Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Stesen BHPetrol Jalan Genting Klang 1 Kini Ada Pengecas TNB Electron 200kWh
Auto Terkini

Stesen BHPetrol Jalan Genting Klang 1 Kini Ada Pengecas TNB Electron 200kWh

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BHPETROL Malaysia (BHPetrol) dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) merasmikan fasiliti pengecasan elektrik (EC) pertama TNB Electron di stesen minyak BHPetrol Jalan Genting Klang 1 di ibu kota sebentar tadi.

Stesen baharu dengan dua poin pengecas CCS2 itu adalah yang pertama disediakan di stesen minyak BHPetrol di negara ini dan kemudahan itu memulakan operasi pada Januari 2025.

Apa yang menarik ialah kemudahan pengecasan pantas (DC) itu menawarkan kapasiti 200kWh yang merupakan yang kedua untuk jenama TNB Electron di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad berkata, BHPetrol juga akan meluaskan kemudahan itu dengan TNB serta dua lagi operator poin pengecasan (CPO) di dua lagi lokasi pada suku kedua tahun 2025.

Beliau berkata:

BHPetrol berharap usahasama dengan TNB ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Komitmen seumpama ini memerlukan kerjasama erat antara sektor Kerajaan dan swasta bagi memastikan ia dicapai dengan jayanya.”

Hadir sama di majlis itu ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan; Ketua Pegawai Peruncitan TNB, Kamal Arifin A.Rahman; Ketua Pegawai Strategi & Usaha Niaga TNB, Ir. Dr Mohd. Fadzil Mohd. Siam; Ketua Pegawai Operasi BHPetrol, Fardzi Shah Razali; Pengarah Program PMO EV, Wan Ahmad Zam Zam Wan Abd. Wahab serta Pengusaha Stesen BHPetrol Jalan Genting Klang 1, Datuk Juhari Abdul Ghani dan Fara Diana Juhari.

LOKASI PENGECAS EV BHPETROL

Setiap kemudahan EV BHPetrol dilengkapi dua poin pengecasan pantas (DC) berkapasiti 200kWh

  • BHP Jalan Genting-Klang 1 – Kuala Lumpur
  • BHP Lebuhraya Karak-KL – Pahang
  • BHP Rawat & Rehat (R&R) – Perak

Meskipun berkapasiti 200kWh, sekiranya dua kenderaan elektrik (EV) mengecas pada masa sama, aliran kuasa kapasiti setiap kenderaan akan menjadi 100kWh. Harga yang dikenakan untuk pengecasan mengikut kilowat iaitu RM1.50 untuk setiap kWh.

autoterkini BHPetrol Jalan Genting Klang 1 BHPetrol Malaysia Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 Stesen Pengecas
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
    Auto Terkini

    Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

    04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
    Roda4

    #NYIAS2026: Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

    05/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.