• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Spyshot: KTM Super Duke GT (2019) Sedang Diuji, Tampil Perubahan Minor

#Spyshot: KTM Super Duke GT (2019) Sedang Diuji, Tampil Perubahan Minor

April 23, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


JURUGAMBAR MCN yang bersembunyi di sebalik belukar berhampiran kilang KTM di Austria sekali lagi mendapatkan imej spyshot model sport tourer, Super Duke GT (2019). Apa yang dapat dilihat, perincian perubahan kali ini tidak begitu ketara, tetapi tetap ada penambahbaikan dilakukan KTM untuk versi 2019.

Secara kasar, perubahan boleh dilihat pada rupa depan baharu dengan lampu 'baboon's bum' (punggung babun?) terpisah dan visor pengadang angin lebih tinggi dan lebar yang memberikan lebih kesan aerodinamik, termasuk melindungi penunggang daripada rintangan angin.

Kawasan depan juga lebih gemuk, bermula kowl lampu depan baharu dan pelindung radiator. KTM juga memasang frem tambahan dengan frem sisi belakang tertera lambang SW Motech sebagai pelindung kemalangan. Ada kemungkinan frem itu ditawarkan sebagai komponen asal atau aksesori rasmi.

BACA >>> KTM 1290 Super Duke GT - Jentera Pengembaraan

Di sebalik tambahan paparan TFT baharu besar, kelihatan braket apit-bar (bar-clamp) yang kini disertakan bersama cagak satnav untuk tujuan navigasi. Ada juga disematkan material gentian karbon pada penutup radiator dan panel pelindung tangki.

Bahagian lain seperti suspensi, roda dan subfrem kekal sama seperti model GT sedia ada, manakala enjin 1301cc V-Twin dipercayai turut tidak berubah walaupun pakej elektronik dijangka dinaik taraf kepada spesifikasi terkini.

KTM Super Duke GT (2019) dijangka didedahkan secara rasmi pada penghujung 2018 dan di pasaran seawal 2019.

SUMBER: MCN

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: KTM, KTM Super Duke GT (2019), KTM Superduke, sport tourer, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my