Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#Spyshot: Kawasaki KX450F (2019) Diuji, Kini Prototaip Jentera Lumba Motocross Jepun
Roda2

#Spyshot: Kawasaki KX450F (2019) Diuji, Kini Prototaip Jentera Lumba Motocross Jepun

AryonBy Aryon01/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI dikesan sedang menguji jentera lumba KX450F (2019) di Jepun dengan menampilkan beberapa pengemaskinian terbaharu seperti rupa badan baharu, penghidup elektrik dan paling ditunggu, enjin serba baharu.

Sebagai persediaan musim Motocross Seluruh Jepun 2018, pasukan kilang Kawasaki akan mengambil bahagian dalam beberapa siri perlumbaan tempatan menggunakan jentera lumba rekaan semula, KX450F-SR yang khabarnya akan menjadi rupa asas kepada model pengeluaran KX450F (2019).

Pengeluar Jepun secara tradisi akan memperkenalkan model baharu pada siri Seluruh Jepun sebelum disusuli model pengeluaran yang akan digunakan dalam pelbagai siri perlumbaan motocross peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti AMA Motocross dan Supercross dan FIM MXGP.

Di bawah ini ialah KX450F-SR baharu (klik imej untuk zum foto) yang bakal menjadi KX450F (2019) baharu:

そんなワケでKX-FSRキックいませんでした画像。わりとしっかり存在を主張してた。あと油圧クラッチ? pic.twitter.com/jyssqEYVJn

— やへー (@yahey772) 18 March 2018

Sebagai perbandingan, di bawah ini ialah KX450 (2018), iaitu model sedia ada:

KX450F-SR ialah jentera lumba pra pengeluaran, jadi ada beberapa perincian tidak akan sama dengan KX450F (2019). Komponen seperti suspensi, gegancu, dan ekzos mungkin berbeza daripada model pengeluaran. Bagaimanapun, enjin, casis dan badan akan serupa dengan versi pengeluaran dan di sinilah apa yang sepatutnya kita berikan perhatian.

小方誠選手 pic.twitter.com/5fgcHbDglo

— やへー (@yahey772) 19 March 2018

Sekali imbas, jelas model itu menggunakan enjin baharu. Rupa silinder nampak kecil dan kepala silinder jelas besar. Di sebelah kanan, F-SR baharu tiada penghidup tendang (kickstarter). Bahagian itu digantikan Kawasaki dengan palam isi minyak (penutup hijau cerah).

Bagi mengesahkan lagi pengenalan enjin baharu itu, agensi California Air Resources Board ada mengeluarkan dokumen pengesahan pelekat merah untuk KX450F (2019), dengan menyebut nama kod enjin sebagai ‘KX450J’. Huruf akhir (J) jelas berubah yang biasanya merujuk kepada enjin yang dikemas kini.

Model sedia ada, KX450F (2016-2018) membawa kod enjin ‘KX450H’, semua huruf dan nombor masih sama, cuma huruf ‘H’ dihujung tidak disusuli ‘I’, sebaliknya digantikan ‘J’ (mungkin kerana I dikhuatiri membuatkan ramai keliru dengan huruf ‘L’ kecil).

Sebelum H, kod enjin generasi sebelumnya ialah ‘KX450E’ (2009-2011 dan ‘KX450F’ (2012-2015).

新井宏彰選手 pic.twitter.com/BSkgAWvhzc

— やへー (@yahey772) 19 March 2018

Perubahan lain yang dapat dilihat ialah pelana rata, swingarm baharu dan frem diperbaharui. Rupa subfrem belakang nampak jelas, tetapi mungkin berbeza untuk versi pengeluaran.

Kawasaki biasanyan akan mendedahkan maklumat tentang barisan motocross terbaharu pada awal Jun nanti. Jadi, pengumuman tentang KX450F (2019) mungkin sekitar bulan sama. Adakah ini berita baik buat peminat dirt bike?

SUMBER: Motorcycle.com

2018 All-Japan Motocross dirt bike Kawasaki KX450F (2019) motocross Motocross Seluruh Jepun 2018 roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.