Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru Forester 2.5 2025 Buka Tempahan, Tampil dengan Ekstra Kuasa, Selesa dan Selamat
Roda4

Subaru Forester 2.5 2025 Buka Tempahan, Tampil dengan Ekstra Kuasa, Selesa dan Selamat

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam13/11/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Subaru Forester 2.5 buka tempahan di Malaysia

PENGEDAR kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd membuka tempahan kenderaan utiliti sukan (SUV), Subaru Forester 2.5 2025 generasi terkini yang dibina untuk pengembaraan tanpa kompromi.

Direka berasaskan falsafah ‘Engineered for Everywhere, Built for Adventures’, model itu menampilkan gabungan prestasi, teknologi keselamatan generasi baharu, dan keselesaan premium.

Pelancaran itu turut meneruskan manifesto jenama Subaru, ‘One Life. One Subaru.’ yang menekankan kenderaan bukan sekadar pengangkutan, tetapi rakan perjalanan yang dipercayai sepanjang fasa kehidupan.

Japan Premium Line: Ekspresi Tertinggi Kejuruteraan Subaru

Subaru Forester 2.5 2025 - Japan Premium Line

Subaru Forester 2.5 2025 ialah model utama dalam Japan Premium Line, iaitu pilihan eksklusif yang membawa terus kualiti dan teknologi dari Jepun ke pasaran Malaysia. Ada tiga tonggak utama Japan Premium Line, iaitu:

  • Kemuncak Kejuruteraan Jepun: Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Setiap Forester menerima tahap persiapan dan ketepatan tertinggi yang mencerminkan budaya ‘perhatian terhadap perincian’ dalam industri automotif Jepun
  • Inovasi Tanpa Kompromi: Model import itu membolehkan pelanggan menikmati teknologi keselamatan dan perkembangan trenkuasa terkini lebih awal, yang memastikan kekal selangkah maju berbanding pesaing
  • Kraf dan Perincian Premium: Menawarkan suasana kabin dengan material kualiti tinggi, padanan kawalan tepat, dan pendekatan ‘Omotenashi’ yang menghasilkan pengalaman pemanduan yang selesa dan asli

Prestasi Dipertingkat: Lebih Responsif, Lebih Dinamik

Subaru Forester 2.5 2025

Subaru Forester 2.5 baharu menampilkan enjin dan sistem pemanduan dinaik taraf:

  • Enjin 2.5L FB25 baharu: Lebih responsif dan lebih bertenaga
  • Transmisi TR58 Lineartronic baharu: Tambahan gear meningkatkan pecutan dan kecekapan bahan api
  • Stereng kuasa elektrik (EPS) Dual Pinion: Stereng lebih pantas, lebih sporty dan lebih mudah dikawal
  • Talaan brek dipertingkat: Memberikan fiil pemanduan lebih terkawal

Dinamik Pemanduan, Keupayaan Tanpa Kompromi

Subaru Forester 2.5 2025

Dibina atas Platform Global Subaru (SGP) dipertingkat, Subaru Forester 2.5 menawarkan kestabilan dan keselesaan lebih baik.

  • Ketegapan casis +10 peratus: Penggunaan frem dalaman (inner frame) dan pelekat struktur (structural adhesive) untuk mengurangkan getaran
  • Suspensi direka khas: Menambah baik keselesaan dan kawalan
  • Symmetrical All-Wheel Drive (SAWD): Sistem pacuan semua roda (AWD) Subaru legenda yang dapat menyesuaikan kuasa secara terus
  • Jarak tinggi bumi 220mm: Memastikan prestasi mantap atas jalan tidak berturap
  • Dwi-fungsi X-MODE dan Kawalan Turun Bukit (HDC): Memudahkan kawalan di laluan sukar
  • SI-DRIVE: Mod pemanduan pintar Intelligent untuk penjimatan, dan Sport untuk pecutan pantas

Kabin Premium, Praktikal dan Berteknologi

Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
  • Forester 2.5 menawarkan ruang kabin moden dengan sentuhan minimalis Jepun
  • Rekaan ergonomik dengan tempat duduk dibangunkan bersama pusat perubatan Jepun bagi mengurangkan efek keletihan
  • Kerusi pemandu boleh laras 10-tetapan dengan sokongan lumbar
  • Unit infotainmen 11.6 inci definisi tinggi (HD) penuh sebagai pusat kawalan utama
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles, dengan pengecas wayarles Qi
  • Port USB Type-A dan Type-C di depan dan belakang
  • Ruang but fleksibel dan pintu but elektrik bebas tangan

Keselamatan Subaru Dipertingkat

Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025

Subaru Forester 2.5 mengekalkan reputasi Subaru sebagai antara SUV paling selamat di pasaran dengan ciri lapan beg udara SRS, termasuk beg udara kusyen tempat duduk penumpang depan, dan ditambah frem diperkuat bentuk cincin (Ring-shaped Reinforcement Frame) bagi memastikan perlindungan kabin bertaraf tinggi.

Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025

Perincian EyeSight 4.0 generasi baharu dengan kamera sudut lebar untuk pengesanan lebih luas. Sistem Henti Pemanduan Kecemasan (EDSS) membantu menghentikan kenderaan secara automatik jika pemandu tidak memberikan respons. Sistem Pemantauan Pemandu (DMS) pula memantau situasi keletihan dan fokus pemandu.

Akhir sekali, Monitor Multi Pandangan (MVM) 360°, Brek Automatik Untuk (RAB) dan Pemvektoran Tork Aktif (ATV).

Rekabentuk Luar Berani, Menggoda

Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025

Subaru Forester 2.5 baharu tampil dengan imej tegap dan moden:

  • Gril baharu lebih garang dan lampu LED bentuk C
  • Gerbang roda maskular dengan rim aloi 18 inci
  • Rupa belakang moden dengan tulisan FORESTER timbul
  • Tersedia dalam warna baharu seperti River Rock Pearl (kelabu), Cashmere Gold Opal (emas) dan Daybreak Blue Pearl (biru).

Subaru Forester 2.5 baharu ditawarkan sebagai Forester 2.5i-S EyeSight di bawah Japan Premium Line pada harga indikatif bermula RM221,500. Harga rasmi dan spesifikasi penuh boleh menghubungi pengedar sah Subaru berhampiran.

Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester 2.5 2025
Subaru Forester Subaru Forester 2.5 2025 Subaru Forester 2.5i-S EyeSight subaru malaysia SUV SUV Subaru
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.