• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Kelibat Nissan Terra Dikesan di Thailand, Malaysia Bakal Menyusul?

#Spyshot: Kelibat Nissan Terra Dikesan di Thailand, Malaysia Bakal Menyusul?

March 6, 2018 By AI 4 Comments

FacebookTwitter


NISSAN khabarnya bakal melancarkan model terbaharu, Nissan Terra di Thailand pada pertengahan kedua tahun ini. Foto spyshot yang tersiar dalam forum Headlightmag mendedahkan rupa model itu yang sedang menjalani ujian jalan raya di Thailand.

Nissan Terra ialah model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dibina berasaskan trak pikap, Navara generasi ketiga keluaran kilang Thailand sekitar Julai 2014. Ada kemungkinan Terra juga dihasilkan di kilang sama. Atas kertas, model SUV saiz pertengahan itu akan bersaing dengan Ford Everest, Chevrolet Trailblazer, Toyota Fortuner, Isuzu MU-X dan Mitsubishi Pajero Sport.

nissan-terra-thai-2
nissan_terra_cover
nissan-terra-thai-1
nissan-terra-thai-3

Bagaimanapun, Terra akan mula dijual di China terlebih dahulu sekitar April depan. Terra spesifikasi China memiliki dimensi 4,885mm panjang, 1,865mm (lebar) dan 1,835mm (tinggi), manakala jarak roda, 2,850mm. SUV dengan 7 kerusi itu digerakkan enjin natural aspirasi (NA) petrol 2.5L QR25 berkuasa 181hp dengan opsyen transmisi manual 6-kelajuan dan automatik 7-kelajuan. Pengguna boleh memilih sistem pacuam empat roda (4WD).

Apakah model ini akan menjelma di pasaran Malaysia? Masih tidak dapat dipastikan lagi, tetapi tidak mustahil dibawa masuk kerana pasaran SUV memang sedang berkembang di negara ini. Apapun, berangan tidak salah. 😛

FOTO SPYSHOT DI CHINA
2018_nissan_terra_spied_2
nissan-terra-spyshot-1
nissan-terra-spyshot-2
nissan-terra-spyshot-3
nissan-terra-spyshot-4
nissan-terra-spyshot-5

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Nissan, Roda4 Tagged With: auto terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan, Nissan Navara, Nissan Terra, pikap, Roda4, Spyshot, SUV, SUV saiz pertengahan, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my