• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Struktur Besi Papan Tanda Penghadang Jalan Hempap Lori, Bapa Dua Anak Terkorban

Struktur Besi Papan Tanda Penghadang Jalan Hempap Lori, Bapa Dua Anak Terkorban

September 29, 2022 By Shawkath Leave a Comment

786
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PEMANDU lori yang juga bapa kepada dua anak dilaporkan meninggal dunia selepas dihempap struktur besi papan tanda penghadang jalan di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Mangsa, S. Kumaravelan, 48, mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Insiden berlaku kira-kira jam 3.15 petang di Persiaran Paya Terubong 2.

Portal MalaysiaGazette menyatakan mangsa memandu lori 5 tan yang melebihi had ketinggian di laluan berkenaan dan merempuh papan tanda berkenaan. Impak itu menyebabkan struktur tumbang lalu menghempap bahagian depan lori.

Laporan sama menyatakan laluan itu dipercayai untuk kenderaan ringan dengan had ketinggian tidak lebih 2.6m.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang menyatakan laporan diterima jam 3.20 petang dan setiba di lokasi. ada seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebuah lori.

Mangsa berjaya dikeluarkan jam 3.46 petang. Pasukan perubatan lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk urusan bedah siasat.

Rakan mangsa yang enggan dikenali menyatakan mangsa tinggal di Simpang Ampat, Seberang Perai dan merupakan bapa kepada dua anak.

BACA >>> Penunggang Motosikal Terbabas Masuk Laluan Bertentangan, Maut Diseret Lori Sampah
BACA >>> Video: Pemandu Lori Sempat Lompat Keluar Sebelum Lori Langgar Konkrit

SUMBER: MalaysiaGazette 

Related

786
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Hospital Pulau Pinang, Kemalangan Lori, S. Kumaravelan, Struktur Papan Tanda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my