• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Spyshot: Suzuki Ertiga (2018) Dilihat Berkeliaran di India

Spyshot: Suzuki Ertiga (2018) Dilihat Berkeliaran di India

January 5, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


SUDAH dua tahun jenama Suzuki bersara dari pasaran Malaysia. Keputusan menjalinkan kerjasama dengan Proton bolehlah dianggap sebagai langkah rasionalisasi kos yang dilakukan pengeluar automotif dari Jepun itu.

Terbaharu, salah satu pengeluar yang menjadi pemegang pasaran automotif terbesar di sebuah negara Asia Selatan membawa khabar terkini dan terhangat. Siapa lagi kalau bukan Suzuki di India.

BACA >>> Enjin Proton Ertiga Kecil, Boleh Ke Naik Genting Highland?

Menurut laporan portal GaadiWaadi, (Maruti) Suzuki Ertiga (2018) dilihat sedang dipandu uji di negara itu, sekali gus memberi petanda awal tentang ketibaan generasi kedua kenderaan pelbagai guna (MPV) tersebut pada tahun ini. Berdasarkan imej intipan berkenaan, bahagian belakang Ertiga dengan kod Maruti YHA itu mengalami perubahan besar dari segi saiz.

* Model generasi pertama Suzuki Ertiga.

Cermin belakang juga lebih landai berbanding model terdahulu, disusuli bentuk bumbung belakang yang kelihatan seperti spoiler. Bahagian lampu belakang juga diberikan perumah lebih besar, manakala lampu henti dilengkapi ciri LED.

BACA >>> Proton Ertiga Lebih Jimat Minyak & Berbaloi? Jom Dengar Apa Kata Media...

Perincian pilar-D juga sedikit berbeza, memberi gambaran kepada bumbung terapung seperti mana pesaing lain. Ertiga baharu itu juga dikatakan menggunakan platform terkini Suzuki, dipanggil HEARTECT. Kelebihan teknologi casis tersebut menjadikan berat kenderaan lebih ringan selain jarak roda lebih panjang  yang menyumbang kepada keluasan kabin.

Platform itu juga lebih kukuh kerana menggunakan bahan keluli berkekuatan tinggi. Hasilnya kereta yang dibangunkan lebih rigid dan kuat serta pusat graiviti (CoG) lebih rendah. Suzuki Ertiga (2018) khabarnya akan hadir di India pada Ogos tahun ini.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ertiga, India, Maruti, Maruti Suzuku Ertiga, MPV, Proton, Roda4, Suzuki, Suzuki Ertiga, Suzuku Ertiga (2018)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)
    #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my