• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru Crosstrek (XV) 2025 Diperkenal di Jepun dengan Enjin 2.0 e-Boxer, Harga Mula RM90k

Subaru Crosstrek (XV) 2025 Diperkenal di Jepun dengan Enjin 2.0 e-Boxer, Harga Mula RM90k

September 14, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

BERMULA generasi ketiga, Subaru menggugurkan nama XV dan hanya menggunakan Crosstrek.

Diperkenal pada September 2022, Crosstrek sudah memasuki pasaran Amerika Utara, Jepun, Britain dan negara jiran seperti Indonesia, dan Filipina serta khabarnya Thailand pada 2025 dalam versi hibrid ringan (MHEV) e-Boxer.

Dilancar di Jepun pada Disember 2022, Subaru sudah bersedia dengan model 2025.

Sebelum berkongsi lanjut, selain sistem pacuan Symmetrical All-Wheel Drive yang menjadi identiti Subaru, Crosstrek turut ditawarkan dalam pacuan roda depan (FWD).

tawaran itu dibuat bagi menyediakan Crosstrek untuk kategori pelanggan lebih luas. Memilih Crosstrek di Jepun tidak sukar kerana ada dua varian utama saja,  iaitu Touring dan Limited yang kemudian dibahagi kepada pacuan FWD atau AWD.

Kedua-dua varian dijana enjin 2.0L e-Boxer dan kotak gear CVT Lineartronic. Model AWD mempunyai X-Mode dalam dua pilihan dan kawalan penurunan cerun.

Enjin menghasilkan 145ps @ 6,000rpm dan tork 188Nm @ 4,000rpm, manakala motor elektrik pula berkuasa 10kW (13.6ps) dan 65Nm.

Pada bahagian dalaman, butang Auto Vehicle Hold (AVH) ditempatkan pada paparan utama skrin infotainment. Sistem Subaru Starlink mempunyai fungsi baharu, iaitu kawalan jauh penyaman udara dan nyalaan kecemasan untuk carian kereta.

Masih baharu, perubahan dibuat tidak besar dan pelanggan ditawarkan warna baharu, Daybreak Blue Pearl.

Varian dan harga Subaru Crosstrek (2025)

Touring
  • FWD: 2,931,500 yen (RM89,520)
  • AWD: 3,162,500 yen (RM96,570)
Limited
  • FWD: 3,234,000 yen (RM98,750)
  • AWD: 3,135,000 yen (RM95,740)

Mengenai pasaran tempatan, satu lagi perkhabaran ialah model baharu Subaru akan dibawa terus dari Jepun. Dua generasi XV dipasang di Segambut dan turut dieksport ke luar negara.

Bilakah masanya? Perlu tunggu berita dari Tan Chong.

Subaru Crosstrek 2025 Jepun.01
Subaru Crosstrek 2025 Jepun.07
Subaru Crosstrek 2025 Jepun.02
Subaru Crosstrek 2025 Jepun.04
Subaru Crosstrek 2025 Jepun.03
Subaru Crosstrek 2025 Jepun.05
Subaru Crosstrek 2025 Jepun.06

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Subaru, Subaru Crosstrek, Subaru XV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev