitar September 2019.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Subaru, Subaru Outback (2020), SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia
    FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my