• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stoner Kongsi Tip Kalahkan Marquez

Stoner Kongsi Tip Kalahkan Marquez

June 16, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


CASEY Stoner meninggalkan MotoGP pada 2012 dengan meninggalkan kata-kata yang cukup bermakna; “I’m going to fish.”

Bagi Stoner, sukan pemotoran yang diceburi tiada kaitan dengan minatnya sejak kecil dan beliau lebih selesa duduk di rumah dan melihat sendiri ahli keluarga membesar.

Stoner meninggalkan MotoGP secara tiba-tiba tanpa peminatnya sempat menyaksikan beliau bersaing dengan Marc Marquez. Namun Stoner ada berkongsi tip mengalahkan pelumba Sepanyol itu yang kini sudah menjuarai enam kali kelas premier MotoGP.

BACA >>> Casey Stoner Tarik Diri Jadi Penunggang Uji Honda Sebab Marquez Tak Suka?

casey-stoner-motogp-3
Casey Stoner:Marc Marquez

Menurutnya, Marquez memang pantas dan respons pelumba Repsol Honda itu terhadap kelajuan seakan datang dari planet lain.

Tiada siapa dapat dekat dengan dia. Marquez tiba di MotoGP untuk meneroka had yang tidak pernah diterokai pelumba sebelum ini.

"Mustahil kalahkan dia dengan ikut permainannya. Tiada siapa lebih baik daripada dia buat masa sekarang. Lebih baik cuba cari kelajuan kau sendiri pada beberapa bahagian, lakukan sendiri. Marc juga boleh buat silap.

"Jadi aku rasa apa yang terbaik adalah cuba mendahului dan buat pusingan pantas pada awal perlumbaan supaya dia kejar kau. Dengan bawa mamat tu ke had maksimum, kau akan buat dia tak selesa sangat dan boleh buat silap."

casey-stoner-motogp-1
casey-stoner-motogp-2

Stoner juga kerap diajukan soalan adakah ada dia akan terus bersama Repsol Honda jika dapat menewaskan Marquez.

Orang selalu tanya, adakah aku fikir boleh kalahkan Marc? Jorge Lorenzo, Andrea Dovizioso dan pelumba lain yang aku pernah kalahkan sudah pun mengalahkan dia (Marc). Jadi, aku tak nampak sebab apa aku tak boleh (kalahkan Marc).

"Tetapi ada beberapa perkara sudah berubah dalam MotoGP, Marquez sangat kuat atas trek! Aku juga fikir dia bekerja lebih keras berbanding orang lain, berlatih lebih banyak, dan cuba memperbaiki kelemahan diri lebih banyak daripada pelumba lain. Kalau kau kerja lebih keras daripada lawan kau, hasil akhirnya akan datang."

"Semua pelumba terlalu eksyen, semua orang nak jentera yang dapat serasi dengan mereka. Tetapi sebenarnya lebih mudah ubah diri sendiri. Ubah karakter motosikal perlukan banyak duit dan usaha tanpa ada jaminan kau dapat capai keputusan diharapkan.

"Bagaimanapun, proses menyesuaikan diri boleh jadi lebih cepat dan bermanfaat. Jadi, kalau kau nak kalahkan Marc, kau kena hadapi kelemahan sendiri!"

BACA >>> Tardozzi: Honda Cuma Pedulikan Marquez, Tak Kisah Pasal Nak Bangunkan RC213V

SUMBER: JuniperSports

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 MotoGP, Casey Stoner, Honda, Honda MotoGP (2019), Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marquez, MotoGP 2020, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my